Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Sunday, December 6, 2009

Rawatan kecantikan dalam Islam

Mukaddimah


Pada zaman yang serba moden ini,kita dapat melihat betapa banyaknya kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan rawatan kecantikan yang muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan.Antara rawatan-rawatan kecantikan yang terdapat pada masa kini adalah teknik rebonding, hair transplantation dan botox,Rawatan-rawatan ini sudah tentu menjadi pilihan ramai orang tidak mengira latak belakang agama mahupun bangsa.Namun begitu Islam agama yang syumul tidak menghalang penganutnya untuk menjalani rawatan kecantikan ini,tetapi hendaklah berpandukan pada syariat yang telah ditetapkan.


Dalil pengharusan


Islam secara umumnya mengharuskan penganutnya menjalani rawatan kecantikan ini.Berikut adalah dalil-dalil keharusan untuk menjalani sesuatu rawatan:


seorang arab badwi datang kepada rasulullah SAW bertanya,”ya Rasulullah perlukan kita berubat?” Rasulullah SAW menjawab.”ya,wahai hamba-hamba Allah taala hendaklah kamu berubat”(HR Ahmad)


Berbekam adalah satu bentuk daripada penbedahan kecil,ianya dibenarkan oleh Rasulullah SAW.Rasulullah SAW bersabda:


إن فيه شفاء


“Sesungguhnya berbekam ini adalah satu penawar”(HR Bukhari dan Muslim)


Etika rawatan kecantikan (beauty treatmant) menurut Islam

Rawatan yang dijalankan hendaklah mengikut syarat-syarat berikut:


1. bukan untuk mengubah ciptaan Allah.


Firman Allah:

“(syaitan berkata) Akan aku suruh hamba-hambamu agar mereka mengubah ciptaan Allah.Dan demi sesungguhnya,aku akan menyesatkan mereka(dari kebenaran),dan demi sesungguhnya aku akan memperdaya mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka(mencacatkan binatang-binatang ternakan),lalu mereka membelah telinga binatangg-binatang itu;dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.Dan ingatlah sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah,maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata” ( 118 dan 119: an-Nisa)


Nabi saw bersabda:


لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله


“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)

Contoh-contoh mengubah ciptaan Allah adalah kasi,tatu,mewarna uban menggunakan pewarna hitam dan lain-lain lagi.

2.Tidak ada penipuan .

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:

“Allah melaknat orang yang perempuan yang menyambung rambut dan orang yang meminta untuk menyambungkan rambut”(HR Bukhari dan Muslim)

Khatobi berkata “sesungguhnya akibat yang buruk (laknat) pada perkara ini kerana ia satu bentuk penipuan”.

3.Tidak menyerupai jantina yang berlainan.

Ia bermakna bahawa rawatan kecantikan yang dilakukan hendaklah tidak mengakibatkan sesuatu bahagian pada badan pesakit menyerupai jantina yangg bertentangan dari jantina yang sebenar.Misalnya,rawatan kecantikan yang dilakukan ke atas dada pesakit lelaki hendaklah tidak menyebabkan bentuk yang asal berubah atau menyerupai bentuk dada wanita. Rasulullah saw bersabda :

“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki”.(HR Bukhari dan Muslim)

4.Tidak berniat untuk menyerupai orang yang bukan Islam.

Hendaklah juga rawatan kecantikan yang dilakukan tidak beniat untuk menyerupai dan meniru segala yang berkaitan dengan orang yang bukan Islam.Rasulullah S.A.W bersabda:

من تشبه بقوم فهو منهم

“sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, mereka termasuk dalam golongan kaum itu”.(HR Abu Daud)

5.Tujuan rawatan kecantikan adalah untuk mengembalikan bahagian yang mengalami kecacatan kepada keadaan yang normal .

6.Jika rawatan melibatkan pembedahan,hendaklah ia mempunyai syarat-syarat seperti berikut:

a. ia diperlukan untuk mengubah kecacatan.

b. keizinan pesakit atau penjaganya

c. Dilaksanakan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan

d. Peratusan kejayaan pembedahan adalah tinggi dan tidak memberi kemudaratan

e. Tidak ada pilihan yang lain

7.Tidak menggunakan najis dan perkara-perkara yang diharamkan ketika melakukan .


Penutup


Ini adalah syarat-syarat secara untuk melakukan rawatan kecantikan atau plastic surgery dalam Islam. Ia memerlukan perbincangan secara khusus bagi setiap rawatan dan pembedahan yang hendak dilakukan. Oleh itu saya akan membahaskannya pada masa bg setiap tajuk dalam permasalahan ini pada masa akan datang insyaAllah.

Rujukan: az-Zinah wat Tajammul wa Ahkamuha oleh Dr Khalaf Jawwad danAl-Jarahah Tajmiliah oleh saleh Fauzan.

Wednesday, November 18, 2009

MINDA ORANG KITA

Orang Kita orang 'sophistikated'. Meman penuh denga pening kepala. Orang kita lebih mengharapkan keajaiban dalam berubat. Dari yang tak sekolah hinggalah ke tahap PhD.
Ramai yang datang, membuat rawatan lintah, mengharapkan satu perkara yang ajaib.
Rawatan lintah sama juga seperti rawatan lain. Perlukan istiqomah dan masa. Kita kekadang terlupa, KESEMBUHAN HANYA DARI ALLAH.
Melainkan bagi penyakit yang kekadang menimpa seperi bisul, lebih mudah dirawat. Tetapi bagi penyakit seperti darah tinggi, migrai, kencing manis dan penyakit yang sama waktu dengannya, perlukan masa dan pengawalan lebih terperinci. Rawatannya juga berbeza.
Makan ubat pun perlukan masa dan jadual. Kalau nak terus baik seratus peratus, Saya bukannya ahli silap mata.
Rasanya pemikiran ini perlu diperbetulkan.

Tuesday, November 17, 2009

KHASIAT: MINYAK LINTAH MUJAROB UNTUK KENCING MANIS

Baru - baru ini ada teman yang menghidap kencing manis memberitahu Minyak Lintah MUJAROB baik untuk mengatasi kegatalan akibat Kencing Manis. Kebiasaannya orang yang ada penyakit kencing manis akan rasa gatal sekiranya tahap gulanya naik. Jadi beliau menggunakan Minyak Lintah MUJAROB untuk menghilangkannya.
Teorinya saya pun tak tahu. Tetapi pendapat saya, Minyak Lintah mampu melancarkan aliran darah dan menghalang pengumpulan gula yang mengakibatkan kegatalan.
Mungkin pengidap kencing manis, janganlah malu menggunakan Minyak Lintah MUJAROB, disamping itu kena berusaha untuk menurunkan kadar gula ke tahap normal.
Minyak Lintah lain saya tak tahu lah.

Sunday, November 15, 2009

STOKIS ROMPIN & AGEN BERGERAK PASAR TANI

Dapatkan Minyak Lintah MUJAROB

ROMPIN: Omar Arifin (013-9353277)
Ahad - Pasar Tani Kuantan (pagi),
Pasar Tani Bnadar Keratong (ptg)

Rabu - Pasar Tani Pekan (pagi)
Pasar Malam Pekan (ptg)

Jumaat - Pasat Tani Chini 4 (pagi)

Sabtu - Pasar Tani Pekan (pagi)
Pasar Tani Balok (ptg)

atau HUBUNGI OMAR ARIFIN (013-9353277)

Wednesday, November 11, 2009

AMALAN MENAMBAHKAN TENAGA KELELAKIAN.

Amalan dan Ramuan yang diperturunkan semoga mendatangkan kebaikan
untuk semua. Hanya halal untuk suami - isteri sahaja.

1 inci Halia (ditumbuk hancur)
1 biji Telur Ayam Kampung
1 biji Limau Nipis (diperah)
1 sudu Kicap
1 sudu Madu
7 biji Lada sulah/ hitam(ditumbuk hancur)

Ramuan dihancurkan menjadi satu dan dikacau. Diminum sebelum bersama.
Amalkan 2 kali seminggu.
Bahan - bahan ramuan dibacakan Al-Fatihah sebelum digunakan.
Insya'allah akan menambah tenaga kelelakian anda.
Dan Jangan lupa gunakan Minyak Lintah MUJAROB untuk sapuan luaran.

Friday, November 6, 2009

MANDI LIMAU

Mandi limau adalah satu adat dan budaya orang Melayu. Kebiasaannya air dan limau akan dibacakan ayat - ayat Al Quran dahulu. Kemudian barulah digunakan untuk mandi.
Tujuan mandi limau ini banyak pelbagai. Mandi limau ini dapat membuang unsur - unsur negatif yang ada pada tubuh dan menyegarkan tubuh badan kerana bau Aromanya.
Pusat Terapi Alami Mujarob menyediakan perkhidmatan untuk mandi limau.
Berminat untuk Mandi Limau, Hubungi 017-9342576.

Tuesday, September 29, 2009

Thursday, July 23, 2009

LINTAH UNTUK DIJUAL.

KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENJUAL LINTAH SECARA PUKAL.
SAIZ 3 - 4", LEBIHKURANG 300 EKOR/ KG.
JUALAN DALAM TIMBANGAN KILOGRAM (KG).
MINIMA BELIAN 5 KG KE ATAS.
HARGA TAWARAN RM150/ KG TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN
BERMINAT HUBUNGI 017-9342576

Saturday, July 11, 2009

KANSER PROSTAT (II)

Kanser Prostat

Oleh: Dr. Sulaiman Tamanang

PERKATAAN kanser itu sendiri sangat menggerunkan bunyinya. Apabila kita sebut sahaja perkataan kanser, kita akan mengaitkannya dengan kematian ataupun maut. Tanggapan inilah yang mahu kita ubah. Kita ingin memberikan harapan kepada mereka yang menghidap kanser, terutama sekali kanser prostat.

Mereka mesti mempunyai semangat yang kuat dan tahu bahawa masih ada kehidupan yang biasa seperti orang lain yang boleh mereka jalani walaupun menghidap kanser.

Lagipun, banyak lagi penyebab kematian selain daripada kanser. Menyedari hakikat ini syarikat Mayfirst Gold Sdn. Bhd., telah melancarkan kempen CEgah KAnser Prostat (CEKAP) secara besar-besaran dengan tujuan utama menyedarkan orang ramai betapa pentingnya mengesan kanser prostat awal. Pengesanan awal menyelamatkan nyawa.

Prostat merupakan kelenjar sebesar buah berangan, yang menjadi milik mutlak kaum lelaki. Ia terletak di bawah pundi kencing, berhadapan dengan rektum. Saluran kencing (uretra) menyalurkan air kencing melalui prostat.

Peranan seksual kaum lelaki berkait rapat dengan prostat. Prostat mengeluarkan sebahagian daripada cecair yang terdapat pada air mani. Pancutan air kencing atau air mani bergantung kepada kesihatan prostat.

