Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Sunday, November 14, 2010

JANGAN BERPUTUS ASA

Di dalam kehidupan, manusia akan diuji dengan pelbagai cara agar dapat dinilai tahap keimanan seseorang. Salah satunya adalah penyakit. Hendaklah kita ingat, penyakit juga adalah satu ujian Allah kepada makhluknya. Penyakit juga banyak, pelbagai jenis penyakit. Ada yang nampak, ada yang tidak. Dan sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa, menurunkan penawar bagi semua jenis penyakit. Samada penawar itu perlu diambil sekali, atau pun secara berterusan. Itulah tanda - kebesaran Ilahi kepada makhluknya.
Salah satu kaedah perawatan atau TERAPI adalah menggunakan lintah. Allah menjadikan makhluk penghisap darah, musuh kepada pesawah ini sebagai satu manfaat di dalam bidang perubatan. Banyak kaedah perubatan yang mengunakan lintah sebagai salah satu kaedah rawatan semulajadi. Dan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan aliran darah dan masalah darah yang mampu diubati menggunakan LINTAH. Antaranya Migrain, Resdung, Jerawat, Gout, Bisul, Sakit Sendi, Sakit Pinggang dan pelbagai lagi.
Kita sebagai manusia, Cuma yang penting terus berusaha untuk merawat penyakit yang dihidapai dan JANGANLAH BERPUTUS ASA. Insya'allah akan ada jalan keluar bagi setiap penyakit. SESUNGGUHNYA KESEMBUHAN HANYA DATANG DARI ALLAH SAHAJA.

Thursday, July 29, 2010

D.I.Y


Konsep Do It Yourself (D.I.Y) bukanlah perkara yang asing di dalam rawatan lintah. Ini khususnya bagi pelanggan yang sukar untuk datang ke premis dan memerlukan beberapa sessi atau rawatan secara berterusan.
Beli lintah yang telah siap dibersihkan dan guna semasa bersantai atau menonton TV.Konsep ini banyak digunakan di Eropah. Tetapi mesti dapatkan nasihat pakar dahulu.

Tuesday, July 20, 2010

KARNIVAL USAHAWAN DESA (KUD) 22 - 25 JULAI 2010


Jualan Minyak Lintah MUJAROB akan di adakan di KARNIVAL USAHAWAN DESA (KUD),Di Perkarangan Tempat Letak Kereta B & C, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Berminat, Sila Datang. Dapatkan di sana.
Booth kami, APEEC UPM dan Ketengah Jaya.

Friday, July 16, 2010

RESDUNG

Salah - satu, rawatan Resdung ialah menggunakan lintah. Lintah digunakan untuk menyedut darah keluar dan membuka saluran - saluran darah yang tersumbat. Walaubagaimanapun, kaedah ini perlu dilakukan beberapa kali dalam tempuh yang tertentu. Selepas tempuh tersebut, rawatan secara berterusan juga perlu diikuti agar penyakit dapat dikawal.
Hubungi 017-9342576 untuk keterangan lanjut

Saturday, July 10, 2010

TINNITUS @ MASALAH PENDENGARAN

Memang lintah digunakan untuk masalah pendengaran atau tinnitus di Barat masa kini.
Hubungi kami jika inginkan rawatan lintah.

BELI MINYAK LINTAH MUJAROB

Dapatkan Minyak Lintah MUJAROB

ROMPIN: Omar Arifin (013-9353277)
Ahad - Pasar Tani Kuantan (pagi),
Pasar Tani Bnadar Keratong (ptg)

Rabu - Pasar Tani Pekan (pagi)
Pasar Malam Pekan (ptg)

Jumaat - Pasat Tani Chini 4 (pagi)

Sabtu - Pasar Tani Pekan (pagi)
Pasar Tani Balok (ptg)

atau HUBUNGI OMAR ARIFIN (013-9353277)

