Ada yang bertanya, Mengapa Lintah Terapi berbeza harga dibandingkan dengan Lintah biasa. Jawapannya, Lintah Terapi perlu proses pembersihan. Jangkamasa proses pembersihan adalah antara 1 - 6 bulan bergantung kepada keadaan lintah semasa diterima dari penternak. Kebiasaannya proses ini hanya dilakukan oleh para penterapi sahaja kerana penternak lintah tidak tahu cara nak membersihkan Lintah. Di dalam proses pembersihan ini hampir 40% lintah dijangka akan mati.Agak - agaknya mahal ke harga RM5.00 seekor Lintah Terapi untuk kerja 1 - 6 bulan. Fikirlah sendiri.
Boleh tak lintah belum dibersihkan digunakan untuk terapi? Untuk tujuan rawaatan TIDAK DIBENARKAN kerana mungkin akan mendatangkan kesan sampingan yang teruk dan memudaratkan pesakit.
Pusat Terapi kami (PTAM) hanya menggunakan lintah yang telah dibersihkan sahaja untuk kegunaan Terapi Lintah.
Kami pun hanya menjual lintah yang telah dibersihkan untuk kegunaan Terapi Lintah. Kalau untuk kegunaan lain, baru Lintah Ternakan (belum dibersihkan) ada dijual.
No comments:
Post a Comment