Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Sunday, February 5, 2012

RESDUNG, CUKA KURMA DAN MADU



Resdung adalah penyakit yang amat biasa dialami oleh masyarakat Melayu. Dalam istilah Sains, Resdung adalah Sinus.
Apa dia Sinus? Sinusitis merupakan suatu proses peradangan pada mukosa atau selaput lendir sinus paranasal. Akibat peradangan ini dapat menyebabkan pembentukan cairan atau kerusakan tulang di bawahnya.
Sinus paranasal adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang-tulang di wajah. Terdiri dari sinus frontal (di dahi), sinus etmoid (pangkal hidung), sinus maksila (pipi kanan dan kiri), sinus sfenoid (di belakang sinus etmoid).

Beberapa kaedah yang digunakan utk merawat Sinus @ Resdung.

Di sini saya mencadangkan kaedah menggunakan Cuka Kurma dan Madu.

1. Satu titik madu
2. Setitik cuka kurma
3. Satu gelas air

Baca Al Fatihah, Salawat dan niatkan utk kesembuhan penyakit, sedut melalui hidung. Jangan dihembus terus, simpan biar lama sikit. Ulang di waktu pagi, petang dan malam. Insya'allah akan mendapat kesembuhan.

Wednesday, February 1, 2012

CUKA KURMA - KHAL



Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim)

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.a). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)


KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Khasiat Cuka Kurma
Dari kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
** 01: mencegah berlakunya pembengkakan pada badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

CARA PENGAMBILAN:
2 sudu besar cuka kurma + segelas air (amalkan sebelum makan pagi, tgh hari, malam)

*Boleh ditambah madu