Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Tuesday, August 21, 2012

EIDUL FITRI DAN JIN....

Alhamdulillah,kita baru sahaja menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Kegembiraan dan keseronokannya mungkin masih terasa. Berhari raya bersama ibu bapa, adik beradik dan keluargan tercinta. Moga budaya saling bermaaf - maafan dan hormat menghormati diteruskan. Dan tarbiyyah Ramadhan juga masih dapat diteruskan sebagai jati diri kita, Insya'allah. Cerita hari ini, mungkin sebagai pengajaran..... Baki ke kampung isteri...dan ditakdirkan seorang saudara yang mengadu, mempunyai masalah gangguan yang tidak kelihatan. Ke hospital sudah, tiada tanda penyakit, biarpun analisis darah telah dibuat beberapa kali. Dikhabarkan, isteri beliau telah disihir orang. Wallahu'alam, benar atau tidak? Maka keyakinan mereka bahawa penyakit gangguan ini juga adalah disebabkan oleh sihir orang tersebut. Diringkas ceritera...Sessi pengesanan dilakukan. Memang benar ada gangguan dari makhluk yang tak nampak ini. Tetapi bukannya Jin Sihir tetapi lebih kepada Jin Saka keturunan. Dan seterusnya sessi rukyah......serta seterusnya.....dan hanya ALLAH Maha Penyembuh
, kita hanya mampu berikhtiar dan berdoa...Dan alhamdulillah proses pemulihan sedang bermula...Insya'allah dengan izinnya, akan pulih sekiranya rawatan dan amalan yang diberi dilaksanakan....Dan Tipu Daya Syaitan teramatlah lemah.... Moralnya, Janganlah kita menuding jari kepada orang lain kerana itulah jalan Syaitan, dan banyaklah merenung dan bermuhasabbah diri sendiri serta berusaha menjadi hamba yang bertaqwa....

No comments:

Post a Comment