Pages

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Sunday, February 5, 2012

RESDUNG, CUKA KURMA DAN MADU



Resdung adalah penyakit yang amat biasa dialami oleh masyarakat Melayu. Dalam istilah Sains, Resdung adalah Sinus.
Apa dia Sinus? Sinusitis merupakan suatu proses peradangan pada mukosa atau selaput lendir sinus paranasal. Akibat peradangan ini dapat menyebabkan pembentukan cairan atau kerusakan tulang di bawahnya.
Sinus paranasal adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang-tulang di wajah. Terdiri dari sinus frontal (di dahi), sinus etmoid (pangkal hidung), sinus maksila (pipi kanan dan kiri), sinus sfenoid (di belakang sinus etmoid).

Beberapa kaedah yang digunakan utk merawat Sinus @ Resdung.

Di sini saya mencadangkan kaedah menggunakan Cuka Kurma dan Madu.

1. Satu titik madu
2. Setitik cuka kurma
3. Satu gelas air

Baca Al Fatihah, Salawat dan niatkan utk kesembuhan penyakit, sedut melalui hidung. Jangan dihembus terus, simpan biar lama sikit. Ulang di waktu pagi, petang dan malam. Insya'allah akan mendapat kesembuhan.

Wednesday, February 1, 2012

CUKA KURMA - KHAL



Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim)

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.a). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)


KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Khasiat Cuka Kurma
Dari kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
** 01: mencegah berlakunya pembengkakan pada badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

CARA PENGAMBILAN:
2 sudu besar cuka kurma + segelas air (amalkan sebelum makan pagi, tgh hari, malam)

*Boleh ditambah madu

Saturday, January 28, 2012

SABUN TAHARAH




Kejadian Adam a.s sebagai manusia pertama adalah dari tanah. Surah Al Imran, 59, Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia.
Maka jelaslah kita terdiri dari unsur tanah. Makanan kita juga mesti diambil dari unsur tanah.
Mengapa kita tidak gunakan tanah sebagai medium untuk menyihatkan kita.

Gunalah sabun Taharah, yang diperbuat dari 90% tanah liat....Berminat datang ke kedai kami.


Faedah & Kegunaan

1. Kegunaan untuk bersamak.
2. Mengandungi Vitamin A, C dan E.
Sabun Taharah ini mempunyai kandungan mineral dan zat galian secara semulajadi seperti magnesium, sodium, kalsium dan potassium yang memberi kecantikan dan kesihatan pada kulit kita
3. Mengandungi minyak zaitun yang memberi daya kelambapan yang sempurna amat sesuai untuk semua jenis kulit bagi semua peringkat usia untuk kecantikan dan kesihatan diri
4. Mencerahkan, Menghaluskan dan Melembapkan kulit.
5. Menghilangkan bau badan dan kotoran.
6. Menghilangkan penyakit kulit seperti panau, kurap, kudis, ruam, gatal-gatal, kulit kering, kelemumur serta rekahan tumit kaki.
7. Zat, vitamin dan mineral yang terkandung boleh menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam (jeragat), mengurangkan garis-garis penuaan, kedutan pada muka dan memberi kesegaran yang berpanjangan.
8. Serbaguna untuk basuhan sayuran, barang kemas, basuhan baju dan lain-lain.

Thursday, December 22, 2011

PANTANG DAN LINTAH




Ada yang bertanya, setelah berterapi Lintah perlukah kita berpantang? Terlebih dahulu saya ingin mengulas apakah itu pantang. Pantang banyak digunakan dalam perubatan Alternatif, samada Melayu, Cina atau India. Mengapa perlu berpantang? Sebenarnya pantang adalah salah satu kaedah untuk mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan tindakbalas. Ada makanan yang perlu dielakkan untuk menjauhkan tindakbalas dan mengurangkan kesan penawar. Tindakbalas ini bergantung kepada kimia individu. Individu berbeza akan memberi tindakbalas yang berbeza. Itu sebab ada makanan yang memberi kesaan alahan kepada si A tetapi tidak kepada si B.
Pantang secara tidak langsung untuk mengurangkan tindakbalas atau kesan sampingan dan mempercepatkan penyembuhan.
Di dalam perubatan alopati pula, jarang kita dengar tentang pantang ini. Ini kerana bahan kimia yang ada dalam ubatan telah dapat dikurangkan dan dikawal dosnya. Walaubagaimanapun kesan sampingannya tetap ada.Ada kalanya lebih teruk dari kesan sampingan herba.
Terapi Lintah pula, pantangnya tiada, cuma selepas terapi beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan darah keluar. Kesan sampingan lintah juga tidak sama. Ada yang agak ketara tetapi ramai yang tidak mengalaminya.
Di sini letaknya pengetahuan dan pengalaman Perawat untuk mengimbangkan dan mengurangkan kesan sampingan dan tindakbalas kimia lintah dengan tubuh manusia.

