Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Thursday, July 23, 2009

LINTAH UNTUK DIJUAL.

KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENJUAL LINTAH SECARA PUKAL.
SAIZ 3 - 4", LEBIHKURANG 300 EKOR/ KG.
JUALAN DALAM TIMBANGAN KILOGRAM (KG).
MINIMA BELIAN 5 KG KE ATAS.
HARGA TAWARAN RM150/ KG TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN
BERMINAT HUBUNGI 017-9342576

Saturday, July 11, 2009

KANSER PROSTAT (II)

Kanser Prostat

Oleh: Dr. Sulaiman Tamanang

PERKATAAN kanser itu sendiri sangat menggerunkan bunyinya. Apabila kita sebut sahaja perkataan kanser, kita akan mengaitkannya dengan kematian ataupun maut. Tanggapan inilah yang mahu kita ubah. Kita ingin memberikan harapan kepada mereka yang menghidap kanser, terutama sekali kanser prostat.

Mereka mesti mempunyai semangat yang kuat dan tahu bahawa masih ada kehidupan yang biasa seperti orang lain yang boleh mereka jalani walaupun menghidap kanser.

Lagipun, banyak lagi penyebab kematian selain daripada kanser. Menyedari hakikat ini syarikat Mayfirst Gold Sdn. Bhd., telah melancarkan kempen CEgah KAnser Prostat (CEKAP) secara besar-besaran dengan tujuan utama menyedarkan orang ramai betapa pentingnya mengesan kanser prostat awal. Pengesanan awal menyelamatkan nyawa.

Prostat merupakan kelenjar sebesar buah berangan, yang menjadi milik mutlak kaum lelaki. Ia terletak di bawah pundi kencing, berhadapan dengan rektum. Saluran kencing (uretra) menyalurkan air kencing melalui prostat.

Peranan seksual kaum lelaki berkait rapat dengan prostat. Prostat mengeluarkan sebahagian daripada cecair yang terdapat pada air mani. Pancutan air kencing atau air mani bergantung kepada kesihatan prostat.

Kanser berlaku apabila sel-sel tubuh mula membiak di luar kawalan. Sel-sel ini terus membiak dan menjadi satu ketumbuhan. Kanser prostat terjadi apabila sel-sel kelenjar prostat membiak tanpa kawalan.

Kanser prostat boleh membiak dan merebak dengan cepat tetapi kebanyakannya membiak secara perlahan-lahan. Jika tidak dirawat, kanser boleh merebak ke bahagian yang berhampiran dan kemudian ke seluruh badan, terutamanya tulang, hati dan paru-paru.

Mengikut perangkaan Amerika Syarikat (AS), satu daripada enam lelaki akan mendapat kanser prostat dan satu daripada 34 akan mati disebabkan oleh penyakit ini.

Di Malaysia, kanser prostat merupakan kanser yang keenam paling kerap bagi kaum lelaki.

Sehingga kini, punca sebenar berlakunya kanser masih belum diketahui tetapi ada beberapa faktor yang berkaitan dengan terjadinya kanser prostat.

Prostat yang normal memerlukan hormon testosteron untuk membesar sehingga seseorang itu menjadi dewasa. Testosteron juga memainkan peranan sedikit sebanyak dalam kejadian kanser prostat.

Usia merupakan risiko utama mendapat kanser prostat. Setiap kaum lelaki yang berusia 45 tahun ke atas mempunyai risiko untuk mendapat kanser prostat.

Walau bagaimanapun kaum lelaki yang lebih muda tidak terkecuali. Secara keseluruhannya, risiko untuk mendapat kanser prostat meningkat dengan meningkatnya usia seseorang itu.

Lebih daripada 70 peratus pesakit kanser prostat berusia lebih 65 tahun. Usia di antara 50 hingga 54 tahun, 82 bagi setiap 100,000 lelaki akan mendapat kanser prostat.

Sementara itu, antara usia 60 hingga 64 tahun, sebanyak 518 bagi setiap 100,000 lelaki akan mendapat kanser prostat dan usia di antara 70 hingga 74 tahun, 1,326 lelaki akan mendapat kanser yang sama.

Para saintis telah gagal memberikan penjelasan mengapa ada kaum lelaki yang mendapat kanser prostat dan ada yang tidak. Faktor kaum merupakan salah satu risiko utamanya.

Di AS, ramai berketurunan Afrika mendapat kanser prostat jika dibandingkan dengan orang Amerika berkulit putih.

Seseorang yang mempunyai sejarah keluarga, iaitu bapa, abang atau adik lelaki menghidap kanser prostat mempunyai dua kali ganda kemungkinan mendapat kanser prostat.