Kanser berlaku apabila sel-sel tubuh mula membiak di luar kawalan. Sel-sel ini terus membiak dan menjadi satu ketumbuhan. Kanser prostat terjadi apabila sel-sel kelenjar prostat membiak tanpa kawalan.

Kanser prostat boleh membiak dan merebak dengan cepat tetapi kebanyakannya membiak secara perlahan-lahan. Jika tidak dirawat, kanser boleh merebak ke bahagian yang berhampiran dan kemudian ke seluruh badan, terutamanya tulang, hati dan paru-paru.

Mengikut perangkaan Amerika Syarikat (AS), satu daripada enam lelaki akan mendapat kanser prostat dan satu daripada 34 akan mati disebabkan oleh penyakit ini.

Di Malaysia, kanser prostat merupakan kanser yang keenam paling kerap bagi kaum lelaki.

Sehingga kini, punca sebenar berlakunya kanser masih belum diketahui tetapi ada beberapa faktor yang berkaitan dengan terjadinya kanser prostat.

Prostat yang normal memerlukan hormon testosteron untuk membesar sehingga seseorang itu menjadi dewasa. Testosteron juga memainkan peranan sedikit sebanyak dalam kejadian kanser prostat.

Usia merupakan risiko utama mendapat kanser prostat. Setiap kaum lelaki yang berusia 45 tahun ke atas mempunyai risiko untuk mendapat kanser prostat.

Walau bagaimanapun kaum lelaki yang lebih muda tidak terkecuali. Secara keseluruhannya, risiko untuk mendapat kanser prostat meningkat dengan meningkatnya usia seseorang itu.

Lebih daripada 70 peratus pesakit kanser prostat berusia lebih 65 tahun. Usia di antara 50 hingga 54 tahun, 82 bagi setiap 100,000 lelaki akan mendapat kanser prostat.

Sementara itu, antara usia 60 hingga 64 tahun, sebanyak 518 bagi setiap 100,000 lelaki akan mendapat kanser prostat dan usia di antara 70 hingga 74 tahun, 1,326 lelaki akan mendapat kanser yang sama.

Para saintis telah gagal memberikan penjelasan mengapa ada kaum lelaki yang mendapat kanser prostat dan ada yang tidak. Faktor kaum merupakan salah satu risiko utamanya.

Di AS, ramai berketurunan Afrika mendapat kanser prostat jika dibandingkan dengan orang Amerika berkulit putih.

Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga, iaitu bapa, abang atau adik lelaki menghidap kanser prostat mempunyai dua kali ganda kemungkinan mendapat kanser prostat.

Kajian menunjukkan bahawa makanan yang mempunyai kandungan lemak haiwan yang tinggi meningkatkan kemungkinan mendapat kanser prostat. Manakala buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risikonya.

Gejala-gejala kanser prostat

Pada peringkat awal, kanser prostat tidak mempunyai apa-apa gejala. Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, ia akan menyebabkan gejala-gejala berikut:

* Kerap kencing terutamanya di waktu malam

* Kesukaran untuk membuang air kecil

* Ketidakupayaan untuk membuang air kecil

* Aliran air kencing yang perlahan atau terputus-putus

* Sakit atau rasa terbakar semasa membuang air kecil

* Masalah ereksi

* Sakit semasa ejakulasi

* Terdapat darah dalam air kencing atau air mani

* Sakit di bahagian belakang, pelvis dan paha.

Gejala-gejala tersebut tidak semestinya didiagnosis sebagai kanser prostat. Pembesaran prostat (Hiperplasia Prostatik Benigna/BPH) dan radang prostat juga boleh memberikan gejala yang sama.

Sekiranya seseorang itu mempunyai salah satu daripada gejala tersebut, pergilah berjumpa doktor pakar urologi untuk mendapatkan kepastian.

Setelah anda berjumpa doktor, doktor akan membuat pemeriksaan prostat dengan menggunakan jari melalui rektum. Doktor anda mungkin mencadangkan pemeriksaan darah untuk mengesan Antigen Spesifik Prostat (PSA).

Paras normal PSA adalah kurang dari 4ng/ml. Sekiranya tahap PSA melebihi 10ng/ml, ia dianggap tinggi. PSA yang tinggi tidak semestinya menunjukkan seseorang itu menghidap kanser prostat.

Penyakit lain seperti BPH dan radang prostat juga boleh menyebabkan tahap PSA yang tinggi. Walau bagaimanapun, ujian PSA boleh membantu mengesan kanser prostat awal.

Selain ujian darah, doktor juga akan melaksanakan ujian ultrasound dan skan berkomputer untuk meneliti punca gejala yang dialami.

Untuk memastikan kehadiran kanser, doktor akan membuat biopsi – satu ujian di mana doktor akan menggunakan jarum untuk mengambil contoh sel daripada prostat melalui rektum.

Contoh sel-sel tersebut akan dihantar ke makmal, di mana doktor pakar kaji penyakit akan meneliti contoh sel-sel tersebut melalui mikroskop. Melalui kajian ini pakar kaji penyakit boleh memastikan kehadiran sel kanser.

Setelah disahkan menghidap kanser, doktor mesti mengetahui tahap dan gred kanser tersebut bagi mengenal pasti sama ada kanser masih berada dalam lingkungan prostat ataupun sudah melibatkan kawasan persekitaran prostat atau telah merebak ke tempat lain seperti tulang, hati dan paru-paru.

Secara ringkas, kanser prostat terbahagi kepada empat tahap. Tahap satu merupakan tahap awal manakala tahap empat adalah tahap yang serius.

Jenis rawatan bagi kanser prostat:

1. Tunggu dan lihat

2. Pembedahan

3. Rawatan Radioterapi

4. Rawatan Kemoterapi

5. Kriosurgeri

6. Terapi hormon

Pilihan rawatan terbaik bergantung kepada tahap kanser dan paras PSA. Usia dan kesihatan pesakit juga diambil kira.

Rawatan tunggu dan lihat, pembedahan, radioterapi dan kriosurgeri adalah rawatan pilihan bagi kanser prostat di peringkat awal.

Terapi hormon dan kemoterapi disarankan bagi kanser prostat yang sudah merebak keluar dari kelenjar prostat.

Kanser prostat tidak boleh dicegah kerana punca sebenar kanser ini belum diketahui, tetapi kita boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko dari mendapat kanser prostat.

Dalam pada faktor risiko seperti usia, bangsa dan sejarah keluarga tidak dapat dikawal, faktor-faktor lain boleh kita elakkan. Langkah yang paling utama adalah dengan menjaga kesihatan prostat, kesihatan keseluruhan dan penjagaan makanan.

Cara terbaik untuk mengesan kanser prostat awal adalah menerusi pemeriksaan saringan setiap tahun bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Saringan yang perlu dilaksanakan adalah pemeriksaan prostat melalui rektum dan ujian PSA setiap tahun.

Sudah terbukti bahawa membuat saringan setiap tahun boleh meningkatkan pengesanan kanser prostat awal. Bertindaklah segera sebelum terlambat. Sekurang-kurangnya, ingatlah pada keluarga anda yang tersayang.

- Dr. Sulaiman Tamanang merupakan Pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear di Pusat Kebangsaan Kanser, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli MayFirst Health and Wellness Council (MHWC), panel pakar yang ditubuhkan oleh MayFirst khusus untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kanser prostat melalui kempen CEgah KAnser Prostat (CEKAP).

KANSER PROSTAT DAN PENCEGAHAN

Bolehkah Kanser Prostat Dielakkan?

Oleh: Dr. Sulaiman Tamanang
Mingguan Malaysia, 3 Jun 2007

Bercakap tentang kanser, wanita dikaitkan dengan kanser payudara atau pangkal rahim manakala lelaki pula dengan kanser prostat yang dikatakan pembunuh senyap kaum lelaki.

Ia merupakan penyakit yang boleh membunuh kedua tertinggi di kalangan lelaki di Amerika Syarikat. Di Malaysia, ia menduduki tangga keenam dalam carta kanser. Lelaki dikatakan kurang kesedaran dan pengetahuan dalam kesihatan berbanding wanita yang semakin mementingkan kesihatan.

Tahap kesedaran lelaki secara umumnya adalah rendah dan dianggarkan kurang satu peratus lelaki tempatan bersedia menjalani pemeriksaan kesihatan.

Berikut adalah faktor-faktor risiko di luar kawalan:


* Umur. Kanser prostat jarang berlaku kepada lelaki di bawah umur 50 tahun. Walau bagaimanapun, kanser tersebut meningkat secara dramatik selepas peringkat umur itu.
* Bangsa. Lelaki Afrika-Amerika lebih cenderung kepada risiko penyakit itu.
* Genetik. Risiko mendapat penyakit ini adalah tinggi jika salah seorang ahli keluarga lelaki anda pernah dan menghidap penyakit ini.

Jika anda memiliki ciri-ciri seperti di atas, risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi berbanding lelaki yang tidak memilikinya. Walaupun tidak mempunyai ketiga-tiga faktor risiko tersebut, langkah berjaga-jaga perlulah diambil.

Tabiat membuat saringan kanser prostat yang berterusan boleh membantu mengesan kanser prostat awal dan mencegahnya dari merebak ke organ-organ lain.

Diet dan Kanser Prostat

Cara yang terbaik untuk mengelakkan faktor risiko lain yang boleh dikawal adalah seperti mengambil makanan berzat dan seimbang.

* Lemak. Kurangkan pengambilan makanan dari sumber haiwan yang tinggi kandungan lemaknya. Gantikan daging merah dengan ayam dan bijirin.
* Sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini adalah gizi yang selalu disebutkan oleh mana-mana pakar kesihatan. Pengambilan gizi ini dapat membantu dari segi khasiat dan vitamin. Setengah kajian mengaitkan diet yang tinggi kandungan sayurannya dapat mengurangkan risiko kanser prostat.
* Ikan. Pemakanan ikan yang kaya dengan asid lemak dapat melindung daripada kanser prostat dan juga penyakit lain. Contoh ikan yang kaya dengan asid lemak ialah ikan salmon.

Obseti dan Kanser Prostat

Obseti boleh dikaitkan dengan kenaikan hormon berhubung kanser prostat. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari dapat mengurangkan risiko kanser.



Suplemen dan Kanser Prostat

Selain itu, untuk mengurangkan risiko kanser prostat, pengambilan suplemen seperti berikut boleh dipertimbangkan:

* Saw Palmetto dan Biji Labu. Produk ini telah digunakan dan didapati sangat berkesan. Saw Pametto diambil secara berasingan atau bersama-sama dengan biji labu, Nettle root atau Pygeum.

Saw Palmetto (Sarena serrulata) adalah pokok sawit yang tumbuh di pinggiran pantai Atlantik. Ia adalah herba yang paling popular dalam rawatan masalah prostat. Kajian klinikal mendapati herba ini sangat berkesan dalam mengawal pembesaran kelenjar prostat.

