Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Thursday, December 22, 2011

PANTANG DAN LINTAH




Ada yang bertanya, setelah berterapi Lintah perlukah kita berpantang? Terlebih dahulu saya ingin mengulas apakah itu pantang. Pantang banyak digunakan dalam perubatan Alternatif, samada Melayu, Cina atau India. Mengapa perlu berpantang? Sebenarnya pantang adalah salah satu kaedah untuk mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan tindakbalas. Ada makanan yang perlu dielakkan untuk menjauhkan tindakbalas dan mengurangkan kesan penawar. Tindakbalas ini bergantung kepada kimia individu. Individu berbeza akan memberi tindakbalas yang berbeza. Itu sebab ada makanan yang memberi kesaan alahan kepada si A tetapi tidak kepada si B.
Pantang secara tidak langsung untuk mengurangkan tindakbalas atau kesan sampingan dan mempercepatkan penyembuhan.
Di dalam perubatan alopati pula, jarang kita dengar tentang pantang ini. Ini kerana bahan kimia yang ada dalam ubatan telah dapat dikurangkan dan dikawal dosnya. Walaubagaimanapun kesan sampingannya tetap ada.Ada kalanya lebih teruk dari kesan sampingan herba.
Terapi Lintah pula, pantangnya tiada, cuma selepas terapi beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan darah keluar. Kesan sampingan lintah juga tidak sama. Ada yang agak ketara tetapi ramai yang tidak mengalaminya.
Di sini letaknya pengetahuan dan pengalaman Perawat untuk mengimbangkan dan mengurangkan kesan sampingan dan tindakbalas kimia lintah dengan tubuh manusia.

Tuesday, December 20, 2011

BAIKNYA BEKAM




Kini teknologi perubatan bertambah maju, tetapi persoalannya, apakah tahap kesihatan manusia bertambah baik? Jika dilihat secara rambang, kini pelbagai penyakit yang tidak pernah diketahui dan dihidapi muncul. Dasn tidak hairan, anak - anak muda yang berumur kurang dari 30 tahun telah menghadapi pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Perubatan telah menjadi satu industri. Apabila industri bermakna ada untung rugi. Ubatan bukan sahaja penawar sakit tetapi adalah ruang perniagaan.
Bekam adalah salah satu kaedah amalan Rasulullah. Bekam adalah sunnah bermakna wahyu Allah. Maka kita amat dianjurkan melaksanakannya disamping mampu mengikuti sunnah Rasul Junjungan kita.

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.” (HR Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :


إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

Kebaikan dan Kegunaan Bekam untuk:

1. Membuang angin dalam badan

2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan

3. Melancarkan peredaran darah

4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat

5. Membuang racun / tosik dalam badan.

Terapi Lintah adalah salah satu dari kaedah bekam.
Cara terbaik dan sesuai untuk semua zaman yang sebenarnya adalah Berbekam...

