Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Friday, August 24, 2012

KASTURI....BANYAK RAHSIA DISEBALIKNYA

Kasturi....banyak rahsia yang tak terbuka. Salah satu kaedah pemulihan dan penyembuhan masalah gangguan makhluk halus. Khasiatnya.... http://pusatterapialamimujarob.blogspot.com/b/post-preview?token=EfGuXTkBAAA.GVVPMctiVtK_TkV966Ax6g.BkFxgylctrBlzuUsiassmw&postId=2169332644999435981&type=POST

Wednesday, August 22, 2012

JIN RUMAH

Tinggal dan menumpang di rumah manusia. Tumpang makan dan minum. Pe'el bergantung kepada tuan rumah. Kalau baik tuan rumah baik lah dia, begitulah sebaliknya. Beranak pinak dalam rumah. Boleh mempengaruhi penghuni rumah jika tidak solat, tidak berzikir, suka berbogel dan maksiat dalam rumah. Tandanya, 1. Malas nak keluar rumah. 2. banyak menangis. 3. Takut

JIN KUBUR

Disebabkan oleh gangguan dari jin yang menetap di kawasan kubur... Tandanya, 1. Naik bintik merah seperti bisul 2. Lupa diri waktu malam. 3. Suka kepada perkuburan dan tempat sunyi. 4. Selalu berasa panas. 5. Berasa nak mati je

Tuesday, August 21, 2012

RUQYAH

Ruqyah, Sila Klik sini 1 Al-Fatihah Seluruhnya 2 Al-Baqarah 1-5 3 Al-Baqarah 102 4 Al-Baqarah 163-164 5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 255 6 Al-Baqarah 285-286 7 Ali-Imran 18-19 8 Al-’Araf 54-56 9 Al-’Araf 117-122 10 Yunus 81-82 11 Toha 69 12 Al-Mukminun 115-118 13 As-Soffaat 1-10 14 Al-Ahqaaf 29-32 15 Ar-Rahman 33-36 16 Al-Hasyr 21-24 17 Al-Jin 1-9 18 Al-Ikhlas Seluruhnya 19 Al-Falaq Seluruhnya 20 An-Naas Seluruhnya Dengarlah Ayat - ayat Ruqyah ini sekiranya ada simptom seperti di bawah, hubungi 017-9342576 untuk temujanji. Dilarang mendengar semasa memandu kenderaan. Simptom, pening-pening kepala, mabuk, muntah-muntah, menggeletar, pengsan, seram-sejuk, berdebar-debar

JIN TERBANG.......

Jin Terbang....jin yang mampu terbang, cam Superman kot....kuat bila merasuk dan boleh berpindah tempat. Tandanya, 1. Perut pesakit kembung. 2. Suka berlari - lari. 3. Wajah merah ala kebiruan

LIMAU DAN LADA HITAM

Dalam perubatan kaedah Melayu, Limau dan Lada hitam banyak digunakan dalam rawatan. Mengapa? Kandungan asid yang ada di dalamnya......dari mana Tuk Nenek moyang kita tahu, entah la...Mungkin pengalaman kot...Wallahu'alam.

EIDUL FITRI DAN JIN....

Alhamdulillah,kita baru sahaja menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Kegembiraan dan keseronokannya mungkin masih terasa. Berhari raya bersama ibu bapa, adik beradik dan keluargan tercinta. Moga budaya saling bermaaf - maafan dan hormat menghormati diteruskan. Dan tarbiyyah Ramadhan juga masih dapat diteruskan sebagai jati diri kita, Insya'allah. Cerita hari ini, mungkin sebagai pengajaran..... Baki ke kampung isteri...dan ditakdirkan seorang saudara yang mengadu, mempunyai masalah gangguan yang tidak kelihatan. Ke hospital sudah, tiada tanda penyakit, biarpun analisis darah telah dibuat beberapa kali. Dikhabarkan, isteri beliau telah disihir orang. Wallahu'alam, benar atau tidak? Maka keyakinan mereka bahawa penyakit gangguan ini juga adalah disebabkan oleh sihir orang tersebut. Diringkas ceritera...Sessi pengesanan dilakukan. Memang benar ada gangguan dari makhluk yang tak nampak ini. Tetapi bukannya Jin Sihir tetapi lebih kepada Jin Saka keturunan. Dan seterusnya sessi rukyah......serta seterusnya.....dan hanya ALLAH Maha Penyembuh
, kita hanya mampu berikhtiar dan berdoa...Dan alhamdulillah proses pemulihan sedang bermula...Insya'allah dengan izinnya, akan pulih sekiranya rawatan dan amalan yang diberi dilaksanakan....Dan Tipu Daya Syaitan teramatlah lemah.... Moralnya, Janganlah kita menuding jari kepada orang lain kerana itulah jalan Syaitan, dan banyaklah merenung dan bermuhasabbah diri sendiri serta berusaha menjadi hamba yang bertaqwa....

Friday, August 3, 2012

JIN BILIK AIR

Nama melambangkan tempat tinggalnya. Tandanya, 1. Suka main air 2. Duduk lama dan sendirian dalam bilik air. 3. Suka benda kotor. 4. Suka bilik gelap. 5. Benci suara azan dan bacaan Al Quran. 6. Sendi tulang nyilu.

SURAH AL FALAQ - BERIBU MANFAAT

Surah yang ringkas tetapi kurang diamalkan. Bacalah 100X jika kediaman anda bermasalah, dibukai dengan Al Fatihah........

JIN AIR

Ada di kawasan berair, sungai, paya, tali air dan laut. Cara masuk, terjatuh ke dalam sungai @ parit, mandi di sungai, terpekik - pekik semasa mandi, mandi bogel (terutamanya wanita) dan hanyut. Tanda kerasukan, kerap mandi dan suka air dingin. Suka laut dan sungai.

Thursday, August 2, 2012

JIN CINTA @ ROMEO...

Jin jenis Cinta karat ni, makin lama makin melekat, makin bersatu dengan pesakit. Jin ini suka menguasai dan kuat cemburu. Suka menyendiri, dilihat buruk oleh orang lain terutama orang yang menyukainya. Tujuannya orang yang dirasukinya tidak berkahwin.

JIN API

Jin Api jenis jin penyembah api..... Tandanya, 1. Rumah terbakar 2. Suhu badan pesakit naik panas mendadak. 3. Rupa berang dan cepat marah 4. Mata Merah.