Saw Palmetto mengandungi sterol, terutamanya beta-sitosterol yang mampu menghalang enzim 5-alpha reductase. Oleh itu, dihidrotestosteron (DHT) tidak boleh melekat kepada kelenjar prostat. Sebaliknya ia akan dihancurkan dan kemudiannya dikumuhkan (dibuang) dari dalam badan.

DHT merupakan hormon yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya pembesaran kelenjar prostat (BPH).

* Ubat-ubat konvensional seperti Finasteride yang manahan enzim 5-alpha reductase. Oleh itu, testosterone tidak boleh bertukar kepada DHT. Terazosin dan doxazosin merupakan produk yang dapat membantu merehatkan otot-otot prostat. Ini seterusnya akan mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atas saluran kencing.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan bahawa pengambilan ubat tradisional dan suplemen lain tanpa arahan doktor boleh membawa risiko. Oleh sebab yang demikian, adalah perlu untuk mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.

Pengubahsuaian Gaya Hidup

Pengambilan alkohol akan menghilangkan kandungan zink dan vitamin B6 yang penting untuk prostat yang sihat. Oleh itu, berhentilah mengambilnya.

Zink sangat penting kepada fungsi kelenjar prostat. Prostat menggunakan zink 10 kali ganda berbanding organ lain. Zink membantu mengurangkan kandungan prolaktin di dalam darah. Prolaktin didapati meningkatkan penukaran hormon testosteron kepada DHT.

Kurang bersenam akan menyebabkan pengaliran darah menjadi kurang lancar. Ini memberikan kesan yang memudaratkan prostat. Anda digalakkan bersenam mengikut jadual yang ditetapkan - kata-kata kunci di sini adalah bersenam secara konsisten dan bersesuaian dengan tahap kesihatan dan umur anda.

Tekanan perasaan boleh menyebabkan perubahan pada hormon badan anda. Ini mungkin mengaktifkan 5-alpha reductase dan kandungan DHT akan meningkat.

Merokok akan menyababkan pengumpulan toksin radikal bebas di dalam badan. Ia boleh memburukkan lagi keadaanpesakit BPH.

RAWATAN KANSER CARA BREUSS

Penawar Kanser cara Breuss

Apabila berlaku Kanser dalam badan, ia membiak dan pemakanannya ialah protein. Oleh itu jika seseorang pesakit kanser berpuasa selama 42 hari, pada masa itu hanya minum juz dan herba untuk menyah toksid, membersih dan menghapuskan bahan toksid, maka sel kanser akan mati kelaparan, diserap dan dinyahkan daripada badan. Pemikiran radikal melawan pemikiran perubatan terkini, tetapi terapi ini diterima seluruh dunia dan dikenali sebagai “Breuss Total Canser Treatment”

Buah-buahan dan sayuran mentah sudah lama disyorkan dalam perubatan alami sebagai sebahgian sistem rawatan bagi berbagai penyakit dan masalah kronik. Juz mentah mengandungi antioksiden dan enzim hidup, yang mana sains telah mengesahkan ia penting sebagai bahagian diet seseorang jika inginkan sihat dan dapat mengawas toksid yang ada di persekitaran hari ini.

Rudolf Breuss adalah seorang pakar rawatan alamiah dari Austria, berpendidikan dan mempunyai ilmu dan kefahaman, dan cinta untuk, umat manusia. Dilahirkan pada 1899, dia mengalihkan perhatiannya mencari rawatan alternatif untuk kanser dan juga penyakit lain, kepada perubatan farmeseutikal yang predominan.

RAMUAN SEMULAJADI

Facts on honey and cinnamon: It is found that a mixture of honey and cinnamon cures most diseases. Honey is produced in most of the countries of the world. Scientists of today also accept
honey as a “Ram Ban” (very effective) medicine for all kinds of
diseases. Honey can be used without any side effects for any kind of diseases.

Today’s science says that even though honey is sweet,
if taken in the right dosage as a medicine, it does not harm diabetic
patients. Weekly World News, a magazine in Canada, on its issue dated 7 January, 1995 has given the following list of diseases that can be cured by honey and cinnamon as researched by western scientists:

HEART DISEASES:
Make a paste of honey and cinnamon powder, apply on bread,
instead of jelly and jam, and eat it regularly for breakfast. It reduces the cholesterol in the arteries and saves the patient from heart attack. Also those who have already had an attack, if they do this
process daily, they are kept miles away from the next attack. Regular use of the above process relieves loss of breath and strengthens the heart beat. In America and Canada, various nursing homes have treated patients successfully and h ave found that as you age, the arteries and veins lose their flexibility and get clogged; honey and cinnamon revitalize the arteries and veins.

ARTHRITIS:
Arthritis patients may take daily, morning, and night, one cup of hot
water with two spoons of honey and one small teaspoon of cinnamon powder. If taken regularly even chronic arthritis can be cured. In a recent research conducted at the Copenhagen University, it was found that when the doctors treated their patients with a mixture of one tablespoon Honey and half teaspoon Cinnamon powder before breakfast, they found that within a week, out of the 200 people so treated, practically 73 patients were totally relieved of pain, and within a month, mostly all the patients who could not walk or move around because of arthritis started walking without pain.

BLADDER INFECTIONS:
Take two tablespoons of cinnamon powder and one teaspoon of
honey in a glass of lukewarm water and drink it. It destroys the
germs in the bladder.

TOOTHACHE:
Make a paste of one teaspoon of cinnamon powder and five
teaspoons of honey and apply on the aching tooth. This may be
applied three times a day until the tooth stops aching.

CHOLESTEROL:
Two tablespoons of honey and three teaspoons of Cinnamon
Powder mixed in 16 ounces of tea water, given to a cholesterol
patient were found to reduce the level of cholesterol in the blood by 10percent within two hours. As mentioned for arthritic patients, if
taken three times a day, any chronic cholesterol is c ured. According to information received in the said journal, pure honey taken with food daily relieves complaints of cholesterol. (By the way. if you’re taking cholesterol medicine STOP! They all contain STATIN which weaken our muscles…
including YOUR HEART and none has been shown to stop heart
attacks or strokes!!!!

COLDS:
Those suffering from common or severe colds should take one
tablespoon lukewarm honey with 1/4 spoon cinnamon powder daily for three days. This process will cure most chronic cough, cold, and clear the sinuses.

UPSET STOMACH:
Honey taken with cinnamon powder cures stomach ache and
also clears stomach ulcers from the root.

GAS:
According to the studies done in India and Japan, it is
revealed that if honey is taken with cinnamon powder the stomach is
relieved of gas.

IMMUNE SYSTEM:
Daily use of honey and cinnamon powder strengthens the
immune system and protects the body from bacteria and viral attacks. Scientists have found that honey has various vitamins and iron in large amounts. Constant use of honey strengthens the white blood corpuscles to fight bacteria and viral diseases.

INDIGESTION:
Cinnamon powder sprinkled on two tablespoons of honey taken
before food relieves acidity and digests the heaviest of
meals.

INFLUENZA: A scientist in Spain has proved that honey contains a
natural ingredient which kills the influenza germs and saves the patient from flu.

LONGEVITY:
Tea made with honey and cinnamon powder, when taken
regularly, arrests the ravages of old age. Take four spoons of honey,
one spoon of cinnamon powder and three cups of water and boil to make like tea. Drink 1/4 cup, three to four times a day. It keeps the
skin fresh and soft and arrests old age. Life spans also increases and even a 100 year old, starts performing the chores of a 20-year-old.

PIMPLES:
Three tablespoons of honey and one teaspoon of cinnamon
powder paste. Apply this paste on the pimples before sleeping and wash it next morning with warm water. If done da ily for two weeks, it
removes pimples from the root.

SKIN INFECTIONS:
Applying honey and cinnamon powder in equal parts on the
affected parts cures eczema, ringworm and all types of skin
infections.

WEIGHT LOSS:
Daily in the morning one half hour before breakfast on an
empty stomach and at night before sleeping, drink honey and
cinnamon powder boiled in one cup of water. If taken regularly, it reduces the weight of even the most obese person. Also, drinking this mixture regularly does not allow the fat to accumulate in the body even though the person may eat a high calorie diet.

CANCER:
Recent research in Japan and Australia has revealed that
advanced cancer of the stomach and bones have been cured
successfully . Patients suffering from these kinds of cancer should daily take one tablespoon of honey with one teaspoon of cinnamon powder for one month three times a day.

FATIGUE:
Recent studies have shown that the sugar content of honey
is more helpful rather than being detrimental to the strength of
the body. Senior citizens, who take honey and cinnamon powder in
equal parts, are more alert and flexible. Dr. Milton, who has done
research, says that a half tablespoon of honey taken in a glass of water and sprinkled with cinnamon powder, taken daily after brushing and in the afternoon at about 3:00 p.m. when the vitality of the body starts to decrease, increases the vitality of the body within a week.

BAD BREATH:
People of South America, first thin g in the morning,
gargle with one teaspoon of honey and cinnamon powder mixed in hot water, so their breath stays fresh throughout the day.

HEARING LOSS:
Daily morning and night honey and cinnamon powder, taken in
equal parts restore hearing. Remember when we were kids? We had toast with real butter and cinnamon sprinkled on it!

CEGAH KANSER (III)

Kekurangan atau lebihan berat badan yang berlebihan lebih dari 11paun (5 kg) dapat meningkatkan risiko kanser endometrium. Juga akan meningkatkan risiko kanser payu dara di kalangan wanita selepas putus haid dan kanser buah pinggang.

Tuesday, June 9, 2009

MISAI KUCING


MISAI KUCING kini muncul antara tumbuhan herba berpotensi besar bagi tujuan komersial dalam bentuk produk siap. Ini kerana selain mudah ditanam dan dibiakkan serta cepat matang untuk dituai, ia terbukti secara saintifik mengandungi bahan aktif yang mampu merawat masalah kesihatan berkaitan buah pinggang serta sistem saluran kencing (urinary system).

Selain popular sebagai herba untuk mencegah dan merawat batu karang, ia dipercayai mampu melegakan pelbagai gejala penyakit lain, termasuk darah tinggi, gout dan kencing manis.

Kini pelbagai jenama produk siap berasaskan misai kucing boleh ditemui di pasaran. Bagaimanapun, pengguna perlu berhati-hati dalam memilih produk benar-benar berkualiti, berkesan, tulen serta selamat.

Identiti
Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon aristatus / Orthosiphon stamineus adalah tumbuhan herba dari famili Lamiaceace. Ia turut dikenali dengan nama lain, termasuk kumis kucing (Indonesia), kidney tea dan Java tea (Eropah).

