Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Thursday, August 11, 2011

DARAH TINGGI & RAWATAN LINTAH


Darah tinggi adalah penyakit yang biasa di kalangan rakyat Malaysia. Sebabnya, pemakanan dan genetik.Maka tidak hairan ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah penyakit ini.
Bagaimana lintah mengubati darah tinggi?
1. Penggunaan lintah pada titik - titik tertentu. Kebiasaannya bahagian bahu dan pangkal tengkuk. Bilangan yang sesuai perlu digunakan bergantung kepada kroniknya pesakit.
2. Kandungan hirudin dan histamin dalam lintah akan mencairkan darah dan mengembangkan salur darah. Ini dapat membantu menurunkan tahap darah tinggi tersebut.
3. Bagi pesakit darah tinggi, disiplin rawatan perlu dilakukan bergantung kepada kroniknya penyakit tersebut. Rawatan berterusan dari seminggu hingga ke dua bulan sekali.

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi 0179342576.

Tuesday, August 9, 2011

BERKESAN TAK TERAPI LINTAH?


Ramai yang bertanya soalan ini apabila nak buat Terapi @ Rawatan Lintah. Jawapannya pun fleksibel. Berkesan atau tidak sesuatu rawatan bergantung kepada syarat - syarat tertentu. Begitu juga dengan Terapi Lintah.
Semasa mula terapi lintah mula saya kembangkan bermula tahun 2008, ramai yang mencubanya. Maklum sahaja satu kaedah yang agak baru di Malaysia, tetapi tidak di dunia. Ramai yang teruja dan ingin mencubanya terutamanya kepada yang mempunyai masalah seperti resdung, migrain, darah tinggi, gout dan penyakit yang sewaktu dengannya. Malangnya tidak sampai 10% yang menjalani rawatan keduanya. Mengapa? Saya sendiri tidak dapat menjawabnya. Mungkin beberapa faktur yang saya kira agak kuat alasannya ialah faktur darah yang keluar kadang - kadang mungkin sampai 1 - 2 hari. Jadi mungkin pesakit berasa rimas. Atau, mungkin 90% telah sembuh pada rawatan pertama. Saya rasa agak mustahil bagi kes berat. Bagi kes yang ringan saya yakin boleh berlaku.
Di dalam apa jua kaedah rawatan, dengan sekali rawatan agak mustahil. Begitu juga dengan Rawatan Lintah. Kaedah Terapi Lintah memerlukan rawatan ulangan atau mungkin juga rawatan secara berterusan bergantung kepada kroniknya penyakit yang dihadapi.
Srbagai contoh, masalah resdung perlukan proses ulangan 1 minggu hingga 2 bulan bergantung kepada seriusnya penyakit tersebut. Begitu juga dengan gout, migrain, darah tinggi dan kencing manis.
Malangnya mungkin sikap orang kita yang kebanyakannya tidak akan datang untuk rawatan kedua, biarpun mengalami perubahan positif semasa rawatan pertama. Atau mungkin sikap sabar menghadapi penyakit diutamakan.
Berkesan atau tidak sesuatu Rawatan adalah bergantung kepada setakat mana kita sanggup menghadapi syarat dan disiplin rawatan tersebut. Bukan kepada rawatan tersebut.
Terapi lintah telah terbukti berkurun lama mampu menyelesaikan masalah pelbagai penyakit. Sehingga yang terbaru rawatan ini juga digunakan untuk masalah yang penyakit yang agak berat seperti penyakit jantung dan kencing manis. Oleh itu terpulanglah kepada pesakit untuk meletakkan disiplin dan mematuhi syarat - syarat rawatan lintah untuk sembuh.

Saturday, August 6, 2011

NGAPA PERLU TEMUJANJI?

Prinsip perniagaan kami adalah menjaga keselesaan dan rahsia pelanggan. Itu sebab pihak PTAM tidak pernah membuat promosi terapi @ rawatan lintah secara terbuka di ekspo mahupun pameran. Kami faham sensitiviti para pelanggan dan pesakit. Bagi kami tidak adil mencari keuntungan di atas kelemahan dan kesusahan para pelanggan.
Buat masa kini, lot kedai kami di Kompleks Dagangan Mahkota agak kecil dan sempit. Jika satu kumpulan 3 - 4 orang datang, ruang rawatan akan penuh. Dan seandainya ada pelanggan yang datang lagi terpaksa menunggu. seperti sedia maklum rawatan lintah memakan masa 1 - 2 jam, dan akan menyebabkan kebosanan para pelanggan.
Kami juga perlu mengetahui keadaan pelanggan samada sesuai atau tidak menjalani rawatan lintah. Mungkin ada pelanggan yang tidak rasa selesa berkongsi dengan orang yang tidak dikenali.
Buat masa kini, kami amat sukar untuk mendapatkan pekerja yang berpengetahuan dalam perubatan dan kesihatan. Anak - anak muda yang ada menganggapnya susah dan tidak berminat. PTAM dikendalikan sepenuhnya oleh saya sendiri dan adakalanya saya terpaksa membuat kerja - kerja luar. Sekiranya ada pelanggan yang 'walk-in' dan melihat kedai kami tertutup mungkin akan berasa kecewa apatah lagi yang datang dari jauh.
Oleh itu untuk memudahkan semua pihak, buat TEMUJANJI 017-9342576