Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Sunday, November 14, 2010

JANGAN BERPUTUS ASA

Di dalam kehidupan, manusia akan diuji dengan pelbagai cara agar dapat dinilai tahap keimanan seseorang. Salah satunya adalah penyakit. Hendaklah kita ingat, penyakit juga adalah satu ujian Allah kepada makhluknya. Penyakit juga banyak, pelbagai jenis penyakit. Ada yang nampak, ada yang tidak. Dan sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa, menurunkan penawar bagi semua jenis penyakit. Samada penawar itu perlu diambil sekali, atau pun secara berterusan. Itulah tanda - kebesaran Ilahi kepada makhluknya.
Salah satu kaedah perawatan atau TERAPI adalah menggunakan lintah. Allah menjadikan makhluk penghisap darah, musuh kepada pesawah ini sebagai satu manfaat di dalam bidang perubatan. Banyak kaedah perubatan yang mengunakan lintah sebagai salah satu kaedah rawatan semulajadi. Dan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan aliran darah dan masalah darah yang mampu diubati menggunakan LINTAH. Antaranya Migrain, Resdung, Jerawat, Gout, Bisul, Sakit Sendi, Sakit Pinggang dan pelbagai lagi.
Kita sebagai manusia, Cuma yang penting terus berusaha untuk merawat penyakit yang dihidapai dan JANGANLAH BERPUTUS ASA. Insya'allah akan ada jalan keluar bagi setiap penyakit. SESUNGGUHNYA KESEMBUHAN HANYA DATANG DARI ALLAH SAHAJA.