Thursday, December 15, 2011

LINTAH DAN HALANGAN



Setelah hampir 4 tahun, menceburkan diri di dalam bidang Terapi Lintah ini pelbagai mehnah ditempuhi.
Halangan utamanya, masih ramai ahli masyarakat yang masih kurang percaya kepada Rawatan Alternatif Terapi Lintah. Mungkin sikap masyarakat kita yang meletakkan hasil perubatan sembuh segera. Menganggap satu keajaiban yang akan berlaku.
Dan ramai yang lebih sanggup sakit dari menjalani rawatan lintah atas alasan geli. Tak dapatlah dibantu dan biarkan sahaja mereka dengan kegeliannya.
Terapi Lintah sama seperti rawatan lain, perlukan kaedah tertentu. Sama seperti rawatan alternatif mahupun alopati.
Walaupun ada kes @ penyakit yang nampak cepat hasilnya, tetapi secara normal untuk dapat hasil terbaik perlukan beberapa kali rawatan (bergantung kepada kroniknya sakit). Dan ada jenis penyakit yang tidak akan pulih, tetapi hanya dapat dikawal.
Salah faham ini terjadi kerana ada pengamal alternatif yang keterlaluan dalam penerangan atau mungkin tiada ilmu, serta menjanjikan kesembuhan. Sedangkan kesembuhan adalah hak mutlak Allah, kita manusia berusaha sekadar yang termampu berdasarkan ilmu yang ada.
Dan mungkin juga sikap 'pong - pong' pesakit yang telah sembuh, terlalu ghairah untuk bercerita.
Di PTAM sendiri ada kes yang berjaya disembuhkan dengan menggunakan lintah dan ada juga yang gagal.
Dan kami di PTAM sendiri kami menggabungkan Terapi Lintah dengan herba - herba lain. Kami melihat penyakit perlu dirawat secara Holistik.
Sebagai contohnya, penyakit Resdung perlu dirawat secara luaran (lintah) dan dalaman serta kawalan pemakanan.
Dan nasihat kepada para pesakit, jangan berputus asa dalam mencari ubat, kita sekadar yang berusaha. Dan yakinlah jika berusaha, berdoa dan tawakkal, kesembuhan akan datang.

Saturday, October 1, 2011

MAKLUMAN...

Pusat Terapi akan ditutup dari 2hb hingga 4 hb Oktober (Ahad - Selasa). Penterapi out station. Tiada temujanji pada masa tersebut.
Temujanji akan bermula semula 5hb Oktober (Rabu).

Segala kesulitan amat dikesali.

Tuesday, September 6, 2011

MASALAH ANGIN DAN BISA BADAN

Masalah ketidakseimbangan angin dalam badan mungkin berlaku kepada semua orang. Dan masalah ini sering mengganggu keselesaan kita. Biasanya masalah ini akan menyebabkan lenguh, mudah letih, lesu dan terasa bisa - bisa di badan.
Masalah ini menyebabkan pengaliran darah akan kurang lancar. Puncanya kekurangan bersukan atau pemakanan.
Sesiapa yang sentiasa mengalami masalah ini, cubalah Terapi Lintah. Badan akan terasa perbezaannya. Cuba sekali anda akan rasa kelainannya.

Thursday, August 11, 2011

DARAH TINGGI & RAWATAN LINTAH


Darah tinggi adalah penyakit yang biasa di kalangan rakyat Malaysia. Sebabnya, pemakanan dan genetik.Maka tidak hairan ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah penyakit ini.
Bagaimana lintah mengubati darah tinggi?
1. Penggunaan lintah pada titik - titik tertentu. Kebiasaannya bahagian bahu dan pangkal tengkuk. Bilangan yang sesuai perlu digunakan bergantung kepada kroniknya pesakit.
2. Kandungan hirudin dan histamin dalam lintah akan mencairkan darah dan mengembangkan salur darah. Ini dapat membantu menurunkan tahap darah tinggi tersebut.
3. Bagi pesakit darah tinggi, disiplin rawatan perlu dilakukan bergantung kepada kroniknya penyakit tersebut. Rawatan berterusan dari seminggu hingga ke dua bulan sekali.

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi 0179342576.

Tuesday, August 9, 2011

BERKESAN TAK TERAPI LINTAH?


