Semalam, sempat menziarahi seorang teman yang mengalami serangan sakit jantung. Usia baru 36 tahun dan bekas seorang atlet. Terperanjat juga saya mendengarnya, tetapi alhamdulillah sekarang telah keluar dari hospital. Walaubagaimanapun masih tidak berupaya melakukan kerja - kerja berat dan berehat di rumah.
Nampaknya penyakit menyerang tidak mengira usia. Dahulu amat sukar kita mendengar pada peringkat muda diserang penyakit jantung. Mengapa dan Kenapa? Setiap urusan sudah pasti ada huraian dan penjelasan.
Lebih mudah, kita membuat satu perbandingan di antara manusia dan kereta. Kita sanggup menghabiskan beratus - ratus ringgit untuk menjaga kelancaran kereta agar tidak menghadapi masalah semasa perjalanan. Malangnya, kita tidak ingin atau tidak sanggup mengeluarkan belanja untuk kesihatan sendiri. Itulah sikap kebanyakan masyarakat. Sebenarnya tidak perlu berbelanja mahal atau membeli produk berharga ratusan ringgit untuk menjaga kesihatan. Kita lebih suka mengambil sikap biar sahaja atau beserah pada takdir. Ini adalah sikap yang salah dan tidak memahami kaedah Islam yang dfiajar oleh Rasulullah.
Penjagaan kesihatan secara murah, kita boleh berbekam setiap bulan samada menggunakan lintah atau beka darah. Ini yang diajar dan diamalkan oleh Rasulullah. Perbelanjaannya pun tidak mahal. Berbekam mampu mengeluarkan toksid badan dan meningkatkan imun tubuh. Setiap hari kita memakan pelbagai jenis racun, tubuh terpaksa memproses dan menyerapnya. Mungkin ini akan mengganggu sistem tubuh kita sendiri. Apalah salahnya peruntukkan sedikit wang untuk tubuh kita.
Di PUSAT TERAPI ALAMI, KAMI MENYEDIAKAN TERAPI LINTAH DENGAN HARGA MAMPU, SATU SESSI RAWATAN TERAPI LINTAH HANYA RM30 - 40.00
Mungkin bagi perokok lebih mahal lagi berbelanja semata - mata untuk merosakkan kesihatan. Kita makan di kedai, lebih mahal lagi mungkin mencecah ratusan ringgit (jika seisi keluarga). Tidak rugi membelanjakan RM50.00 untuk tubuh badan sendiri agar mudah kita beribadat dan bekerja.
Jangan tunggu telah diserang penyakit, barulah terhegeh - hegeh mencari rawatan. Mungkin waktu tersebut ribuan ringgit diperlukan.
No comments:
Post a Comment