Herba ini dikenali sebagai Java tea kerana suatu masa dahulu ia dibawa pulang ke Eropah oleh Belanda yang menjajah Indonesia. Nama kidney tea pula popular di Eropah kerana masyarakat benua itu mendapati ia amat mujarab untuk merawat masalah yang ada kaitan dengan batu karang, buah pinggang dan sistem saluran kencing.

Fizikal

Misai kucing adalah tumbuhan herba renek dengan ketinggian biasa hanya sehingga kira-kira 1.5 meter. Batangnya berwarna hijau keperangan dan sedikit berbulu. Daunnya pula bersaiz kecil dan tirus berwarna hijau kebiruan dengan corak bergerigi di bahagian tepi.
'MISAI BERUBAT'... Artikel ini dipetik dari majalah D'HERBA bil 5.

'MISAI BERUBAT'... Artikel ini dipetik dari majalah D'HERBA bil 5.

Bahagian paling menarik pada tumbuhan herba ini ialah bunganya. Bentuk bunganya amat unik. Ia berwarna putih dengan jambak bertingkat. Bahagian inilah dikaitkan dengan namanya sebagai misai kucing.

Kecantikan dan keunikan bunganya juga menyebabkan ramai gemar menjadikan tumbuhan herba ini sebagai tanaman hiasan.

Penggunaan
Selain menggunakan produk siap, khasiat perubatan herba misai kucing dapat dimanfaatkan dengan cara merendamkan daunnya di dalam air panas. Dua atau tiga helai daun misai kucing dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas dan tutup bekas itu hingga airnya menjadi suam. Kemudian minum airnya.

Cara lain ialah dengan mengisar misai kucing yang telah dikeringkan. Kemudian ambil sesudu teh bahan yang telah dikisar itu dan kacaukan di dalam segelas air panas. Biarkan air itu menjadi suam lalu diminum. Ia boleh dicampurkan dengan madu.

Herba ini juga dapat dimanfaatkan dengan menjadikan daun dan bunganya sebagai ulam atau daunnya digoreng dengan tepung.

Amalkan pengambilan herba ini setiap pagi dan petang. Keberkesanannya banyak bergantung kepada tahap amalan yang konsisten.

Pastikan juga aspek kebersihan sentiasa dititikberatkan ketika memetik dan menyediakan ramuan tumbuhan herba ini sebelum diminum atau dijadikan ulam sebagai satu ikhtiar penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan bagi mengelak sebarang gangguan kesihatan lain.

Perubatan
Dalam perubatan tradisional, misai kucing dipercayai mengandungi unsur anti alahan dan anti radang. Ia biasanya digunakan untuk merawat batu karang, gout, kencing manis, sakit sendi, sengal tulang dan masalah pundi kencing. Bahagian pokok yang banyak digunakan bagi tujuan perubatan ialah daunnya.

Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa penyelidik syarikat farmaseutikal antarabangsa, mendapati misai kucing mengandungi bahan aktif tertentu, termasuk cirsimaritin, cryptoxanthin, tetramethoxyflavone, inositol, myo-inositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, salvigenin, essential oil, flavonoid, glucoside, mineral, phenylpropanoid, terpenoid dan salvigenin.

Dari sudut farmakologi pula, misai kucing didapati mengandungi unsur anti kulat, anti radang dan anti bakteria. Ujian klinikal yang pernah dibuat terhadap tumbuhan herba ini mendapati ia menampakkan kesan kepada kandungan air kencing selepas 12 jam atau 24 jam pengambilannya. - D’HERBA

Wednesday, June 3, 2009

PERKARA MENIMBULKAN SAKIT JASMANI.

Mengikut kaedah sunnah, beberapa perkara yang menimbulkan penyakit jasmani/ lahiriah, iaitu tertahan keluar @ keluar dipaksa:
1. Darah yang bergejolak
2. Mani yang penuh
3. Mengantuk dan Tidur
4. Lapar
5. Haus
6. Muntah
7. Bersin
8. Buang air kecil
9. Buang air besar
10. Buang angin

Wednesday, May 27, 2009

SAKIT JANTUNG

Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Monday, May 25, 2009

TUMBUHAN SEBAGAI PENAWAR

TUMBUHAN SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT.



PENDAHULUAN.

Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan. Terdapat ribuan spesis tumbuhan di negara ini. Tumbuhan yang pelbagai jenis itu bukan saja bermanfaat untuk dimakan atau dijadikan tempat berteduh malah padanya terdapat 1001 rahsia penawar bagi pelbagai jenis penyakit. Ia bukan sahaja dapat dijadikan penawar untuk penyakit berbahaya seperti barah paru-paru dan pankres yang dapat diubati dengan buah aprikot. Malah ia juga dapat menyembuhkan selesema seperti kulit kayu manis, sembuhkan bisul seperti kangkung dan juga baik untuk kesihatan rambut seperti bijan. Khasiat tumbuhan sebagai penawar penyakit ini sebenarnya sudah diketahui berkurun lamanya oleh nenek moyang kita. Mereka menjadikan tumbuhan itu sebagai penawar yang sangat berguna bagi pelbagai jenis penyakit. Kerana itu kita dapat lihat nenek moyang kita masih hidup segar biarpun usia mereka sudah mencecah 100 tahun.



BAWANG PUTIH

Bawang putih dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Allium sativum dan berasal dari keluarga Amaryllidaceae. Ia adalah sumber rempah ratus yang popular sejak zaman berzaman. Khasiatnya mula dikenal pasti lebih 10,000 tahun lalu. Bawang putih berbau tengit kerana ia mengandungi sejenis minyak dikenali sebagai allicin. Ia juga kaya dengan selulos, vitamin A,B dan zat galian seperti zat kalsium, fosforus dan besi.

Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.

Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.



KANGKUNG.

Kangkung dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Ipomea aquatica Forsk dan berasal dari keluarga Convolvulaceae. Ia adalah sejenis tanaman popular di kalangan masyarakat tempatan. Ia lazat dimakan sama ada digoreng sebagai sayur atau dicelur untuk dibuat ulam.

Kangkung kampung tumbuh liar di sawah padi ataupun di mana-mana kawasan lembab yang berair manakala sejenis lagi kangkung di tanam menggunakan benih di kebun-kebun sayur.

Tanaman ini bernilai tinggi dalam rawatan tradisional khususnya untuk meredakan kesakitan serta mengecutkan bisul. Caranya adalah dengan menggunakan segenggam daun kangkung yang segar dan hijau bersama-sama batangnya kemudian tumbuk sehingga lumat. Campur dengan sedikit garam lalu ditempelkan pada bahagian yang bengkak. Biarkan hingga kering dan anda akan dapati bisul itu kecut dan tidak lagi terasa sakit atau berdenyut-denyut. Ulang beberapa kali lagi hingga bisul sembuh sepenuhnya.



BIJAN.

Bijan dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Sesamum indicum dan berasal dari keluarga Pedaliacea. Ia adalah sejenis bahan makanan yang banyak digunakan untuk membuat pelbagai jenis roti dan kuih muih. Pokoknya tumbuh menegak setinggi satu meter dan mengeluarkan bunga kecil yang berbau harum berwarna putih keunguan.

Bijan kaya dengan proten, vitamin A dan E, lemak dan mengandungi 55 peratus minyak yang amat popular dalam masakan Cina. Terdapat dua jenis bijan iaitu putih dan hitam tetapi jenis putih adalah yang paling popular. Bijan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam rawatan tradisional. Kegunaannya yang paling ketara dalam perubatan tradisional ialah ia boleh melebat serta menghitamkan rambut dan mengatasi masaalh rambut kering dan uban.

Bijan juga berkesan dalam menguatkan tubuh badan. Ia baik untuk hati dan limpa serta sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.



POKOK TURI.

Pokok turi dikenali dari segi saintifiknya sebagai sesbania grandiflora pers dan berasal dari keluarga Leguminosae. Ia sejenis sayur kampung yang enak rasanya. Tumbuhan ini juga dikenali sebagai keti di negeri-negeri di bahagian utara seperti di Pulau Pinag, Kedah dan Perlis.

Pokok turi banyak ditemui di kampung-kampung dan tumbuh setinggi lima sehingga 10 meter. Ia mengeluarkan bunga berwarna merah atau putih dan kekacang sepanjang 25-50 sentimeter. Pokok turi bernilai tinggi dari segi perubatan tradisional. Kulit pokoknya ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat penyakit ulser dalam mulut. Kulit pokok turi juga boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati sakit perut dan cirit birit. Ia juga boleh diminum untuk melegakan masalah asid di bahagian perut.



KESUM.

Kesum dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Polygonum minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan masak asam pedas.

Selain digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersi



BELIMBING BULUH .

Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae. Ia sejenis tumbuhan tempaatn yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan sebagainya.Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka

Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan pitam. Ia juga berkeasn untuk melegakan masalah batuk. Caranya adalah dengan merebus buah, daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang. Bunga belimbing juga mujarab untuk merawat sakit gigi.



BROKOLI.

Brokoli dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Brassica oleracea italica dan berasal dari keluarga kobis Brassica. Ia dapat menjauhkan penyakit barah. Ia adalah di antara jenis makanan yang paling kaya dengan bahan-bahan fotokimia berfungsi melundungi tubuh badan daripada penyakit barah, gangguan kardiovaskular, dan masalah kedutan.

Amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat. Brokoli juga mengandungi beta-carotene dan alpha- carotene, sejenis bahan antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang pertumbuhan sel ketumbuhan. Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori menyekat pertumbuhan pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah merah dan hemoglobin.



KULIT KAYU MANIS.

Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.

Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.

Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.



TERUNG BELANDA.

Terung belanda dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Solanum torvum swartz dan berasal dari keluarga Solanaceaea. Ia adalah sejenis tanaman yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia biasanya hidup liar dan banyak ditemui di kampung-kampung, di kawasan terbiar dan di kawasan hutan.

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama terung rajah wang. Disesetengah tempat ia disebut terung manggas atau terung pipit putih. Buah terung belanda dimakan untuk menambah selera makan dan menurunkan tekanan darah tinggi. Dari segi perubatan daunnya dipercayai berkesan untuk mengubati masalah pitam dan sengal-sengal tulang.



TERUNG.

Terung berasal daripada keluarga Solanae. Ia baik untuk menjaga kesihatan jantung. Ia berkemampuan menurunkan paras kolestrol. Ia juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium. Terung dikisar dan diminum untuk melawaskan kencing. Ia juga bertindak sebagai julab kerana kandungan seratnya yang tinggi Kombinasi antara serat dan terpenes, sejenis bahan antipengoksidaan, dalam terung membantu menghindarkan kesan-kesan hormon yang mengakibatkan beberapa jenis penyakit barah serta mengelakkan kerosakkan berpunca daripada pengoksidaan itu.

Terung baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Sayur terung juga digunakan oleh kaum Hindu sebagai ramuan untuk menguatkan tenaga batin. Terung juga sesuai di gunakan untuk memelihara kejernihan kulit muka. Selain itu terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat.



