Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Saturday, May 2, 2009

TOKSIN DAN PENYAKIT

Orang yang tidak pernah membuang toksin dari tubuhnya sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah bermacam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.

Toksin terdapat di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.

Pembuangan toksin ini seringkali disebut sebagai detoxification atau detox sahaja.

Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit bermula daripada usus, di mana organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin. Toksin yang tidak dikeluarkan akan menyerap semula ke dalam badan.

Tubuh yang tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir akan menghantar ‘tanda’. Sakit kepala adalah salah satu daripada tanda toksin yang banyak dalam badan. Tanda - tanda lain adalah berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur, banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan bahagian keliling mata gelap (kaedah iridologi).

Bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. Individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh.

Sebenarnya proses pembuangan toksin adalah lebih mudah sekiranya kita mengamalkan pemakanan sihat dengan mengambil makanan berserat tinggi, diet organik semula jadi dan menjalani kehidupan secara natural.

Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

DI PUSAT TERAPI ALAMI, KAMI MENGAMALKAN KAEDAH - KAEDAH ALAMI IAITU MENGGUNAKAN LINTAH, GARAM - AIS DAN BERSAUNA (Peluh) UNTUK MEMBUANG TOKSIN DARI TUBUH.
CUBALAH SEKALI ANDA AKAN RASA KESELESAAN DAN KESENANGANNYA.

No comments:

Post a Comment