Kajian menunjukkan bahawa makanan yang mempunyai kandungan lemak haiwan yang tinggi meningkatkan kemungkinan mendapat kanser prostat. Manakala buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risikonya.

Gejala-gejala kanser prostat

Pada peringkat awal, kanser prostat tidak mempunyai apa-apa gejala. Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, ia akan menyebabkan gejala-gejala berikut:

* Kerap kencing terutamanya di waktu malam

* Kesukaran untuk membuang air kecil

* Ketidakupayaan untuk membuang air kecil

* Aliran air kencing yang perlahan atau terputus-putus

* Sakit atau rasa terbakar semasa membuang air kecil

* Masalah ereksi

* Sakit semasa ejakulasi

* Terdapat darah dalam air kencing atau air mani

* Sakit di bahagian belakang, pelvis dan paha.

Gejala-gejala tersebut tidak semestinya didiagnosis sebagai kanser prostat. Pembesaran prostat (Hiperplasia Prostatik Benigna/BPH) dan radang prostat juga boleh memberikan gejala yang sama.

Sekiranya seseorang itu mempunyai salah satu daripada gejala tersebut, pergilah berjumpa doktor pakar urologi untuk mendapatkan kepastian.

Setelah anda berjumpa doktor, doktor akan membuat pemeriksaan prostat dengan menggunakan jari melalui rektum. Doktor anda mungkin mencadangkan pemeriksaan darah untuk mengesan Antigen Spesifik Prostat (PSA).

Paras normal PSA adalah kurang dari 4ng/ml. Sekiranya tahap PSA melebihi 10ng/ml, ia dianggap tinggi. PSA yang tinggi tidak semestinya menunjukkan seseorang itu menghidap kanser prostat.

Penyakit lain seperti BPH dan radang prostat juga boleh menyebabkan tahap PSA yang tinggi. Walau bagaimanapun, ujian PSA boleh membantu mengesan kanser prostat awal.

Selain ujian darah, doktor juga akan melaksanakan ujian ultrasound dan skan berkomputer untuk meneliti punca gejala yang dialami.

Untuk memastikan kehadiran kanser, doktor akan membuat biopsi – satu ujian di mana doktor akan menggunakan jarum untuk mengambil contoh sel daripada prostat melalui rektum.

Contoh sel-sel tersebut akan dihantar ke makmal, di mana doktor pakar kaji penyakit akan meneliti contoh sel-sel tersebut melalui mikroskop. Melalui kajian ini pakar kaji penyakit boleh memastikan kehadiran sel kanser.

Setelah disahkan menghidap kanser, doktor mesti mengetahui tahap dan gred kanser tersebut bagi mengenal pasti sama ada kanser masih berada dalam lingkungan prostat ataupun sudah melibatkan kawasan persekitaran prostat atau telah merebak ke tempat lain seperti tulang, hati dan paru-paru.

Secara ringkas, kanser prostat terbahagi kepada empat tahap. Tahap satu merupakan tahap awal manakala tahap empat adalah tahap yang serius.

Jenis rawatan bagi kanser prostat:

1. Tunggu dan lihat

2. Pembedahan

3. Rawatan Radioterapi

4. Rawatan Kemoterapi

5. Kriosurgeri

6. Terapi hormon

Pilihan rawatan terbaik bergantung kepada tahap kanser dan paras PSA. Usia dan kesihatan pesakit juga diambil kira.

Rawatan tunggu dan lihat, pembedahan, radioterapi dan kriosurgeri adalah rawatan pilihan bagi kanser prostat di peringkat awal.

Terapi hormon dan kemoterapi disarankan bagi kanser prostat yang sudah merebak keluar dari kelenjar prostat.

Kanser prostat tidak boleh dicegah kerana punca sebenar kanser ini belum diketahui, tetapi kita boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko dari mendapat kanser prostat.

Dalam pada faktor risiko seperti usia, bangsa dan sejarah keluarga tidak dapat dikawal, faktor-faktor lain boleh kita elakkan. Langkah yang paling utama adalah dengan menjaga kesihatan prostat, kesihatan keseluruhan dan penjagaan makanan.

Cara terbaik untuk mengesan kanser prostat awal adalah menerusi pemeriksaan saringan setiap tahun bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Saringan yang perlu dilaksanakan adalah pemeriksaan prostat melalui rektum dan ujian PSA setiap tahun.

Sudah terbukti bahawa membuat saringan setiap tahun boleh meningkatkan pengesanan kanser prostat awal. Bertindaklah segera sebelum terlambat. Sekurang-kurangnya, ingatlah pada keluarga anda yang tersayang.