KACANG TANAH.

Kacang tanah berasal dari keluarga kekacang dikenali sebagai Leguminosa. Ia kaya dengan lemak, vitamin A,B, E dan K, lesitin, kolin, asid amino dan kalsium. Ia mempunyai rasa yang manis dan banyak digunakan untuk membuat beraneka jenis kuih-muih. Kacang tanah merupakan sejenis tanaman tropika. Ia tumbuh secara renek dan mengeluarkan daun-daun kecil. Kacangnya pula tumbuh didalam tanah. Selain digunakan sebagai sumber makanan, kacang tanah juga bernilai tinggi dari segi perubatan. Kajian-kajian menunjukkan minyak kacang tanah boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol dalam darah.

Kacang tanah dikatakan berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, nefritis (radang buah pinggang, penyakit keputihan, insomnia).



PENUTUP

Penduduk Malaysia seharusnya berbangga kerana dikurniakan hutan tropika yang mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan terdapat 1001 penawar dan manfaat daripadanya. Hutan tidak perlu ditebang dengan sewenangnya kerana di situ mungkin terdapat tumbuhan renek dan akar kayu yang mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Justeru, setiap daripada kita seharusnya menghargai setiap tumbuhan yang ada di sekeliling kita.

Tuesday, May 19, 2009

CEGAH KANSER (II)

2. Elakkan dari kekurangan berat atau berat yang berlebihan. Hadkan berat ketika dewasa kurang dari 11 paun (5 Kg)

3. Buatlah latihan berjalan kaki sejam atau senaman seumpamanya setiap hari, dabn bersenam sekurang - kurangnya sejam seminggu.

4. Makanlah 5 @ lebih hidangan sehari pelbagai sayuran dan buahan di sepanjang tahun.

5. Makanlah lebih daripada 7 hidangan sehari pelbagai kekacang, tumbuhan berakar dan berumbi. Kurangkan makanan yang diproses. Hadkan pengambilan gula yang diproses.

6. Pengambilan alkohol tidak digalakkan.

7. Hadkan pengambilan daging merah kepada kurang daripada 3 auns sehari. Lebih baik memilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan sebagai ganti.

8. Batasi makanan berlemak terutama dari sumber haiwan. Guna minyak sayuran secara sederhana.

9. Batasi penggunaan garam dan makanan bergaram dalam masakan. Gunakan herba dan rempah sebagai perasa makanan.

10. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat.

11. Gunakan peti sejuk untuk menyimpan makanan yang cepat rosak.

12Jangan makan makanan yang disalai selalu. Makan makanan seperti ini sekali - sekala.

13. Diet suplemen tidak membantu mengurangkan risiko kanser.

14. Jangan merokok atau mengunyah tembakau.

Monday, May 18, 2009

CEGAH KANSER (1)

Diet berasaskan tumbuhan yang kaya dengan pelbagai sayuran dan buahan, kacang dan mengurangkan makanan ruji berkanji yang diproses.

Makan sayuran, buahan, kekacang dan bijirin tulin.
Sayuran dapat melindungi dari kanser. Ia melindungi anda secara langsung. Kurangkan daging merah. Makanan tumbuhan lebih rendah kalorinya dan mengurangi risiko kegemukkan.

BERTERAPI SAMBIL BEREHAT




DI PTAM ANDA BOLEH BERTERAPI SAMBIL BEREHAT. HIDUP DIPENUHI DENGAN PELBAGAI TEKANAN. DENGAN HARGA YANG RENDAH ANDA BOLEH BERTERAPI SAMBIL MENENANGKAN FIKIRAN.

Wednesday, May 13, 2009

CEGAH SAKIT BATU KARANG

Kidney is the organ which is very important in its function as a complete filter in the blood and if the subject will cause many disturbances that can be spread urine. bladder, who prostat ultimately disrupt the work to other organs. In a lot of Islam history told how to keep kidney, ureter and bladder in order to remain healthy. Prophet Muhammad SAW or narrate many shows in the hadith. Prophet Muhammad, we recommend that drinking water because water is very important in the kidney, prayer because prayer exercise can be trained to maximize organ kidney function in filtering the blood, urine with sit with legs bend position was very much good, the first position sit with legs bend cause of bladder pressure obtained from the soft muscle abdominal and stomach muscles and thigh muscles - muscles around the bladder so that when we make the urine that can be issued without having to leave the maximum we issued with a constraint to urinate .
Pressure on the bladder automatically will pull ureter pressure on the ureter so that the maximum can help remove urine. sit with legs bend position can remove kidney stones, prostat healthful , loosing bacteria and also because the pressure factor.

PENJAGAAN KESIHATAN

Penjagaan kesihatan adalah satu perkara yang wajib ke atas kita. Rasulullah sendiri mengajar kita agar sentiasa menjaga kesihatan. Kesihatana adalah satu nikmat Allah, 'Dari Abdurrahmanbin Abi Laila, dari Abi Dardaa', ia berkata: "Aku berkata: "Ya Rasulullah, Sungguh, aku diberi kesihatanlalu aku bersyukur lebih kusukai daripada aku di bala' lalu aku bersabar." Rasulullah s.a.w menjawab: " Dan Rasulullah (juga) menyukai engkau berada dalam kesihatan".

Kesihatan boleh dijaga melalui,
1. Makanan
2. Minuman
3. Air sejuk
4. Air Manis
5. Susu
6. Pakaian
7. Tempat Tinggal
8. Sukan
9. Tidur dan Bangun
10. Bersetubuh
11. Harum - haruman

Tuesday, May 5, 2009

TERAPI LINTAH UNTUK SIAPA?

Di PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB (PTAM), kami akan memeriksa dahulu samada para pelanggan boleh membuat terapi lintah atau tidak. Tidak semua pelanggan boleh membuat terapi lintah.
Di PTAM, Pesakit akan diperiksa, diambil rekod dan ditanya soalan - soalan yang berkaitan sejarah dan rekod perubatannya terdahulu sebelum terapi boleh dimulakan. Kami akan mencadangkan kaedah terapi yang lain sekiranya terapi lintah tidak sesuai untuk pelanggan.
Allah menjadikan seribu kaedah rawatan untuk penyakit, nescaya ada yang sesuai.
Asas PTAM menyediakan rawatan alternatif kepada masyarakat. Dan menjadi tanggungjawab kami juga memastikan pelanggan mendapat kebaikannya, bukan kemudaratan.
Biarpun terapi lintah baik untuk semua, namun ada sakit yang tidak dapat dirawat dengan lintah dan boleh memudaratkannya.
PTAM dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman lebih 20 tahun di dalam bidang perubatan dan farmasi.
Kepada para pelanggan, datanglah ke PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB, nescaya anda dapat merasakan kehebatan rawatan alternatif seperti TERAPI LINTAH, TERAPI GARAM - AIS, BERSAUNA DAN LAIN - LAIN LAGI.
BERTERAPI SAMBIL BEREHAT.

Saturday, May 2, 2009

TOKSIN DAN PENYAKIT

Orang yang tidak pernah membuang toksin dari tubuhnya sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah bermacam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.

Toksin terdapat di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.

Pembuangan toksin ini seringkali disebut sebagai detoxification atau detox sahaja.

Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit bermula daripada usus, di mana organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin. Toksin yang tidak dikeluarkan akan menyerap semula ke dalam badan.

Tubuh yang tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir akan menghantar ‘tanda’. Sakit kepala adalah salah satu daripada tanda toksin yang banyak dalam badan. Tanda - tanda lain adalah berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur, banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan bahagian keliling mata gelap (kaedah iridologi).

Bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. Individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh.

Sebenarnya proses pembuangan toksin adalah lebih mudah sekiranya kita mengamalkan pemakanan sihat dengan mengambil makanan berserat tinggi, diet organik semula jadi dan menjalani kehidupan secara natural.

Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

DI PUSAT TERAPI ALAMI, KAMI MENGAMALKAN KAEDAH - KAEDAH ALAMI IAITU MENGGUNAKAN LINTAH, GARAM - AIS DAN BERSAUNA (Peluh) UNTUK MEMBUANG TOKSIN DARI TUBUH.
CUBALAH SEKALI ANDA AKAN RASA KESELESAAN DAN KESENANGANNYA.

TERAPI LINTAH HANYA RM30 - 40.00

Semalam, sempat menziarahi seorang teman yang mengalami serangan sakit jantung. Usia baru 36 tahun dan bekas seorang atlet. Terperanjat juga saya mendengarnya, tetapi alhamdulillah sekarang telah keluar dari hospital. Walaubagaimanapun masih tidak berupaya melakukan kerja - kerja berat dan berehat di rumah.
Nampaknya penyakit menyerang tidak mengira usia. Dahulu amat sukar kita mendengar pada peringkat muda diserang penyakit jantung. Mengapa dan Kenapa? Setiap urusan sudah pasti ada huraian dan penjelasan.
Lebih mudah, kita membuat satu perbandingan di antara manusia dan kereta. Kita sanggup menghabiskan beratus - ratus ringgit untuk menjaga kelancaran kereta agar tidak menghadapi masalah semasa perjalanan. Malangnya, kita tidak ingin atau tidak sanggup mengeluarkan belanja untuk kesihatan sendiri. Itulah sikap kebanyakan masyarakat. Sebenarnya tidak perlu berbelanja mahal atau membeli produk berharga ratusan ringgit untuk menjaga kesihatan. Kita lebih suka mengambil sikap biar sahaja atau beserah pada takdir. Ini adalah sikap yang salah dan tidak memahami kaedah Islam yang dfiajar oleh Rasulullah.
Penjagaan kesihatan secara murah, kita boleh berbekam setiap bulan samada menggunakan lintah atau beka darah. Ini yang diajar dan diamalkan oleh Rasulullah. Perbelanjaannya pun tidak mahal. Berbekam mampu mengeluarkan toksid badan dan meningkatkan imun tubuh. Setiap hari kita memakan pelbagai jenis racun, tubuh terpaksa memproses dan menyerapnya. Mungkin ini akan mengganggu sistem tubuh kita sendiri. Apalah salahnya peruntukkan sedikit wang untuk tubuh kita.
Di PUSAT TERAPI ALAMI, KAMI MENYEDIAKAN TERAPI LINTAH DENGAN HARGA MAMPU, SATU SESSI RAWATAN TERAPI LINTAH HANYA RM30 - 40.00
Mungkin bagi perokok lebih mahal lagi berbelanja semata - mata untuk merosakkan kesihatan. Kita makan di kedai, lebih mahal lagi mungkin mencecah ratusan ringgit (jika seisi keluarga). Tidak rugi membelanjakan RM50.00 untuk tubuh badan sendiri agar mudah kita beribadat dan bekerja.
Jangan tunggu telah diserang penyakit, barulah terhegeh - hegeh mencari rawatan. Mungkin waktu tersebut ribuan ringgit diperlukan.

