LOT BG 10, TINGKAT BAWAH, KOMPLEKS DAGANGAN MAHKOTA 25200 BANDAR INDERA MAHKOTA KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR
Pages
TERAPI ALAMI MUJAROB
UNTUK MAKLUMAN
Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.
Tuesday, June 9, 2009
MISAI KUCING
MISAI KUCING kini muncul antara tumbuhan herba berpotensi besar bagi tujuan komersial dalam bentuk produk siap. Ini kerana selain mudah ditanam dan dibiakkan serta cepat matang untuk dituai, ia terbukti secara saintifik mengandungi bahan aktif yang mampu merawat masalah kesihatan berkaitan buah pinggang serta sistem saluran kencing (urinary system).
Selain popular sebagai herba untuk mencegah dan merawat batu karang, ia dipercayai mampu melegakan pelbagai gejala penyakit lain, termasuk darah tinggi, gout dan kencing manis.
Kini pelbagai jenama produk siap berasaskan misai kucing boleh ditemui di pasaran. Bagaimanapun, pengguna perlu berhati-hati dalam memilih produk benar-benar berkualiti, berkesan, tulen serta selamat.
Identiti
Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon aristatus / Orthosiphon stamineus adalah tumbuhan herba dari famili Lamiaceace. Ia turut dikenali dengan nama lain, termasuk kumis kucing (Indonesia), kidney tea dan Java tea (Eropah).
Herba ini dikenali sebagai Java tea kerana suatu masa dahulu ia dibawa pulang ke Eropah oleh Belanda yang menjajah Indonesia. Nama kidney tea pula popular di Eropah kerana masyarakat benua itu mendapati ia amat mujarab untuk merawat masalah yang ada kaitan dengan batu karang, buah pinggang dan sistem saluran kencing.
Fizikal
Misai kucing adalah tumbuhan herba renek dengan ketinggian biasa hanya sehingga kira-kira 1.5 meter. Batangnya berwarna hijau keperangan dan sedikit berbulu. Daunnya pula bersaiz kecil dan tirus berwarna hijau kebiruan dengan corak bergerigi di bahagian tepi.
'MISAI BERUBAT'... Artikel ini dipetik dari majalah D'HERBA bil 5.
'MISAI BERUBAT'... Artikel ini dipetik dari majalah D'HERBA bil 5.
Bahagian paling menarik pada tumbuhan herba ini ialah bunganya. Bentuk bunganya amat unik. Ia berwarna putih dengan jambak bertingkat. Bahagian inilah dikaitkan dengan namanya sebagai misai kucing.
Kecantikan dan keunikan bunganya juga menyebabkan ramai gemar menjadikan tumbuhan herba ini sebagai tanaman hiasan.
Penggunaan
Selain menggunakan produk siap, khasiat perubatan herba misai kucing dapat dimanfaatkan dengan cara merendamkan daunnya di dalam air panas. Dua atau tiga helai daun misai kucing dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas dan tutup bekas itu hingga airnya menjadi suam. Kemudian minum airnya.
Cara lain ialah dengan mengisar misai kucing yang telah dikeringkan. Kemudian ambil sesudu teh bahan yang telah dikisar itu dan kacaukan di dalam segelas air panas. Biarkan air itu menjadi suam lalu diminum. Ia boleh dicampurkan dengan madu.
Herba ini juga dapat dimanfaatkan dengan menjadikan daun dan bunganya sebagai ulam atau daunnya digoreng dengan tepung.
Amalkan pengambilan herba ini setiap pagi dan petang. Keberkesanannya banyak bergantung kepada tahap amalan yang konsisten.
Pastikan juga aspek kebersihan sentiasa dititikberatkan ketika memetik dan menyediakan ramuan tumbuhan herba ini sebelum diminum atau dijadikan ulam sebagai satu ikhtiar penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan bagi mengelak sebarang gangguan kesihatan lain.
Perubatan
Dalam perubatan tradisional, misai kucing dipercayai mengandungi unsur anti alahan dan anti radang. Ia biasanya digunakan untuk merawat batu karang, gout, kencing manis, sakit sendi, sengal tulang dan masalah pundi kencing. Bahagian pokok yang banyak digunakan bagi tujuan perubatan ialah daunnya.
Kajian yang pernah dibuat oleh beberapa penyelidik syarikat farmaseutikal antarabangsa, mendapati misai kucing mengandungi bahan aktif tertentu, termasuk cirsimaritin, cryptoxanthin, tetramethoxyflavone, inositol, myo-inositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, salvigenin, essential oil, flavonoid, glucoside, mineral, phenylpropanoid, terpenoid dan salvigenin.
Dari sudut farmakologi pula, misai kucing didapati mengandungi unsur anti kulat, anti radang dan anti bakteria. Ujian klinikal yang pernah dibuat terhadap tumbuhan herba ini mendapati ia menampakkan kesan kepada kandungan air kencing selepas 12 jam atau 24 jam pengambilannya. - D’HERBA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment