Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Thursday, April 18, 2013

NAK KEBAL, GAGAH, CANTIK...

Salam....kepada kesemua pembaca.... Kesibukan masa menyebabkan tidak sempat meng'update' cerita - ceriti dalam blog ini.... Kesibukan juga menyebabkan halangan utuk menumpukan masa dalam bidang perawatan. Walaupuna da panggilan dari pelanggan...tetapi apa kan daya...Masa bukan milik mutlak kita...Kita hanya mampu merancang... Cuma sedikit perkongsian, yang saya rasa perlu dikongsikan... Semalam sempat bertemu dengan seorang rakan bercerita tentang ilmu untuk jadi kuat, nak jadi gagah. Maka digelar orang dengan pelbagai nama, sampai ada yang menggunakan nama - nama Wali untuk mengelirukan orang ramai. Kononnya ilmu begini diwarisi dari Wali Allah sehingga ke Rasulullah s.a.w. Amat menyedihkan, nama baginda Rsulullah dipermainkan....sedangkan jelas amalannya bertentangan samada dari mantera mahupun amalannya...Dan yang lebih malang, gurunya juga banyak melakukan perkara yang bertentangan dengan Syariat...boleh dikategorikan sebagai golongan Fasik....Malangnya ada yang percaya dan sudi menjadi pengikut... Mungkin faktur utamanya...Dangkal dalam Ilmu Islam...mudah ditipu oleh Jin..... Moga Allah menjauhkan diri kita dari amalan syirik sebegini....Tiada yang kuat, gagah,cantik, muda, ...Ketahuilah itu semua milik Allah,,,Maha Besar.... cukuplah DIA sebagai pelindung....

Sunday, February 17, 2013

KESEMBUHAN GANGGUAN JIN....

Boleh kah saya sembuh Ustaz? Keluhan seorang wanita yang berusia dalam 50an. Beliau telah mengalami masalah gangguan semenjak dari usia muda lagi. Dah telah ramai Ustaz, Pawang Bomoh dan pelbagai ikhtiar di buat. Rasa pening juga bila ditanya dengan soalan yang sebegini.....Jumpa Perawat hebat pun dah tak sembuh. Takkan perawat kecil - kecilan macam saya ini, mampu nak sembuhkan orang. Kalau ikut logik lah.. Tetapi sebenarnya perawat besar pun tak mampu menyembuhkan orang lain mahupun diri sendiri...Sebab kesembuhan hanya pada Yang Maha Esa sahaja. Begitulah sepatutnya keyakinan setiap yang mengaku Muslim dan Mukmin. Kesembuhan apa penyakit samada fizikal atau rohani, hanya datang dari Yang Maha Penyembuh bukannya perawat, doktor, pawang, tabib dan entah apa - apa gelaran lagi. Tugas dan Ikhtiar manusia hanya berusaha dan bertawakal. Dan berdosa bagi seorang manusia jika tidak berubat apabila tahu dirinya sakit. Dalam masalah gangguan jin, memang banyak ujian kepada para pesakit yang menderita. Yang pertama, kita perlu tahu kaedah yang digunakan oleh para perawat. Jika menggunakan jin sebagai perantara, lebih baik tinggalkan....haram kita berubat dengan mereka. Pengalaman saya melihat pesakit yang mendapatkan rawatan dengan kaedah ini, ramai yang lebih bermasalah selepas itu dari yang sembuhnya. Jika berjumpa terlalu ramai, akhirnya pesakit lebih sukar untuk disembuhkan. Kedua, Sikap pesakit itu sendiri yang mahu cepat segala - galanya. Memanglah sifat orang yang sakit mahu sembuh tetapi kesabaran cukup penting....Banyakkan solat dan zikir sebagai amalan dan terapi diri..Keyakinan diri akan bertambah....Tawakal kepada Allah akan dibentuk....dan akhirnya Jin akan berlepas diri. Ketiga...para pesakit kita ingat...Kesembuhan adalah hak mutlak Allah, bukannya pada manusia....Setiap uian yang Allah berikan bersangka baik kepadanya..mungkin ada hikmah yang tersembunyi....Dan kita sebagai hambanya hanya menerima apa yang diberikan..... Sekiranya pesakit dapat menjadikan dirinya berfikiran dan berpewatakkan seperti berikut....Insya'Allah.....kesembuhan mudah didapati.... Wallahu'alam.

Friday, February 8, 2013

AL AIN - GANGGUAN YANG TAK DISEDARI

Al - Ain....bukan satu nama orang tetapi adalah satu gangguan kerana pandangan mata. Mungkin ada yant tertanya - tanya, mata juga boleh menyakitkan. Bagi seorang Muslim, apa yang dimaklumkan oleh Rasulullah itulah yang benar. Dalam sebuah hadis Aisyah, Mintalah pertolongan daripada al 'Ain (mata jahat) kerana al-'Ain itu benar. Dari hadis ini jelaslah al Ain itu ada dan penyebab kepada gangguan. Al Ain berlaku dengan pandangan mata yang ada kedengkian mahupun kekaguman. "Al- Ain adalah benar, jika ada sesuatu yang mendahului qadar, ia akan didahului oleh al-Ain. Apabila kamu diminta bagi mandi, maka mandilah." (HR Muslim).....Jelaslah mata juga boleh mendatangkan penyakit. Kaedah rawatannya, 1. Banyak berzikir, doa dan ta'awwuz. 2. Rawatan kaedah mandi dan doa. Ayat yang biasa digunakan, Surah Al - Fatihah, Al Baqarah 285-286, al Ikhlas, al Falaq, an - Nas Keterangan lanjut....Hubungi 019-9507423