Friday, May 1, 2009

qistina: LAKNAT ALLAH ATAS SEORANG PEMIMPIN UMAT ISLAM

qistina: LAKNAT ALLAH ATAS SEORANG PEMIMPIN UMAT ISLAM

TERAPI LINTAH KAMI


Terapi lintah kami adalah terjamin kebersihan dan higiennya. Lintah terapi kami hanya dari lintah ternakan yang dijamin kualitinya. Lintah terapi adalah lintah yang diternak semenjak lahir dan dijaga kualiti pemakanannya dan higien habitatnya. Lintah terapi juga dipilih dari lintah yang sihat dan bebas dari kekotoran.
Kami TIDAK MENGGUNAKAN lintah yang ditangkap dari paya @ lintah liar sebagai terapi perubatan.
Pengamal Terapi kami adalah berlatarbelakangkan pendidikan sains dan farmasi.
Oleh itu jangan ragu - ragu untuk menjalani rawatan lintah di PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB.

Thursday, April 23, 2009

ALAHAN & ALERGIK

Apa itu alergen

Alergen adalah sesuatu yang menyebabkan tindakan alahan, berupa
protein halus dalam bahan-bahan tertentu.

Contohnya alergen yang disebarkan oleh udara adalah debunga dan
kulapuk manakala yang lain-lainnya terdapat di dalam makanan seperti
kerang, kekacang dan susu.

Apa yang menyebabkan tindak balas alergik

Sistem imun mengandungi dua jenis sel darah putih iaitu sel T dan
sel B.

Sel-sel ini membantu sistem imun mempertahankan tubuh dengan
mengenal pasti bahan-bahan asing dan berpotensi membahayakan, dan
kemudiannya melepaskan bahan kimia seperti histamin untuk
memeranginya.

Tindak balas alergik berlaku apabila sistem imun tersilap mengenal
pasti bahan-bahan berbahaya seperti debunga mengakibatkannya menjadi
sensitif terhadap bahan itu. Pendedahan yang berulang-ulang, boleh
mencetuskan tindak balas alergik.

Siapa yang alah

Alahan mungkin diwarisi memandangkan rata-rata yang mengalaminya
mempunyai sejarah keluarga yang sama.

Bagaimanapun, semua orang tidak terkecuali daripada mengalaminya
pada mana-mana peringkat umur. Faktor-faktor persekitaran boleh
menjadikan sistem imun seseorang terlebih sensitif.

Ini seterusnya mencetuskan alahan di kalangan individu tanpa sejarah
keluarga, mahupun mendorong permulaannya (alahan) pada mereka yang
sedia mempunyai `genetik' itu.

Apa pula kejutan anafilaksis/anafilaktik

Ia merupakan satu tindak balas yang membahayakan nyawa yang boleh
bermula dalam masa beberapa saat ke minit selepas pendedahan.

Gejala termasuklah tompokan merah yang timbul di hampir keseluruhan
badan, kulit agak hangat apabila disentuh, kesukaran bernafas dan
tekanan darah yang menjunam.

Pernafasan boleh terhenti manakala tubuh mengalami serangan
anafilaktik. Tanpa rawatan segera, kegagalan jantung malah kematian
bakal menyusul tidak lama.

Alergen daripada racun mahupun suntikan ubat-ubatan cenderung
menyebabkan anafilaksis berbanding lain-lain alergen.

Bagaimanapun, kejutan seumpama ini bukanlah suatu keadaan yang biasa
berlaku. Ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan tertentu serta bantuan
doktor.

Jenis-jenis alergen dan alahan

- Alergen rumah

Hama debu adalah organisme mikroskopik yang mendiami sisik kulit
manusia, yang lazimnya kita buang/gugurkan saban hari.

Ia biasanya dijumpai di atas bantal, tilam, perabot upholsteri dan
tempat menggantungkan pakaian. Hama debu ini menjadi punca utama
kepada kebanyakan kes alahan berulang.

Alahan pernafasan

Merupakan alahan yang paling kerap berlaku disebabkan oleh sel-sel
imun yang banyak terdapat di dalam saluran pernafasan serta terdedah
kepada alergen-alergen yang disedut setiap hari.

Alergen yang paling biasa disedut berasal daripada debunga, kulapuk,
hama debu dan daripada binatang peliharaan.

Demam alahan yang juga dikenali sebagai hay fever, dan asma
merupakan sebahagian alahan pernafasan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagaimana Garam Kristal Himalaya Mengatasi masalah Asma
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


- Alahan makanan

Boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi
bengkak/sembap selain perut meragam, muntah, kejang, ruam, ekzema
dan lelah.

Contoh makanan yang biasa menyebabkan alahan adalah susu, soya,
telur, kekacang, gandum, ikan dan kerang.

Ia lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak tetapi boleh juga
dialami oleh orang dewasa.

- Alahan serangga

Satu dalam setiap 10 orang alah kepada racun yang disuntik oleh
lebah dan tebuan yang mengandungi alergen.

Bagi mereka yang tidak alah kepada sengatan tersebut mungkin
mengalami bengkak dan gatal-gatal kulit biasa selama beberapa jam.

Seseorang yang mengalami alahan serangga cenderung mempunyai ruam
yang besar, mengalami bengkak dan gatal-gatal dari beberapa hari ke
minggu.

Bagaimanapun, tindak balas boleh bertukar kepada kejutan anafilaktik
bagi sesetengah orang. Oleh itu, mereka yang sensitif kepada
sengatan serangga perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

- Alahan ubat

Ia bukan satu fenomena biasa tetapi boleh menghasilkan satu tindak
balas yang tidak menyelesakan malah mengancam nyawa.

Alahan penisilin misalnya boleh menyebabkan gejala-gejala seperti
ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik, dalam masa
beberapa minit.


Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan tindak balas alahan adalah
seperti antibiotik, sulfa, antiepileptik dan insulin.

- Alahan kulit

Sangat biasa terjadi kerana kulit saban hari terdedah kepada
pelbagai jenis alergen dan terutamanya sangat sensitif disebabkan
oleh sejumlah besar sel mast dan T yang terdapat di dalam tisu-tisu
kulit.

Gejala: Bengkak, ruam, gatal-gatal dan kulit kemerah-merahan.

Alahan biasa yang dikenali sebagai dermatitis sentuhan disebabkan
oleh tumbuh-tumbuhan, sesetengah bahan cucian, krim dan barang
kemas. Ruam juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan serta makanan
tertentu.

Merawat dan menguruskan alahan

Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti jenis tindak balas
alahan yang anda alami, sama ada mata berair, bersin atau kesukaran
bernafas.

Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus
kepada gejala-gejala.

Tanya diri anda beberapa soalan seperti di bawah:

* Di manakah tindak balas berlaku? Di dalam atau di luar rumah?

* Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama? Adakah anda makan
atau minum?

* Ingat persekitaran anda - adakah terdapat sebarang serangga atau
binatang berhampiran anda?

* Cuba jejak kembali tindakan anda di dalam kepala - adakah anda
memakai sesuatu yang baru? Adakah anda menggunakan sabun atau bahan
pencuci baru?

Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai alergen biasa
bagi mengesahkan alahan anda.

Sebaik dikenal pasti, uruskan alahan anda dengan beberapa tip mudah
berikut:

- Hindari alergen yang diketahui

- Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/miang

- Selalulah berjumpa doktor

- Jaga kesihatan anda.

Saturday, April 18, 2009

TENAGA INFRARED

Infrared ialah bahagian cahaya matahari yang tidak ada warna dan mempunyai tenaga radian iaitu ia memanaskan sesuatu objek tanpa memanaskan udara pengantara. Matahari merupakan sumber utama tenaga radian atau tenaga infrared.

Cahaya infrared adalah tenaga penting yang mengglakan pemulihan - meningkatkan bilangan sel darah putih, iaitu dengan adanya sel darah putih maka meningkatkan sistem imun tubuh. Peningkatan sistem imun akan perolehi kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik.

Rawatan menggunakan tenaga merupakan amalan dari zaman silam lagi. Pengamal perubatan Cina menggunakan terapi sentuhan untuk meningkatkan tubuhan sel, sintesis DNA dan sintesis protein dalam sel badan.

Sudah lebih 25 tahun para penyelidik dan pengkaji klinikal telah banyak membuat penyelidkan tentang rawatan menggunakan infrared.

Terapi infrared seluruh-tubuh telah digunakan lebih 80 tahun oleh doktor perubatan Jerman dengan cara yang ditubuhkan oleh mereka.

Antara manfaat dari terapi infrared ialah membolehkan mereka yang tidak dapat bersenam seperti pengguna kerusi roda dan yang tidak larat bersenam atau mereka yang malas bersenam, mendapat kesan seperti bersenam untuk kesihatan kardiovaskular dan senaman-senaman lain.

Keupayaan membakar kalori oleh infrared pula memberi kesan pada pengurusan berat badan. Sesi 30 minit dalam sauna infrared dapat membakar 600 hingga 2400 kalori dalam masa 30 minit sahaja. Dengan lain perkataan serupa dengan berlari 6km hingga 9km.

Peluh yang keluar dari kesan sauna wap mempunyai 95% air, manakala peluh yang keluar dar kesan sauna infrared pula ialah 80% air. Oleh itu 20% adalah kandungan logam berat, kolesterol dan toksin lain. Nampaknya menyah toksin dari kawasan limpha dan kulit adalah sumber meningkatan kesihatan. Toksin dalam tubuh merupakan penyebab utama bermacam penyakit , oleh itu dengan penyahan racun-racun dari dalam tubuh, maka organ-organ tubuh akan dapat menjalankan tugas dengan baik.

Radiasi far infrared boleh:
- meningkatkan edaran darah
- menguatkan sistem kardio vaskular
- melekanan sakit dan kekangan sendi (tanpa kesan sampingan)
- membakar beratus kalori tanpa berjam-jam senaman berlari atau berbasikal
- mensantaikan otot dan meringanan gerakan melentur
- mengurangkan kesakitan dan sengal-sengal badan
- membersihkan kulit mendalam
- menyah toksin dan kumbahan mineral
- membakar kalori dan mengawal berat badan
- meningkatkan sistem imum
- mengurangkan stres dan keletihan

KAMI DI PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB MENYEDIAKAN PEKHIDMATAN BERSAUNA INFRARED. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 017-9342576 UNTUK KETERANGAN LANJUT @ DATANG SENDIRI KE A 6616, TINGKAT 1, JALAN BESERAH, 25300 KUANTAN, PAHANG

KHASIAT BAWANG PUTIH


Bawang putih sering digunakan di dalam masakan harian. Tetapi adakah kita mengetahui khasiatnya yang sebenar. Khasiat tumbuhan ini amat besar dan mampu digunakan sebagai penyembuh dan pelindung kepada beberapa jenis penyakit.
Amalan memakan bawang putih mentah untuk dibuat ulam, mampu mencegah dan melindungi kita dari penyakit berbahaya. Tidak perlu kita berhabis ratusan ringgit untuk menjaga kesihatan, sedangkan memakan bawang putih secara mentah adalah lebih baik.