Tuesday, July 6, 2010

DARAH LAMBAT BERHENTI

Ada pesakit yang fobia kepada rawatan lintah, apabila darah yang keluar lambat berhenti. Kebiasaannya darah akan berhenti selepas rawatan lintah 2 jam hingga 1 hari. Namun ada juga kes sehingga 2 - 4 hari. Itu bergantung kepada tubuh dan kondisi darah masing - masing.
Dari pemerhatian kami, darah yang lambat berhenti ini juga dipengaruhi oleh sikap i pesakit sendiri. Ramai pesakit yang suka membuang bandage untuk menutup luka dengan segera. Jadi darah tak sempat nak berhenti tetapi bandage telah dibuang. Akhirnya darah pun terus mengalir keluar.
Aktiviti yang berlebihan juga antara faktur penyumbang. Elakkan aktiviti berlebihan selepas rawatan lintah.
Namun jangan dijadikan alasan ini untuk mengelakkan rawatan lintah. Sedangkan matlamat utama kita adalah untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Friday, June 25, 2010

TEMUJANJI

Memandangkan beberapa masalah yang masih tidak dapat diselesaikan. Kepada para pelanggan, saya memohon agar dapat membuat temujanji dahulu untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Hubungi 017-9342576 untuk TEMUJANJI.

Saturday, June 19, 2010

GOUT DAN LINTAH

Gout adalah penyakit yang biasa bagi orang pertengahan umur. Punca penyakit gout adalah disebabkan oleh asid urik berlebihan. Kesakitannya hanya orang yang sakit mengetahuinya.
Kebanyakkan pesakit yang mengalami masalah gout dapat dikurangkan kesakitannya dan serangannya melalui rawatan lintah. Ada pesakit yang datang terencut - encut sebelum rawatan, dapat berjalan seperti biasa selepas rawatan.
Dari testimonial pesakit juga, serangan gout pun dapat dianjak ke tempoh yang lebih lama. Kalau sebelum rawatan, kerap diserang penyakit gout sebulan sekali, selepas rawatan serangan gout berlaku sehingga 3 bulan atau lebih.
Walaubagaimanapun, rawatan untuk penyakit gout perlu dilakukan secara berterusan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Rawatan ini bukan sahaja mampu memulihkan penyakit gout, bahkan mampu mengelakkan penyakit - penyakit lain.
Sila berhubung 017-9342576 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Tuesday, April 13, 2010

LINTAH DAN DARAH TINGGI

Penggunaan lintah memang sesuai untuk mengatasi masalah darah tinggi. Pesakit yang datang dengan rasa sakit kepala yang teramat sangat, pulang dengan senyuman. Itulah penangan lintah. Tetapi janganlah hanya datang sekali, nescaya kurang keberhasilannya. Dan dipastikan juga, penjagaan makanan dan senaman amat penting dalam mengatasi masalah darah tinggi.
Jangan ragu untuk mencuba rawwatan dengan lintah jika anda penghidap darah tinggi. Insya'allah hidup ini lebih akan bermakna.

Saturday, March 13, 2010

LINTAH BUAT PERANGAI


Jumaat, hari ku cuti.Ada pelanggan yang dah buat temu janji. Jadi rasanya tak adail jika taidak dapat membantunya.
Selepas pemeriksaan dibuat, upacara rawatan pun bermula. Gitu susah sekali lintah nak menggigitnya. Puas dicuba dan diacu, pelbagai teknik dilakukan. 15 minit berlalu tanpa lintah menggigit. Lintah ini betul - betul buat perangai.
Akhirnya hanya 1 lintah yang sudi. Jalan aje la. Cuma nasihat yang boleh dikongsi, jangan pakai mekap bila nak buat terapi lintah.

Monday, March 1, 2010

DAPAT MAL DAH.



Hampir 2 tahun menanti dengan penuh sabar, surat kelulusan telah diterima. Adat orang menanti dah jadi kena banyak bersabar. Biarpun banyak kos yang terpaksa ditanggung.
Biarpun telah siap diproses, rupa - rupanya kelulusan ini perlukan pengorbanan. Bukan seperti yang dirancang. Nama pun terpaksa diubahsuai. Dari MUJAROB ke MUJOROB. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Inilah aturcara kita, kerenah yang tak habis - habis.

