Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Monday, February 22, 2010

LINTAH, MIGRAIN DAN SAKIT PINGGANG.



Tengahari semalam sempat juga merawat seorang pelanggan yang datang untuk rawatan Migrainnya. Dah 3 kali buat, respon dari beliau agak baik dan memuaskan. Dulu selalu kena migrain katanya, seminggu sekali. Acap sangat. Alhamdulillah sekarang dah lama tak kena. Tetapi beliau datang untuk rawatan selenggaraan, supaya migrain tidak datang menyerang kembali.
Jadi sempat ku tengok rekod yang ada. Memang benar apa yang dikatakan. Mula datang bulan 4 (April. Kali kedua terapi lintah, bulan Mei. Dan sekarang dah selepas 9 bulan baru beliau datang kembali. Alhamdulillah, Syukur kepada Allah. Mahkhluk ciptaan Allah ini mampu mengurangkan migrain beliau dari kekerapan mingguan ke bulanan.
Sesiapa yang ada migrain, jangan malu atau was - was untuk mendapatkan rawatan lintah. Insya'allah mungkin itu satu asbab untuk kesembuhannya.

Masalah sakit pinggang, memang masalah lama. Cuma dalam kesibukkan tak sempat untuk merawat diri sendiri. Mungkin sakit pinggang ini akibat kelasakkan di zaman remaja. Nak buat sendiri, masalahnya kat belakang. Nak harapkan si isteri, alamatnya buat bising rumah je. Alhamdulillah ada anak no. 2 ku yang berani dengan lintah. Terpaksalah harapkan beliau. Tetapi faham - faham aje la, budak 11 tahun, suruh lain buat lain. Macam manapun dapat juga lintah menggigit pinggang ku. Terasa sampai ke hujung jari. Nampak sangat aliran darah yang bermasalah. Tetapi kesegarannya terasa selepas selesai, terasa ringan dari pinggang hingga ke kaki. Lenguh kaki pun hilang. Dan ada rahsia untuk kaum Adam.

No comments:

Post a Comment