Antara khasiat yang dapat dikumpul ialah,

1. Mengurangkan kemerosotan otak dan sistem kekebalan
2. Membantu melambatkan proses penuaan. Menghalang pertumbuhan sel kanker.
3. Dengan menggunakan bawang putih, risiko terkena kanser dapat dikurangi.
4. Bawang putih yang dimakan secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah pembekuan darah.
6. Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan tekanan.
7. Bawang putih mengandung vitamin A.
8. Bawang putih mengandung vitamin B.
9. Bawang putih mengandung vitamin C.
10. Bawang putih mengandung kalsium.
11. Bawang putih mengandung potasium
12. Bawang putih mengandung antioksidan. Bawang putih mengandungi kerotin dan selenium
13. Memakan 2-3 siung bawang putih sehari, akan menghindarkan dari kemungkinan serangan penyakit jantung.
14. Menyembuhkan tekanan darah tinggi
15. Meringankan sakit lambung
16. Menurunkan kolesterol dalam darah
17. Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
18. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
19. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.
20. Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah
21. Menjaga stamina tubuh
22. Mengandungi khasiat antimikrob, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga memiliki antivitas sebagai antitumor.

Saturday, April 11, 2009

GARAM BUKIT DAN KEBAIKANNYA





PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB JUGA MENYEDIAKAN TERAPI GARAM.
Di sini kami berikan maklumat berkaitan dengan TERAPI GARAM.
Asal usul Garam Bukit

Garam Bukit adalah berasal dari sumber alam semulajadi iaitu dari pergunungan Himalaya di sebuah kawasan bernama Karakoram di timur negara Pakistan. Garam Bukit telah wujud dengan semulajadinya sejak jutaan tahun yang lalu dan merupakan sumber yang bersih dan garam yang bebas dari sebarang pencemaran.

Cahaya matahari telah mengeringkan laut dahulukala yang wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu sehingga garam bukit terjadi. Garam bukit ini kelihatan jernih dan semulajadi . Ia terbentuk akibat berlaku tekanan. Semakin tinggi tekanan semakin sempurnalah bentuk dan strukturnya . Mengikut maklumat yang diperolehi garam bukit ini adalah satu-satunya berstruktur geometrik pernah ditemui . Antara warna yang biasa didapati adalah putih, pink , oren kemerah-merahan . Lagi banyak kesempurnaan geometri garam makin tinggi nilainya. Samalah seperti berlian .
Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai " Raja Garam atau emas putih " kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja . Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya . Dari sudut geologi garam ini juga dikenali sebagai " halite " ( garam biasa ) yang berkomposisikan sodium klorida .NACL .

Kebaikan Garam

1. Bantu cerahkan kulit
2. Lancarkan peredaran darah
3. Bantu tanggalkan sel mati
4. Bantu hilangkan parut, jerawat, jeragat, gatal-gatal
5. Halus & gebukan kulit
6. bantu keluarkan toksin dr badan
7. kurangkan masalah lenguh kaki, lutut, badan, masalah bau kaki
8. Kurangkan migrin & pening kepala
9. Legakan sakit mata.
10. Hilangkan tekanan
11. Kembalikan tenaga
12. Dapat menghindarkan diri dari sakit jantung

Thursday, April 9, 2009

PRODUK KECANTIKAN

Mecari rakan kongsi untuk produk kecantikan.
Tempat telah disediakan.
Latihan boleh diaturkan.
Sesiapa yang berminat untuk menceburi perniagaan berasaskan kecantikan dan sedang mencari tempat, hubungi 017-9342576

MAKANAN UTAMA PENYEBAB KANSER

Di dalam menjalani kehidupan yang sihat, salah satu kaedah penjagaan ialah melalui makanan yang berkhasiat. Makanan juga boleh menyebabkan penyakit. Mungkin ini amat berguna kepada pembaca. Jadi kawalkan makanan, itulah sunnah Rasul.

The top five cancer-causing foods are:
1. Hot dogs

Because they are high in nitrates, the Cancer Prevention Coalition

advises that children eat no more than 12 hot dogs a month. If you
can't
live without hot dogs, buy those made without sodium nitrate.

2. Processed meats and bacon

Also high in the same sodium nitrates found in hot dogs, bacon, and
other
processed meats raise the risk of heart disease. The saturated fat in

bacon also contributes to cancer.

3. Doughnuts

Doughnuts are cancer-causing double trouble. First, they are made with

white flour, sugar, and hydrogenated oils, then fried at high

temperatures. Doughnuts, says Adams , may be the worst food you can

possibly eat to raise your risk of cancer.

4. French fries

Like doughnuts, French fries are made with hydrogenated oils and then

fried at high temperatures. They also contain cancer- causing acryl

amides which occur during the frying process. They should be called

cancer fries, not French fries, said Adams .

5. Chips, crackers, and cookies

All are usually made with white flour and sugar. Even the ones whose

labels claim to be free of trans-fats generally contain small amounts
of
trans-fats.

PELUANG BELAJAR TERAPI/ BEKAM LINTAH

Pusat Terapi Alami MUJAROB, menawarkan pembelajaran terapi/ bekam lintah secara percuma sekiranya anda menjadi stokis MUJAROB. Tawaran terhad sehingga ditentukan oleh pihak pengurusan.
Syarat menjadi stokis, pembelian sekurang - kurangnya 50 botol Minyak MUJAROB.
Sesiapa yang berminat, hubungi @ sms ke 017-9342576 untuk maklumat lanjut.

Monday, April 6, 2009

PROMOSI MINYAK LINTAH MUJAROB

Sempena 2 tahun,Minyak Lintah MUJAROB berada dipasaran, maka kami berbesar hati ingin mempromosikan kepada stokis dan yang berminat menjadi stokis.
Dapatkan dengan harga,

1. 50 - 99 botol, RM14.00 sebotol
2. 100 - ke atas, RM13.00 sebotol

TAWARAN TERHAD SEHINGGA 15/05/2009 SAHAJA

Saturday, April 4, 2009

LINTAH SEBAGAI TERAPI


Kewujudan PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB adalah kerana memperkenalkan lintah sebagai terapi. Walaupun haiwan ini mungkin menggelikan bagi sebahagian orang, namun manfaatnya amat besar. Lintah telah digunakan sebagai penyembuh bagi banyak penyakit. Di seluruh dunia, lintah memang digunakan samada kita sedar atau tidak.
Ada yang menyamakan penggunaan lintah sebagai bekam, mungkin kerana konsep mengeluarkan darah dari kapilari. Bagi kami istilah TERAPI lebih tepat. Istilah Bekam digunakan untuk mengeluarkan darah kotor. Darah kotor yang dimaksudkan disini ialah sel darah merah yang mati. Kajian menunjukkan darah yang dibekam dari kaapilari ialah darah yang telah cacat bentuknya. Darah ini tidak diperlukan oleh tubuh. Darah seperti ini perlu dikeluarkan samada dengan menggunakan kaedah perkumuhan, perpeluhan atau pembekaman.
Dari kajian juga darah seperti ini akan menyebabkan mendapan pada salur darah dan toksik kepada organ tubuh.
Kelebihan lintah, apabila menghisap darah ia juga akan memasukkan bahan kimia semulajadinya yang bermanfaat sebagai faktur pencair darah, pengembangan kapilari dan pemulih sel. Ini akan mempercepatkan proses pemulihan para pesakit. Itulah perkataan TERAPI (Penyembuhan) yang kami gunakan. Walaubagaimanapun ada pesakit yang tidak boleh menggunakan lintah. Di PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB, kami akan memeriksa terlebih dahulu untuk meingelakkana bgerlakunyaa mbudarat kepalda pesakit.
Pelbagai kaedah terapi digunakan. Di PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB, kami mengambil kaedah Eropah sebagai panduan dan rujukan. Kaedah ini telah dibukti higien dan diuji serta telah digunakan di hospital Eropah.
Kepada yang berminat untuk mencuba, datanglah ke PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB @ hubungi 017-9342576.

Friday, April 3, 2009

SAUNA INI, ADA PENGIKTIRAFAN

Pengiktirafan Dari Luar Negara
CB Approval

The International Electrotechnical Commission system for Conformity Testing to Standards for Electrical Equipment has developed the IECEE CB Scheme, for specific types of electrical and electronic equipment. The scheme enables the mutual recognition of third party test results between member countries.
CB member countries: Argentina, Australia, Austria, Belarus, Belgium, Brazil, Canada, China, Czech Republic, Denmark, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, India, Ireland, Israel, Italy, Japan, Republic of Korea, Malaysia, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Romania, Russian Federation, Singapore, Slovakia, Slovenia, South Africa, Spain, Sweden, Switzerland, Thailand, Turkey, Ukraine, UK, USA, Yugoslavia.
SASO Approval -
Products are required to meet essential requirements relating to safety, national security and the Islamic religion as indicated in Saudi standards. The products covered include toys, electrical and electronics, automotive and chemical. Where no applicable Saudi standards exist, an acceptable international standard may have been approved by the SASO.
Sixty-six product categories are covered; most are purchased and used by consumers. These categories are divided into five groups which include Toys, Electronics and Electrical Products, Chemical Products and Others.
CE Approval -The CE Mark is a products certification mark that is placed on products compliant to the New Approach Directives of the Europian Union.

JAGA KESIHATAN, SUNNAH RASULULLAH


Mungkin ramai dari kalangan kita menganggap menjaga kesihatan adalah perkara remeh. Kesihatan adalah satu anugerah ilahi. Konsep mencegah adalah lebih baik dari merawat penyakit. Penyakit akan datang tanpa disedari. Sedar - sedar sudah diperingkat kronik dan sukar untuk diubati. Kalau boleh pun memerlukan kos yang tinggi.
Rasulullah mengajar kita untuk mencegah. Bagaimana caranya? Rasulullah menggalakkan umatnya berbekam iaitu mengeluar darah kotor (rosak). Dahulu orang tidak faham mengapa Rasulullah menyuruh berbekam, apabila kajian dibuat benarlah, darah semasa berbekam diambil dari kapilari bukannya pembuluh darah. Darah ini didapati kebanyakannya sel - sel yang rosak atau cacat. Darah ini jika disimpan akan mengganggu pengaliran darah di dalam tubuh dan merosakkan organ tubuh. Jelaslah penerangan berkaitan berbekam. Berbekam mampu mencegah dan mengubati jika perlu caranya.
Berbekam ada tiga 3 kaedah samada melalui sayatan, lintah atau angin. Pilihlah mana yang sesuai, insya'allah dapat merasakan kelebihannya.
Pengaliran darah yang baik dapat membantu menyegarkan badan dan memulihkan tubuh.
Malangnya orang Melayu tidak suka menjaga kesihatan, lebih suka berubat dari mencegah. Jadilah amalan dan praktis, nescaya kita akan seronok menikmati hidup dan beribadat.
Kita lebih mempercayai kata - kata manusia yang menggelarkan dirinya pandai dari menghadamkan kata - kata Rasulullah.