- Dr. Sulaiman Tamanang merupakan Pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear di Pusat Kebangsaan Kanser, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli MayFirst Health and Wellness Council (MHWC), panel pakar yang ditubuhkan oleh MayFirst khusus untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kanser prostat melalui kempen CEgah KAnser Prostat (CEKAP).

KANSER PROSTAT DAN PENCEGAHAN

Bolehkah Kanser Prostat Dielakkan?

Oleh: Dr. Sulaiman Tamanang
Mingguan Malaysia, 3 Jun 2007

Bercakap tentang kanser, wanita dikaitkan dengan kanser payudara atau pangkal rahim manakala lelaki pula dengan kanser prostat yang dikatakan pembunuh senyap kaum lelaki.

Ia merupakan penyakit yang boleh membunuh kedua tertinggi di kalangan lelaki di Amerika Syarikat. Di Malaysia, ia menduduki tangga keenam dalam carta kanser. Lelaki dikatakan kurang kesedaran dan pengetahuan dalam kesihatan berbanding wanita yang semakin mementingkan kesihatan.

Tahap kesedaran lelaki secara umumnya adalah rendah dan dianggarkan kurang satu peratus lelaki tempatan bersedia menjalani pemeriksaan kesihatan.

Berikut adalah faktor-faktor risiko di luar kawalan:


* Umur. Kanser prostat jarang berlaku kepada lelaki di bawah umur 50 tahun. Walau bagaimanapun, kanser tersebut meningkat secara dramatik selepas peringkat umur itu.
* Bangsa. Lelaki Afrika-Amerika lebih cenderung kepada risiko penyakit itu.
* Genetik. Risiko mendapat penyakit ini adalah tinggi jika salah seorang ahli keluarga lelaki anda pernah dan menghidap penyakit ini.

Jika anda memiliki ciri-ciri seperti di atas, risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi berbanding lelaki yang tidak memilikinya. Walaupun tidak mempunyai ketiga-tiga faktor risiko tersebut, langkah berjaga-jaga perlulah diambil.

Tabiat membuat saringan kanser prostat yang berterusan boleh membantu mengesan kanser prostat awal dan mencegahnya dari merebak ke organ-organ lain.

Diet dan Kanser Prostat

Cara yang terbaik untuk mengelakkan faktor risiko lain yang boleh dikawal adalah seperti mengambil makanan berzat dan seimbang.

* Lemak. Kurangkan pengambilan makanan dari sumber haiwan yang tinggi kandungan lemaknya. Gantikan daging merah dengan ayam dan bijirin.
* Sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini adalah gizi yang selalu disebutkan oleh mana-mana pakar kesihatan. Pengambilan gizi ini dapat membantu dari segi khasiat dan vitamin. Setengah kajian mengaitkan diet yang tinggi kandungan sayurannya dapat mengurangkan risiko kanser prostat.
* Ikan. Pemakanan ikan yang kaya dengan asid lemak dapat melindung daripada kanser prostat dan juga penyakit lain. Contoh ikan yang kaya dengan asid lemak ialah ikan salmon.

Obseti dan Kanser Prostat

Obseti boleh dikaitkan dengan kenaikan hormon berhubung kanser prostat. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari dapat mengurangkan risiko kanser.



Suplemen dan Kanser Prostat

Selain itu, untuk mengurangkan risiko kanser prostat, pengambilan suplemen seperti berikut boleh dipertimbangkan:

* Saw Palmetto dan Biji Labu. Produk ini telah digunakan dan didapati sangat berkesan. Saw Pametto diambil secara berasingan atau bersama-sama dengan biji labu, Nettle root atau Pygeum.

Saw Palmetto (Sarena serrulata) adalah pokok sawit yang tumbuh di pinggiran pantai Atlantik. Ia adalah herba yang paling popular dalam rawatan masalah prostat. Kajian klinikal mendapati herba ini sangat berkesan dalam mengawal pembesaran kelenjar prostat.

Saw Palmetto mengandungi sterol, terutamanya beta-sitosterol yang mampu menghalang enzim 5-alpha reductase. Oleh itu, dihidrotestosteron (DHT) tidak boleh melekat kepada kelenjar prostat. Sebaliknya ia akan dihancurkan dan kemudiannya dikumuhkan (dibuang) dari dalam badan.

DHT merupakan hormon yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya pembesaran kelenjar prostat (BPH).

