Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Friday, April 3, 2009

JAGA KESIHATAN, SUNNAH RASULULLAH


Mungkin ramai dari kalangan kita menganggap menjaga kesihatan adalah perkara remeh. Kesihatan adalah satu anugerah ilahi. Konsep mencegah adalah lebih baik dari merawat penyakit. Penyakit akan datang tanpa disedari. Sedar - sedar sudah diperingkat kronik dan sukar untuk diubati. Kalau boleh pun memerlukan kos yang tinggi.
Rasulullah mengajar kita untuk mencegah. Bagaimana caranya? Rasulullah menggalakkan umatnya berbekam iaitu mengeluar darah kotor (rosak). Dahulu orang tidak faham mengapa Rasulullah menyuruh berbekam, apabila kajian dibuat benarlah, darah semasa berbekam diambil dari kapilari bukannya pembuluh darah. Darah ini didapati kebanyakannya sel - sel yang rosak atau cacat. Darah ini jika disimpan akan mengganggu pengaliran darah di dalam tubuh dan merosakkan organ tubuh. Jelaslah penerangan berkaitan berbekam. Berbekam mampu mencegah dan mengubati jika perlu caranya.
Berbekam ada tiga 3 kaedah samada melalui sayatan, lintah atau angin. Pilihlah mana yang sesuai, insya'allah dapat merasakan kelebihannya.
Pengaliran darah yang baik dapat membantu menyegarkan badan dan memulihkan tubuh.
Malangnya orang Melayu tidak suka menjaga kesihatan, lebih suka berubat dari mencegah. Jadilah amalan dan praktis, nescaya kita akan seronok menikmati hidup dan beribadat.
Kita lebih mempercayai kata - kata manusia yang menggelarkan dirinya pandai dari menghadamkan kata - kata Rasulullah.

No comments:

Post a Comment