Tuesday, February 23, 2010

BELAJAR BIAR BERGURU

Ada tetamu yang datang ke Pusat Terapi bukannya nak berterapi tetapi sekadar bersembang. Mungkin ada yang cuba mnegorek rahsia. Itulah pelbagai ragam manusia. Di Pusat Terapi Alami MUJAROB (PTAM), siapa pun ada silalah datang. Kami tidak kisah.
Berbalik ke cerita tadi, Si Tetamu ini pun mnegaku dia juga menternak lintah. Dan beliau sendiri pernah melakukan bekam lintah ke atas dirinya. Masalah beliau ialah Sakit Gout. Hampir 6 jam kata beliau baru lah lintah melepaskannya.
Nasihat daku, agar beliau tidak melakukan kaedah tersebut lagi. Sekiranya beliau mempunyai masalah mungkin akan memudaratkan diri sendiri.
Kadang - kadang kita rasa sayang untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk mendapatkan ilmu. Cara terbaik berguru dengan orang yang betul. Jika tidak datang sahaja ke PTAM, harga pun berpatutan. Dari menanggung bahaya kesan sampingan.
Itulah orang kita, sentiasa berlagak pandai.

Monday, February 22, 2010

LINTAH, MIGRAIN DAN SAKIT PINGGANG.



Tengahari semalam sempat juga merawat seorang pelanggan yang datang untuk rawatan Migrainnya. Dah 3 kali buat, respon dari beliau agak baik dan memuaskan. Dulu selalu kena migrain katanya, seminggu sekali. Acap sangat. Alhamdulillah sekarang dah lama tak kena. Tetapi beliau datang untuk rawatan selenggaraan, supaya migrain tidak datang menyerang kembali.
Jadi sempat ku tengok rekod yang ada. Memang benar apa yang dikatakan. Mula datang bulan 4 (April. Kali kedua terapi lintah, bulan Mei. Dan sekarang dah selepas 9 bulan baru beliau datang kembali. Alhamdulillah, Syukur kepada Allah. Mahkhluk ciptaan Allah ini mampu mengurangkan migrain beliau dari kekerapan mingguan ke bulanan.
Sesiapa yang ada migrain, jangan malu atau was - was untuk mendapatkan rawatan lintah. Insya'allah mungkin itu satu asbab untuk kesembuhannya.

Masalah sakit pinggang, memang masalah lama. Cuma dalam kesibukkan tak sempat untuk merawat diri sendiri. Mungkin sakit pinggang ini akibat kelasakkan di zaman remaja. Nak buat sendiri, masalahnya kat belakang. Nak harapkan si isteri, alamatnya buat bising rumah je. Alhamdulillah ada anak no. 2 ku yang berani dengan lintah. Terpaksalah harapkan beliau. Tetapi faham - faham aje la, budak 11 tahun, suruh lain buat lain. Macam manapun dapat juga lintah menggigit pinggang ku. Terasa sampai ke hujung jari. Nampak sangat aliran darah yang bermasalah. Tetapi kesegarannya terasa selepas selesai, terasa ringan dari pinggang hingga ke kaki. Lenguh kaki pun hilang. Dan ada rahsia untuk kaum Adam.

Saturday, February 20, 2010

JUMAAT, KE PEKAN.

Selesai Jumaat, terus ke Pekan. Ada pesakit yang menanti di sana. Jarangnya nak keluar mengubat di rumah orang. Biasanya lebih berminat merawat di kedai sahaja. Tetapi kerana pesakit yang tak mampu bangun berjalan, mungkin ini adalah kaedah yang terbaik.
Layanan yang baik dari keluarga pesakit agak menggembira dan menyeronokkan.
Ku sentiasa berdoa moga Allah memberi kesembuhan kepada pesakit.
"Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Penyembuh. Sebagai insan lemah apa yang ku mampu berusaha dengan ilmu yang sedikit dan berdoa kepada mu. Ya Allah berikan kesembuhan kepada pesakit ini agar mudah baginya beribadat dan mengabdikan diri kepadamu".

Thursday, February 18, 2010

LINTAH DAN JERAWAT

Terapi Lintah amat baik untuk masalah Jerawat. Setelah masuk tahun kedua mengendalikan Pusat Terapi ini, banyak keajaiban dalam merawat masalah pesakit berkaitan dengan Jerawat.
Ramai yang telah memperolehi manfaatnya. Cuma kena sabar dan terus membuatnya.
Insya'allah selepas rawatan pertama, kesannya akan kelihatan. Selepas Rawatan Kedua dan Ketiga, lagi keajaiban seperti kulit yang berseri dan lebih hidup.
Kepada sesiapa yang bermasalah dengan Jerawat, jangan khuatir untuk mencuba Rawatan Lintah. Insya'allah, terapi lintah mampu membantu.
Hubungi 017-9342576 untuk maklumat lanjut.

Tuesday, February 16, 2010

BERJUMPA STOKIS KELANTAN

Semalam di Kota Bharu, semapat berjumpa dengan Saudara Aiman, Stokis di Kota Bharu. Juga seorang penterapi lintah. Banyak perkara dibincangkan berkaitan perkembangan industri lintah masa kini. Dari masalah, rintangan, halangan dan masa depan industri lintah di Malaysia. Banyak manfaat dan idea baru ditemukan. Terima Kasih untuk Saudara Aiman kerana sudi meluangkan masa berbincang deni masa depan industri ini. Beberapa langkah dan strategik baru akan kami ambil untuk menaikkan penggunaan dan khasiat lintah di Malaysia.
Moga segala rancangan dan strategik mendapat redho Ilahi.
Untuk saudara Aiman, selamat berpameran bersama UMK (Universiti Malaysia Kelantan). Moga maju jaya.
Kepada sesiapa di Kota Bharu yang berminat untuk berterapi lintah, boleh hubungi saudara Aiman.

Friday, February 12, 2010

MADU MAKANAN PARA NABI




"Maka terdapat padanya (lebah) minuman yang berwarna yang mempunyai penyembuh untukmu".

Baik untuk menguatkan perut, membuang lendir, mengawet daging, pemjagaan untuk rambut dan pencuci mulut, penawar bagi sakit mata.

HANYA DI PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB.

Wednesday, February 10, 2010

BUAH TIN @ FIGS


Bersifat amat panas. Baik untuk masalah buasir dan gout.
Dapatkan di PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB.
Harga murah, kualiti hebat.

Saturday, February 6, 2010

Friday, February 5, 2010

ESUK 6/02/2010, MULA OPERASI, INSYA'ALLAH

Aku memohon kepadamu Ya Allah, moga esuk berjalan dengan lancarnya. Moga bermula esuk, tempat ini Lot BG 10, memberi kebaikan kepada diriku dan orang lain. Aku memohon kepadamu Ya Allah, jadikan kedai ini sebagai satu sumber rezeki kepada ku, moga dapat ku memberi lebih kebaikan sesama makhluk.
Ya Allah, engkaulah Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Memakbulkan doa hamba - hamba yang lemah.

Monday, February 1, 2010

BERPINDAH

SECARA RASMINYA PTAM TELAH BERPINDAH KE:

LOT BG 10, TINGKAT BAWAH, KOMPLEKS DAGANGAN INDERA MAHKOTA,
25200 BANDAR INDERA MAHKOTA,
KUANTAN
(BERHAMPIRAN UIA)
TEL: 017-9342576

Wednesday, January 20, 2010

DALAM PROSES PINDAH TEMPAT

PTAM ditutup dan tidak beroperasi sehingga FEB 2010. PTAM dalam proses perpindahan ke;
LOT BG 10, TINGKAT BAWAH, BLOK B,
KOMPLEKS DAGANGAN INDERA MAHKOTA,
KUANTAN