Wednesday, April 1, 2009

PENGALAMAN STOKIS BANTING, 012-3437944

Nama saya Jamaan, saya ada beberapa pengalaman yang menarik menggunakan Minyak Lintah MUJAROB yaang boleh dikongsi bersama untuk kebaikan semua.
PENGALAMAN 1, Adik Ipar saya digigit lebah, saya terus menyapu Minyak Lintah MUJAROB, beliau hilang kesakitan dan tidak menangis.

PENGALAMAN 2, Anak saya mengalami alahan menyebabkan kulitnya naik gatal, saya menyapu Minyak Lintah MUJAROB, alhamdulillah beransur sembuh dan biji - biji gatal hilang.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di talian 012-3437944

Sunday, March 29, 2009

LINTAH DAN DUNIA PERUBATAN

Ini dicopy dan paste sahaja, sebagai rujukan dan bacaan

KEISTIMEWAAN LINTAH
Keistimewaan lintah dalam dunia perubatan

Oleh Najibah Hassan(najibah@utusan.com.my)
SEPANJANG kerjayanya sebagai pakar bedah plastik dan rekonstruktif, di Columbia, Dr. Matthew Concannon tidak akan lupa salah satu sejarah yang tercipta enam tahun lalu.

Beliau telah berusaha untuk menyambung sebahagian telinga seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terputus akibat digigit oleh seekor anjing pelatih.

Ini merupakan kes ketiga yang dilaporkan di mana telinga seorang kanak-kanak disambungkan melalui pembedahan mikro.

Menurut Concannon, prosedur yang mengambil masa selama empat jam itu terlalu rumit. Selain saiz pembuluh darah yang terlalu halus, koyakan yang berlaku pada telinga menyebabkan kerja-kerja mencantum semula telinga tersebut semakin mencabar.

Sejurus selepas pembedahan selesai dilakukan, Concannon menggunakan lintah bagi membolehkan aliran darah terbentuk semula.

Dalam tempoh seminggu, lebih 50 ekor lintah telah digunakan. Hasil yang diperoleh begitu menakjubkan.

``Lintah yang digunakan berjaya menyedut sejumlah darah beku bagi membolehkan darah mengalir selepas pembedahan yang rumit.

``Jika darah-darah ini tidak disedut keluar, ia akan masuk semula dan keadaan ini lebih serius seolah-olah seperti tiada darah baru yang mengalir,'' jelasnya.

Sukar dipercayai. Tetapi itulah sebahagian sumbangan dan jasa yang cukup besar lintah dalam dunia perubatan.

Spesies yang sinonim dengan `drakula' ini telah banyak menyelamatkan anggota tubuh yang dipotong melalui pembedahan. Justeru, menyedari kepentingannya ini, Concannon `menternak' lintah sebagai persediaan pada bila-bila masa ia diperlukan.

Pengarah Hospital Universiti dan Klinik dan pakar tangan dan pembedahan mikro itu menjelaskan, `lintah perubatan' itu terlalu bernilai.

Menurut beliau, lintah dianggap aset paling penting kepada pakar-pakar bedah plastik dan rekonstruktif di negaranya.

``Lintah dapat membantu mengekalkan aliran darah kepada tisu-tisu yang dipindahkan dan bahagian-bahagian tubuh yang dilekatkan semula,'' katanya.

Peranan lintah dalam dunia perubatan sebenarnya telah diamalkan sejak ratusan tahun yang lalu. Biasanya, ia digunakan untuk menghilangkan rasa sakit dengan mekanisme menghisap darah.

Bagaimanapun, perkembangan ubat-ubatan moden menenggelamkan `kehebatan' dan sumbangan lintah dalam dunia perubatan.

Pada abad ke-19, lintah digunakan secara meluas oleh pakar-pakar perubatan dan tukang gunting rambut untuk proses pembekaman. Amalan berbekam ini, dipercayai sebagai penyembuh banyak jenis penyakit dari hujung rambut hingga ke hujung tapak kaki. Ini termasuklah sakit kepala hinggalah gout.

Namun, lama-kelamaan, amalan ini semakin dilupakan. Bagaimanapun, trend menggunakan lintah perubatan semakin mendapat tempat dalam tempoh empat dekad lalu.

Terbaru, saintis Jerman melaporkan, penggunaan lintah amat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit dan kekejangan di kalangan pesakit yang menghadapi masalah radang sendi pada lutut (artritis).

Dalam perubatan moden, penggunaan lintah hanya terhad bagi merawat masalah darah beku selepas pembedahan.

Penemuan terbaru yang dilaporkan di Annals of Internal Medicine mendedahkan air liur lintah mengandungi sejenis bahan antiradang dan lain-lain bahan kimia.

Menurut Dr. Gustav J. Dobos dari Klinik Essen-Mitte, Jerman, bahan-bahan ini dipercayai dapat mengurangkan gejala-gejala artritis. Lintah-lintah tersebut diletakkan pada bahagian lutut yang sakit, dibiarkan selama 70 minit hinggalah lintah tersebut tertanggal daripada kulit.

Selepas tujuh hari pesakit menerima rawatan, kesannya cukup menakjubkan. Pesakit yang mendapat terapi lintah lebih baik berbanding rawatan konvensional terutama dari aspek kurang rasa sakit.

Dalam makmalnya, Concannon menyimpan antara dua hingga tiga dozen lintah sebagai persediaan.

``Apabila saya memerlukan seekor, saya memerlukannya pada masa itu juga dan tidak boleh menunggunya berjam-jam,'' katanya.

Lintah-lintah ini dibiarkan berada dalam akuarium yang diisi dengan air suling. Mereka juga diberi makanan yang dibuat khas untuk mereka yang ditambah dalam tangki tersebut.

Lintah-lintah ini tidak dibenarkan menghisap darah manusia atau apa juga produk-produk darah sebelum digunakan bagi mengelakkan pencemaran kepada pesakit.

Menurut Concannon, tujuan utama penggunaan lintah ialah melancarkan aliran darah. Kelebihan teraputik yang diperoleh daripada lintah ini terbahagi kepada dua.

Pertama, jumlah darah yang dikeluarkan semasa proses menghisap dan setiap gigitan darah akan meleleh hingga satu jam selepas lintah-lintah tersebut jatuh dengan sendirinya.

Keadaan ini, secara tidak langsung membolehkan anggota tubuh yang digigit itu terus hidup.

Bagaimanapun, sebelum prosedur ini dilakukan, Concannon akan melakukan beberapa ujian kepada pesakit bagi memastikan mereka benar-benar mengalami kesesakan vena.

``Saya hanya menggunakan lintah sebagai alternatif terakhir apabila kesemua kaedah teknikal telah dilakukan tetapi pesakit masih mempunyai masalah,'' ujarnya.

Apabila terapi ini dimulakan, ia akan diteruskan sehingga pembuluh darah baru terbentuk secukupnya di sekeliling tisu-tisu terbabit.

Begitu juga dengan jumlah lintah yang digunakan. Ia banyak bergantung kepada keadaan penyumbatan dan tempoh impaknya pada penyumbatan tersebut.

Prosedur ini sebetulnya tidak sedikit pun menyakitkan pesakit kerana fungsi sebahagian saraf pada anggota terbabit semakin menurun.

``Kedua, air liur lintah-lintah tersebut mengandungi sejenis kimia anestetik yang menyebabkan kita tidak rasa sakit dan agen antidarah beku.

``Ia dikenali sebagai hirudin - yang membantu darah mengalir dengan bebas,'' jelas Concannon.

Dalam kebanyakan kes, katanya pesakit pada mulanya agak ragu-ragu tetapi masih boleh menerima apabila beliau mencadangkan untuk meletakkan parasit kurus ini pada luka mereka.

Daripada 24 kes sejak beliau mula menggunakan terapi lintah pada 1992, hanya seorang pesakit saja yang enggan.

``Setelah kami kehabisan pilihan pembedahan, saya akan tanya kepada pesakit sama ada mereka ingin mencuba kaedah ini.

``Kebanyakannya hairan bagaimana lintah ini bertindak untuk menyelamatkan sebahagian anggota tubuh mereka,'' jelasnya.

Tergolong dalam spesies cacing, lintah `digeruni' kerana keupayaannya menghisap darah dan fizikalnya yang lembik.

Lintah, tergolong dalam spesies cacing yang terdapat banyak di hutan hujan tropika. Spesies ini gemarkan tempat-tempat yang lembap seperti di sungai, danau dan laut.

Selain itu, ia juga mudah ditemui di tempat-tempat perkhemahan berhampiran air terjun atau sungai dan trek tempat mendaki yang lembap.

Secara anatominya, lintah mempunyai alat penyedut pada setiap penghujung badannya. Satu digunakan untuk makan, manakala satu lagi digunakan untuk bergantung ketika menghisap darah.

Menurut Concannon, apabila dia meletakkan lintah ini pada `hosnya', mereka tidak akan membuang masa. Mereka menggunakan tiga rahang yang mengandungi 100 batang gigi setiap satu ke bahagian terbabit.

Hanya dalam tempoh setengah jam, mereka boleh menyedut darah dengan rakus sebanyak lima kali ganda daripada berat badan mereka.

Setelah puas menghisap darah, lintah akan terjatuh dengan sendiri dan meninggalkan tanda gigitannya yang cukup ketara pada kulit.

Hanya dengan sekali sedutan, lintah-lintah ini mampu bertahan selama 18 bulan tanpa makanan lain.

Apabila lintah-lintah telah digunakan, Concannon akan memberi mereka sedatif dalam alkohol untuk dimusnahkan dalam insinerator.

``Mereka perlu dibuang segera dan berhati-hati kerana badan mereka dipenuhi dengan bahan-bahan buangan perubatan,'' katanya.

Bercerita tentang lintah, ada yang memegang kepada kepercayaan jika seseorang bermimpi bertemu lintah, bermakna dia akan digoda oleh perempuan atau sebaliknya. Jika dia bermimpi digigit lintah bersirat akan digoda oleh perempuan yang jahat.

Di kalangan masyarakat Melayu, telah diketahui minyak lintah khusus bagi kaum lelaki untuk menambahkan saiz zakar dan mereka yang bermasalah dalam hubungan seks. Khabarnya, minyak ini ditapa selama 40 hari 40 malam di dalam kelapa muda hijau mengikut resipi herba purba, kitab-kitab lama seperti kitab Arab (Rawd at-Tirr) dan khazanah seks Melayu dahulu kala.

Namun, sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui melainkan bagi mereka yang telah mencubanya.