* Ubat-ubat konvensional seperti Finasteride yang manahan enzim 5-alpha reductase. Oleh itu, testosterone tidak boleh bertukar kepada DHT. Terazosin dan doxazosin merupakan produk yang dapat membantu merehatkan otot-otot prostat. Ini seterusnya akan mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atas saluran kencing.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan bahawa pengambilan ubat tradisional dan suplemen lain tanpa arahan doktor boleh membawa risiko. Oleh sebab yang demikian, adalah perlu untuk mendapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.

Pengubahsuaian Gaya Hidup

Pengambilan alkohol akan menghilangkan kandungan zink dan vitamin B6 yang penting untuk prostat yang sihat. Oleh itu, berhentilah mengambilnya.

Zink sangat penting kepada fungsi kelenjar prostat. Prostat menggunakan zink 10 kali ganda berbanding organ lain. Zink membantu mengurangkan kandungan prolaktin di dalam darah. Prolaktin didapati meningkatkan penukaran hormon testosteron kepada DHT.

Kurang bersenam akan menyebabkan pengaliran darah menjadi kurang lancar. Ini memberikan kesan yang memudaratkan prostat. Anda digalakkan bersenam mengikut jadual yang ditetapkan - kata-kata kunci di sini adalah bersenam secara konsisten dan bersesuaian dengan tahap kesihatan dan umur anda.

Tekanan perasaan boleh menyebabkan perubahan pada hormon badan anda. Ini mungkin mengaktifkan 5-alpha reductase dan kandungan DHT akan meningkat.

Merokok akan menyababkan pengumpulan toksin radikal bebas di dalam badan. Ia boleh memburukkan lagi keadaanpesakit BPH.

RAWATAN KANSER CARA BREUSS

Penawar Kanser cara Breuss

Apabila berlaku Kanser dalam badan, ia membiak dan pemakanannya ialah protein. Oleh itu jika seseorang pesakit kanser berpuasa selama 42 hari, pada masa itu hanya minum juz dan herba untuk menyah toksid, membersih dan menghapuskan bahan toksid, maka sel kanser akan mati kelaparan, diserap dan dinyahkan daripada badan. Pemikiran radikal melawan pemikiran perubatan terkini, tetapi terapi ini diterima seluruh dunia dan dikenali sebagai “Breuss Total Canser Treatment”

Buah-buahan dan sayuran mentah sudah lama disyorkan dalam perubatan alami sebagai sebahgian sistem rawatan bagi berbagai penyakit dan masalah kronik. Juz mentah mengandungi antioksiden dan enzim hidup, yang mana sains telah mengesahkan ia penting sebagai bahagian diet seseorang jika inginkan sihat dan dapat mengawas toksid yang ada di persekitaran hari ini.

Rudolf Breuss adalah seorang pakar rawatan alamiah dari Austria, berpendidikan dan mempunyai ilmu dan kefahaman, dan cinta untuk, umat manusia. Dilahirkan pada 1899, dia mengalihkan perhatiannya mencari rawatan alternatif untuk kanser dan juga penyakit lain, kepada perubatan farmeseutikal yang predominan.

RAMUAN SEMULAJADI

Facts on honey and cinnamon: It is found that a mixture of honey and cinnamon cures most diseases. Honey is produced in most of the countries of the world. Scientists of today also accept
honey as a “Ram Ban” (very effective) medicine for all kinds of
diseases. Honey can be used without any side effects for any kind of diseases.

Today’s science says that even though honey is sweet,
if taken in the right dosage as a medicine, it does not harm diabetic
patients. Weekly World News, a magazine in Canada, on its issue dated 7 January, 1995 has given the following list of diseases that can be cured by honey and cinnamon as researched by western scientists:

HEART DISEASES:
Make a paste of honey and cinnamon powder, apply on bread,
instead of jelly and jam, and eat it regularly for breakfast. It reduces the cholesterol in the arteries and saves the patient from heart attack. Also those who have already had an attack, if they do this
process daily, they are kept miles away from the next attack. Regular use of the above process relieves loss of breath and strengthens the heart beat. In America and Canada, various nursing homes have treated patients successfully and h ave found that as you age, the arteries and veins lose their flexibility and get clogged; honey and cinnamon revitalize the arteries and veins.

ARTHRITIS:
Arthritis patients may take daily, morning, and night, one cup of hot
water with two spoons of honey and one small teaspoon of cinnamon powder. If taken regularly even chronic arthritis can be cured. In a recent research conducted at the Copenhagen University, it was found that when the doctors treated their patients with a mixture of one tablespoon Honey and half teaspoon Cinnamon powder before breakfast, they found that within a week, out of the 200 people so treated, practically 73 patients were totally relieved of pain, and within a month, mostly all the patients who could not walk or move around because of arthritis started walking without pain.