Tuesday, December 20, 2011

BAIKNYA BEKAM




Kini teknologi perubatan bertambah maju, tetapi persoalannya, apakah tahap kesihatan manusia bertambah baik? Jika dilihat secara rambang, kini pelbagai penyakit yang tidak pernah diketahui dan dihidapi muncul. Dasn tidak hairan, anak - anak muda yang berumur kurang dari 30 tahun telah menghadapi pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Perubatan telah menjadi satu industri. Apabila industri bermakna ada untung rugi. Ubatan bukan sahaja penawar sakit tetapi adalah ruang perniagaan.
Bekam adalah salah satu kaedah amalan Rasulullah. Bekam adalah sunnah bermakna wahyu Allah. Maka kita amat dianjurkan melaksanakannya disamping mampu mengikuti sunnah Rasul Junjungan kita.

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.” (HR Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :


إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

Kebaikan dan Kegunaan Bekam untuk:

1. Membuang angin dalam badan

2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan

3. Melancarkan peredaran darah

4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat

5. Membuang racun / tosik dalam badan.

Terapi Lintah adalah salah satu dari kaedah bekam.
Cara terbaik dan sesuai untuk semua zaman yang sebenarnya adalah Berbekam...

Thursday, December 15, 2011

LINTAH DAN HALANGAN



Setelah hampir 4 tahun, menceburkan diri di dalam bidang Terapi Lintah ini pelbagai mehnah ditempuhi.
Halangan utamanya, masih ramai ahli masyarakat yang masih kurang percaya kepada Rawatan Alternatif Terapi Lintah. Mungkin sikap masyarakat kita yang meletakkan hasil perubatan sembuh segera. Menganggap satu keajaiban yang akan berlaku.
Dan ramai yang lebih sanggup sakit dari menjalani rawatan lintah atas alasan geli. Tak dapatlah dibantu dan biarkan sahaja mereka dengan kegeliannya.
Terapi Lintah sama seperti rawatan lain, perlukan kaedah tertentu. Sama seperti rawatan alternatif mahupun alopati.
Walaupun ada kes @ penyakit yang nampak cepat hasilnya, tetapi secara normal untuk dapat hasil terbaik perlukan beberapa kali rawatan (bergantung kepada kroniknya sakit). Dan ada jenis penyakit yang tidak akan pulih, tetapi hanya dapat dikawal.
Salah faham ini terjadi kerana ada pengamal alternatif yang keterlaluan dalam penerangan atau mungkin tiada ilmu, serta menjanjikan kesembuhan. Sedangkan kesembuhan adalah hak mutlak Allah, kita manusia berusaha sekadar yang termampu berdasarkan ilmu yang ada.
Dan mungkin juga sikap 'pong - pong' pesakit yang telah sembuh, terlalu ghairah untuk bercerita.
Di PTAM sendiri ada kes yang berjaya disembuhkan dengan menggunakan lintah dan ada juga yang gagal.
Dan kami di PTAM sendiri kami menggabungkan Terapi Lintah dengan herba - herba lain. Kami melihat penyakit perlu dirawat secara Holistik.
Sebagai contohnya, penyakit Resdung perlu dirawat secara luaran (lintah) dan dalaman serta kawalan pemakanan.
Dan nasihat kepada para pesakit, jangan berputus asa dalam mencari ubat, kita sekadar yang berusaha. Dan yakinlah jika berusaha, berdoa dan tawakkal, kesembuhan akan datang.

Saturday, October 1, 2011

MAKLUMAN...

Pusat Terapi akan ditutup dari 2hb hingga 4 hb Oktober (Ahad - Selasa). Penterapi out station. Tiada temujanji pada masa tersebut.
Temujanji akan bermula semula 5hb Oktober (Rabu).

Segala kesulitan amat dikesali.