Ramai yang bertanya soalan ini apabila nak buat Terapi @ Rawatan Lintah. Jawapannya pun fleksibel. Berkesan atau tidak sesuatu rawatan bergantung kepada syarat - syarat tertentu. Begitu juga dengan Terapi Lintah.
Semasa mula terapi lintah mula saya kembangkan bermula tahun 2008, ramai yang mencubanya. Maklum sahaja satu kaedah yang agak baru di Malaysia, tetapi tidak di dunia. Ramai yang teruja dan ingin mencubanya terutamanya kepada yang mempunyai masalah seperti resdung, migrain, darah tinggi, gout dan penyakit yang sewaktu dengannya. Malangnya tidak sampai 10% yang menjalani rawatan keduanya. Mengapa? Saya sendiri tidak dapat menjawabnya. Mungkin beberapa faktur yang saya kira agak kuat alasannya ialah faktur darah yang keluar kadang - kadang mungkin sampai 1 - 2 hari. Jadi mungkin pesakit berasa rimas. Atau, mungkin 90% telah sembuh pada rawatan pertama. Saya rasa agak mustahil bagi kes berat. Bagi kes yang ringan saya yakin boleh berlaku.
Di dalam apa jua kaedah rawatan, dengan sekali rawatan agak mustahil. Begitu juga dengan Rawatan Lintah. Kaedah Terapi Lintah memerlukan rawatan ulangan atau mungkin juga rawatan secara berterusan bergantung kepada kroniknya penyakit yang dihadapi.
Srbagai contoh, masalah resdung perlukan proses ulangan 1 minggu hingga 2 bulan bergantung kepada seriusnya penyakit tersebut. Begitu juga dengan gout, migrain, darah tinggi dan kencing manis.
Malangnya mungkin sikap orang kita yang kebanyakannya tidak akan datang untuk rawatan kedua, biarpun mengalami perubahan positif semasa rawatan pertama. Atau mungkin sikap sabar menghadapi penyakit diutamakan.
Berkesan atau tidak sesuatu Rawatan adalah bergantung kepada setakat mana kita sanggup menghadapi syarat dan disiplin rawatan tersebut. Bukan kepada rawatan tersebut.
Terapi lintah telah terbukti berkurun lama mampu menyelesaikan masalah pelbagai penyakit. Sehingga yang terbaru rawatan ini juga digunakan untuk masalah yang penyakit yang agak berat seperti penyakit jantung dan kencing manis. Oleh itu terpulanglah kepada pesakit untuk meletakkan disiplin dan mematuhi syarat - syarat rawatan lintah untuk sembuh.

Saturday, August 6, 2011

NGAPA PERLU TEMUJANJI?

Prinsip perniagaan kami adalah menjaga keselesaan dan rahsia pelanggan. Itu sebab pihak PTAM tidak pernah membuat promosi terapi @ rawatan lintah secara terbuka di ekspo mahupun pameran. Kami faham sensitiviti para pelanggan dan pesakit. Bagi kami tidak adil mencari keuntungan di atas kelemahan dan kesusahan para pelanggan.
Buat masa kini, lot kedai kami di Kompleks Dagangan Mahkota agak kecil dan sempit. Jika satu kumpulan 3 - 4 orang datang, ruang rawatan akan penuh. Dan seandainya ada pelanggan yang datang lagi terpaksa menunggu. seperti sedia maklum rawatan lintah memakan masa 1 - 2 jam, dan akan menyebabkan kebosanan para pelanggan.
Kami juga perlu mengetahui keadaan pelanggan samada sesuai atau tidak menjalani rawatan lintah. Mungkin ada pelanggan yang tidak rasa selesa berkongsi dengan orang yang tidak dikenali.
Buat masa kini, kami amat sukar untuk mendapatkan pekerja yang berpengetahuan dalam perubatan dan kesihatan. Anak - anak muda yang ada menganggapnya susah dan tidak berminat. PTAM dikendalikan sepenuhnya oleh saya sendiri dan adakalanya saya terpaksa membuat kerja - kerja luar. Sekiranya ada pelanggan yang 'walk-in' dan melihat kedai kami tertutup mungkin akan berasa kecewa apatah lagi yang datang dari jauh.
Oleh itu untuk memudahkan semua pihak, buat TEMUJANJI 017-9342576

Thursday, June 23, 2011

KHASIAT KASTURI

Kasturi...Banyak khasiat dalam perawatan pemulihan dari gangguan Jin....


KASTURI HITAM DAN KASTURI PUTIH YANG TELAH DIRUKYAH BOLEH DIDAPATI DI KEDAI KAMI, HUBUNGI 017-9342575

KASTURI INI AMAT BAIK UTK MASALAH GANGGUAN JIN DAN SEBAGAI WANGIAN SUNNAH.


Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

2) Menenangkan Jiwa

3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak

4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

5) Menghilangkan debaran jantung

6) Menghilangkan Sesak Nafas

7) Melegakan Lelah (Asma)

8] Menyedarkan orang yang pengsan

9) Memperkuatkan organ luaran tubuh

10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh

11) Menghilangkan rasa gementar

12) Menghilangkan sejuk tubuh

13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh

14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang

15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing

16) menjernihkan mata putih pada mata

17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan

18] Mencegah wabak penyakit

19) Melanjutkan usia

20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

sumber: Madrasah Darul Atiq

Thursday, May 19, 2011

Monday, April 25, 2011

LINTAH DAN PENYAKIT


Seperti sediamaklum, lintah adalah haiwan ciptaan ilahi sejak zaman pra-sejarah. Ini bermakna lintah dicipta sebelum manusia dicipta. Mengikut kajian lintah telah ada sejak 200 juta tahun dahulu. Cuma saiz lintah zaman tersebut tak tahulah besar mana? Mungkin kalau diambil lintah pada zaman tersebut dan dibuat sebagai lintah terapi, mungkin ramai yang terpadam dahulu.
Kini, lintah telah dikaji dan mampu untuk menyumbanag kepada kesembuhan atau mengurangkan kesakitan. Antara penyakit yang mudah diubati dengan lintah ialah Migrain, Gout, Sakit Sendi, Athritis, Darah tersumbat,arah Tinggi, Sakit Otot, Resdung, Masalah Jerawat dan Bisul serta pelbagai masalah sakit berkaitan pengaliran darah.
Bagi anak muda yang nak melangsungkan perkahwinan atau untuk mengekalkan kebahagiaan perkahwinan, rawatan lintah elok diamalkan. Supaya lancar darah yang tersumbat.
JANGAN MALU UNTUK DAPATKAN RAWATAN LINTAH, HUBUNGI 017-9342576

Saturday, April 2, 2011

HARGA LINTAH SEMASA: APRIL 2011

Harga Lintah semasa untuk Bulan April 2011:

Lintah (saiz straw): RM1.30
Lintah (saiz rokok): RM1.50

Minima order 500 ekor ke atas.

Lintah Terapi (siap bersih boleh guna terus):

< 50 ekor : RM5.00
50 - 100 ekor: RM4.50
101 - 200 ekor: RM 4.25
201 - 300 ekor: RM 4.00
> 300 ekor: RM 3.80

KAEDAH MANA YANG BETUL?


Ada yang bertanya, nak pakai lintah besar ke? Nak pakai lintah banyak - banyak.
Jawapan saya Pusat Terapi Alami Mujarob (PTAM) mempunyai kaedah yang tersendiri, dan menggunakan kaedah yang digunapakai di negara Eropah. Dan PTAM tidak pernah memperlekehkan kaedah orang lain. PTAM tidak sama dengan Pusat Rawatan lain. Masing - masing mempunyai kelebihan dan kekuatan masing - masing.
Kaedah PTAM,
1. Lintah yang digunakan telah diproses dan dihigien untuk tempoh 1 - 6 bulan bergantung kepada keadaan lintah semasa diterima.
2. Lintah mesti bersaiz kecil, max hanya 3 inci.
3. Bilangan lintah digunakan bergantung kepada faktur keadaan pesakit. Nak tahu kena belajar la.
4. Selepas rawatan, Antiseptik akan digunakan pada luka.

Begitulah secara ringkasnya kaedah yang digunakan oleh PTAM. Bagi Pusat Rawatan lain mungkin tidak sama, itu bergantung kepada perawatnya.
Apapun kaedah yang digunakan, Penyembuhan datang dari Allah, sebagai manusia kita hanya berikhtiar di atas ilmu yang sedikit dan JANGAN LUPA memohon penyembuhan dari YANG MAHA PENYEMBUH.

Saturday, March 19, 2011

MAHAL SANGAT KE HARGA LINTAH TERAPI?

