2. Elakkan dari kekurangan berat atau berat yang berlebihan. Hadkan berat ketika dewasa kurang dari 11 paun (5 Kg)
3. Buatlah latihan berjalan kaki sejam atau senaman seumpamanya setiap hari, dabn bersenam sekurang - kurangnya sejam seminggu.
4. Makanlah 5 @ lebih hidangan sehari pelbagai sayuran dan buahan di sepanjang tahun.
5. Makanlah lebih daripada 7 hidangan sehari pelbagai kekacang, tumbuhan berakar dan berumbi. Kurangkan makanan yang diproses. Hadkan pengambilan gula yang diproses.
6. Pengambilan alkohol tidak digalakkan.
7. Hadkan pengambilan daging merah kepada kurang daripada 3 auns sehari. Lebih baik memilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan sebagai ganti.
8. Batasi makanan berlemak terutama dari sumber haiwan. Guna minyak sayuran secara sederhana.
9. Batasi penggunaan garam dan makanan bergaram dalam masakan. Gunakan herba dan rempah sebagai perasa makanan.
10. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat.
11. Gunakan peti sejuk untuk menyimpan makanan yang cepat rosak.
12Jangan makan makanan yang disalai selalu. Makan makanan seperti ini sekali - sekala.
13. Diet suplemen tidak membantu mengurangkan risiko kanser.
14. Jangan merokok atau mengunyah tembakau.
No comments:
Post a Comment