BLADDER INFECTIONS:
Take two tablespoons of cinnamon powder and one teaspoon of
honey in a glass of lukewarm water and drink it. It destroys the
germs in the bladder.

TOOTHACHE:
Make a paste of one teaspoon of cinnamon powder and five
teaspoons of honey and apply on the aching tooth. This may be
applied three times a day until the tooth stops aching.

CHOLESTEROL:
Two tablespoons of honey and three teaspoons of Cinnamon
Powder mixed in 16 ounces of tea water, given to a cholesterol
patient were found to reduce the level of cholesterol in the blood by 10percent within two hours. As mentioned for arthritic patients, if
taken three times a day, any chronic cholesterol is c ured. According to information received in the said journal, pure honey taken with food daily relieves complaints of cholesterol. (By the way. if you’re taking cholesterol medicine STOP! They all contain STATIN which weaken our muscles…
including YOUR HEART and none has been shown to stop heart
attacks or strokes!!!!

COLDS:
Those suffering from common or severe colds should take one
tablespoon lukewarm honey with 1/4 spoon cinnamon powder daily for three days. This process will cure most chronic cough, cold, and clear the sinuses.

UPSET STOMACH:
Honey taken with cinnamon powder cures stomach ache and
also clears stomach ulcers from the root.

GAS:
According to the studies done in India and Japan, it is
revealed that if honey is taken with cinnamon powder the stomach is
relieved of gas.

IMMUNE SYSTEM:
Daily use of honey and cinnamon powder strengthens the
immune system and protects the body from bacteria and viral attacks. Scientists have found that honey has various vitamins and iron in large amounts. Constant use of honey strengthens the white blood corpuscles to fight bacteria and viral diseases.

INDIGESTION:
Cinnamon powder sprinkled on two tablespoons of honey taken
before food relieves acidity and digests the heaviest of
meals.

INFLUENZA: A scientist in Spain has proved that honey contains a
natural ingredient which kills the influenza germs and saves the patient from flu.

LONGEVITY:
Tea made with honey and cinnamon powder, when taken
regularly, arrests the ravages of old age. Take four spoons of honey,
one spoon of cinnamon powder and three cups of water and boil to make like tea. Drink 1/4 cup, three to four times a day. It keeps the
skin fresh and soft and arrests old age. Life spans also increases and even a 100 year old, starts performing the chores of a 20-year-old.

PIMPLES:
Three tablespoons of honey and one teaspoon of cinnamon
powder paste. Apply this paste on the pimples before sleeping and wash it next morning with warm water. If done da ily for two weeks, it
removes pimples from the root.

SKIN INFECTIONS:
Applying honey and cinnamon powder in equal parts on the
affected parts cures eczema, ringworm and all types of skin
infections.

WEIGHT LOSS:
Daily in the morning one half hour before breakfast on an
empty stomach and at night before sleeping, drink honey and
cinnamon powder boiled in one cup of water. If taken regularly, it reduces the weight of even the most obese person. Also, drinking this mixture regularly does not allow the fat to accumulate in the body even though the person may eat a high calorie diet.

CANCER:
Recent research in Japan and Australia has revealed that
advanced cancer of the stomach and bones have been cured
successfully . Patients suffering from these kinds of cancer should daily take one tablespoon of honey with one teaspoon of cinnamon powder for one month three times a day.

FATIGUE:
Recent studies have shown that the sugar content of honey
is more helpful rather than being detrimental to the strength of
the body. Senior citizens, who take honey and cinnamon powder in
equal parts, are more alert and flexible. Dr. Milton, who has done
research, says that a half tablespoon of honey taken in a glass of water and sprinkled with cinnamon powder, taken daily after brushing and in the afternoon at about 3:00 p.m. when the vitality of the body starts to decrease, increases the vitality of the body within a week.

BAD BREATH:
People of South America, first thin g in the morning,
gargle with one teaspoon of honey and cinnamon powder mixed in hot water, so their breath stays fresh throughout the day.

HEARING LOSS:
Daily morning and night honey and cinnamon powder, taken in
equal parts restore hearing. Remember when we were kids? We had toast with real butter and cinnamon sprinkled on it!

CEGAH KANSER (III)

Kekurangan atau lebihan berat badan yang berlebihan lebih dari 11paun (5 kg) dapat meningkatkan risiko kanser endometrium. Juga akan meningkatkan risiko kanser payu dara di kalangan wanita selepas putus haid dan kanser buah pinggang.