Ada yang bertanya, Mengapa Lintah Terapi berbeza harga dibandingkan dengan Lintah biasa. Jawapannya, Lintah Terapi perlu proses pembersihan. Jangkamasa proses pembersihan adalah antara 1 - 6 bulan bergantung kepada keadaan lintah semasa diterima dari penternak. Kebiasaannya proses ini hanya dilakukan oleh para penterapi sahaja kerana penternak lintah tidak tahu cara nak membersihkan Lintah. Di dalam proses pembersihan ini hampir 40% lintah dijangka akan mati.Agak - agaknya mahal ke harga RM5.00 seekor Lintah Terapi untuk kerja 1 - 6 bulan. Fikirlah sendiri.
Boleh tak lintah belum dibersihkan digunakan untuk terapi? Untuk tujuan rawaatan TIDAK DIBENARKAN kerana mungkin akan mendatangkan kesan sampingan yang teruk dan memudaratkan pesakit.
Pusat Terapi kami (PTAM) hanya menggunakan lintah yang telah dibersihkan sahaja untuk kegunaan Terapi Lintah.
Kami pun hanya menjual lintah yang telah dibersihkan untuk kegunaan Terapi Lintah. Kalau untuk kegunaan lain, baru Lintah Ternakan (belum dibersihkan) ada dijual.

Tuesday, March 15, 2011

WAKTU OPERASI

WAKTU OPERASI PTAM IALAH:

ISNIN - KHAMIS: 11.00 PG - 7.00 PTG

JUMAAT: CUTI

SABTU - AHAD: TEMUJANJI

MALAM: TEMUJANJI

TELEFON 017-9342576 SEBELUM DATANG.

Sunday, March 6, 2011

TERAPI LINTAH

PEMBERITAHUAN:
PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB, SATU - SATUNYA PUSAT YANG MENAWARKAN TERAPI LINTAH DI KUANTAN DAN SEKITARNYA, BEROPERASIO SEPERTI BIASA.
JIKA PERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI, HUBUNGI 017-9342576 UNTUK TEMUJANJI.

WAKTU OPERASI: ISNIN - AHAD (TEMUJANJI)

Sunday, February 20, 2011

BERKONGSI PENGALAMAN, KHASIAT HALIA




2 - 3 minggu yang lalu, badan terasa begitu sengal - lenguh. Rasanya kurang bersemangat dan perut selalu sebu. Kepala pun pening - pening sedikit. Kesibukkan menyebabkan masa untuk memanjakan diri pun tak sempat.
Reneh halia di dalam periuk tanah (kalau tiada dalam periuk besi pun tak apa) dengan api yang kecil. Reneh sehingga mendidih, dan biarkan lama sedikit. Kemudian minum dengan mencampurkan air tapis @ air masak. Kalau boleh jangan letak gula. Kalau dicampur ke dalam air kopi atau teh pun boleh.
Insya'allah badan akan terasa segar. Pening kepala akan hilang kerana khasiat halia. Jadikan amalan.
Selebihnya, Khasiat halia.

1. Membantu untuk menghadamkan makanan.
2. Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
3. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
4. Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
5. Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
6. Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
7. Menghilangkan bau busuk mulut.
8. Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.

Monday, February 7, 2011

KEMBALI SEPERTI BIASA

PTAM akan beroperasi seperti biasa kerana masalah bekalan lintah telah di atasi.
TEMUJANJI, TELEFON DULU. TETAPKAN MASA.

Wednesday, January 19, 2011

AKAN BEROPERASI KEMBALI

Jika diizinkan Allah dan tiada aral melintang, Pusat Terapi Alami MUJAROB (PTAM) akan beroperasi seperti biasa selepas Tahun Baru Cina. Insya'allah, segala masalah akan dapat dirungkai selepas Tahun Baru Cina.
Segala kesulitan, dipohon ribuan ampun - maaf.

Tuesday, January 11, 2011

LINTAH DIPERLUKAN

Sesiapa yang ingin membekalkan lintah untuk Pusat Terapi Alami, sila hubungi 017-9342576.
Syarat - syarat akan diberitahu kemudian.