PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB
LOT BG 10, TINGKAT BAWAH, KOMPLEKS DAGANGAN MAHKOTA 25200 BANDAR INDERA MAHKOTA KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR
Pages
TERAPI ALAMI MUJAROB
UNTUK MAKLUMAN
Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.
Sunday, March 23, 2014
KEBAIKAKAN BEKAM SUNNAH
Antara kebaikan berbekam :
1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14. Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
Thursday, March 20, 2014
MASALAH PENING KEPALA
PROMOSI SEMINGGU
PROMOSI JUMAAT KE JUMAAT
PROMOSI LAGI..Mulai dari Jumaat (2/3) ini hingga Jumaat (28/3).. jika datang ber BEKAM pd waktu pagi SAHAJA 10.00 pg-12 tgh... hanya RM20 utk 6 cup..dapatkan temujanji anda... 017-9342576.. terhad.. saper cepat dia dapat.
JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA..... TEMPOH TAMAT SEHINGGA JUMAAT 28HB MAC 2014
Friday, March 14, 2014
BEKAM SUNNAH
PTAM dengan berbesar hati.. ingin memaklumkan.... Rawatan BEKAM SUNNAH @ BEKAM DARAH telah mula beroperasi. Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan ini.. boleh hubungi 017-9342576 untuk rawatan lanjut. Maklumat harian boleh di dapati di https://www.facebook.com/pages/Terapi-Produk-Lintah/179872058731139
Antara khidmat yang disediakan kini,
1. BEKAM SUNNAH
2. BEKAM ANGIN
3. TERAPI RUKYAH
4. ACCUPUNTURE.. (akan datang)
Amalkan Sunnah dalam penjagaan kesihatan... Insya'allah ada keberkatan.... 017-9342576
Thursday, April 18, 2013
NAK KEBAL, GAGAH, CANTIK...
Salam....kepada kesemua pembaca....
Kesibukan masa menyebabkan tidak sempat meng'update' cerita - ceriti dalam blog ini....
Kesibukan juga menyebabkan halangan utuk menumpukan masa dalam bidang perawatan.
Walaupuna da panggilan dari pelanggan...tetapi apa kan daya...Masa bukan milik mutlak kita...Kita hanya mampu merancang...
Cuma sedikit perkongsian, yang saya rasa perlu dikongsikan...
Semalam sempat bertemu dengan seorang rakan bercerita tentang ilmu untuk jadi kuat, nak jadi gagah. Maka digelar orang dengan pelbagai nama, sampai ada yang menggunakan nama - nama Wali untuk mengelirukan orang ramai. Kononnya ilmu begini diwarisi dari Wali Allah sehingga ke Rasulullah s.a.w.
Amat menyedihkan, nama baginda Rsulullah dipermainkan....sedangkan jelas amalannya bertentangan samada dari mantera mahupun amalannya...Dan yang lebih malang, gurunya juga banyak melakukan perkara yang bertentangan dengan Syariat...boleh dikategorikan sebagai golongan Fasik....Malangnya ada yang percaya dan sudi menjadi pengikut...
Mungkin faktur utamanya...Dangkal dalam Ilmu Islam...mudah ditipu oleh Jin.....
Moga Allah menjauhkan diri kita dari amalan syirik sebegini....Tiada yang kuat, gagah,cantik, muda, ...Ketahuilah itu semua milik Allah,,,Maha Besar.... cukuplah DIA sebagai pelindung....
Sunday, February 17, 2013
KESEMBUHAN GANGGUAN JIN....
Boleh kah saya sembuh Ustaz? Keluhan seorang wanita yang berusia dalam 50an. Beliau telah mengalami masalah gangguan semenjak dari usia muda lagi. Dah telah ramai Ustaz, Pawang Bomoh dan pelbagai ikhtiar di buat.
Rasa pening juga bila ditanya dengan soalan yang sebegini.....Jumpa Perawat hebat pun dah tak sembuh. Takkan perawat kecil - kecilan macam saya ini, mampu nak sembuhkan orang. Kalau ikut logik lah.. Tetapi sebenarnya perawat besar pun tak mampu menyembuhkan orang lain mahupun diri sendiri...Sebab kesembuhan hanya pada Yang Maha Esa sahaja. Begitulah sepatutnya keyakinan setiap yang mengaku Muslim dan Mukmin.
Kesembuhan apa penyakit samada fizikal atau rohani, hanya datang dari Yang Maha Penyembuh bukannya perawat, doktor, pawang, tabib dan entah apa - apa gelaran lagi. Tugas dan Ikhtiar manusia hanya berusaha dan bertawakal. Dan berdosa bagi seorang manusia jika tidak berubat apabila tahu dirinya sakit.
Dalam masalah gangguan jin, memang banyak ujian kepada para pesakit yang menderita. Yang pertama, kita perlu tahu kaedah yang digunakan oleh para perawat. Jika menggunakan jin sebagai perantara, lebih baik tinggalkan....haram kita berubat dengan mereka. Pengalaman saya melihat pesakit yang mendapatkan rawatan dengan kaedah ini, ramai yang lebih bermasalah selepas itu dari yang sembuhnya. Jika berjumpa terlalu ramai, akhirnya pesakit lebih sukar untuk disembuhkan.
Kedua, Sikap pesakit itu sendiri yang mahu cepat segala - galanya. Memanglah sifat orang yang sakit mahu sembuh tetapi kesabaran cukup penting....Banyakkan solat dan zikir sebagai amalan dan terapi diri..Keyakinan diri akan bertambah....Tawakal kepada Allah akan dibentuk....dan akhirnya Jin akan berlepas diri.
Ketiga...para pesakit kita ingat...Kesembuhan adalah hak mutlak Allah, bukannya pada manusia....Setiap uian yang Allah berikan bersangka baik kepadanya..mungkin ada hikmah yang tersembunyi....Dan kita sebagai hambanya hanya menerima apa yang diberikan.....
Sekiranya pesakit dapat menjadikan dirinya berfikiran dan berpewatakkan seperti berikut....Insya'Allah.....kesembuhan mudah didapati....
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)