Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Sunday, February 20, 2011

BERKONGSI PENGALAMAN, KHASIAT HALIA




2 - 3 minggu yang lalu, badan terasa begitu sengal - lenguh. Rasanya kurang bersemangat dan perut selalu sebu. Kepala pun pening - pening sedikit. Kesibukkan menyebabkan masa untuk memanjakan diri pun tak sempat.
Reneh halia di dalam periuk tanah (kalau tiada dalam periuk besi pun tak apa) dengan api yang kecil. Reneh sehingga mendidih, dan biarkan lama sedikit. Kemudian minum dengan mencampurkan air tapis @ air masak. Kalau boleh jangan letak gula. Kalau dicampur ke dalam air kopi atau teh pun boleh.
Insya'allah badan akan terasa segar. Pening kepala akan hilang kerana khasiat halia. Jadikan amalan.
Selebihnya, Khasiat halia.

1. Membantu untuk menghadamkan makanan.
2. Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
3. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
4. Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
5. Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
6. Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
7. Menghilangkan bau busuk mulut.
8. Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.

Monday, February 7, 2011

KEMBALI SEPERTI BIASA

PTAM akan beroperasi seperti biasa kerana masalah bekalan lintah telah di atasi.
TEMUJANJI, TELEFON DULU. TETAPKAN MASA.