Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Thursday, December 22, 2011

PANTANG DAN LINTAH




Ada yang bertanya, setelah berterapi Lintah perlukah kita berpantang? Terlebih dahulu saya ingin mengulas apakah itu pantang. Pantang banyak digunakan dalam perubatan Alternatif, samada Melayu, Cina atau India. Mengapa perlu berpantang? Sebenarnya pantang adalah salah satu kaedah untuk mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan tindakbalas. Ada makanan yang perlu dielakkan untuk menjauhkan tindakbalas dan mengurangkan kesan penawar. Tindakbalas ini bergantung kepada kimia individu. Individu berbeza akan memberi tindakbalas yang berbeza. Itu sebab ada makanan yang memberi kesaan alahan kepada si A tetapi tidak kepada si B.
Pantang secara tidak langsung untuk mengurangkan tindakbalas atau kesan sampingan dan mempercepatkan penyembuhan.
Di dalam perubatan alopati pula, jarang kita dengar tentang pantang ini. Ini kerana bahan kimia yang ada dalam ubatan telah dapat dikurangkan dan dikawal dosnya. Walaubagaimanapun kesan sampingannya tetap ada.Ada kalanya lebih teruk dari kesan sampingan herba.
Terapi Lintah pula, pantangnya tiada, cuma selepas terapi beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan darah keluar. Kesan sampingan lintah juga tidak sama. Ada yang agak ketara tetapi ramai yang tidak mengalaminya.
Di sini letaknya pengetahuan dan pengalaman Perawat untuk mengimbangkan dan mengurangkan kesan sampingan dan tindakbalas kimia lintah dengan tubuh manusia.

Tuesday, December 20, 2011

BAIKNYA BEKAM




Kini teknologi perubatan bertambah maju, tetapi persoalannya, apakah tahap kesihatan manusia bertambah baik? Jika dilihat secara rambang, kini pelbagai penyakit yang tidak pernah diketahui dan dihidapi muncul. Dasn tidak hairan, anak - anak muda yang berumur kurang dari 30 tahun telah menghadapi pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Perubatan telah menjadi satu industri. Apabila industri bermakna ada untung rugi. Ubatan bukan sahaja penawar sakit tetapi adalah ruang perniagaan.
Bekam adalah salah satu kaedah amalan Rasulullah. Bekam adalah sunnah bermakna wahyu Allah. Maka kita amat dianjurkan melaksanakannya disamping mampu mengikuti sunnah Rasul Junjungan kita.

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.” (HR Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :


إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

Kebaikan dan Kegunaan Bekam untuk:

1. Membuang angin dalam badan

2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan

3. Melancarkan peredaran darah

4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat

5. Membuang racun / tosik dalam badan.

Terapi Lintah adalah salah satu dari kaedah bekam.
Cara terbaik dan sesuai untuk semua zaman yang sebenarnya adalah Berbekam...

Thursday, December 15, 2011

LINTAH DAN HALANGAN



Setelah hampir 4 tahun, menceburkan diri di dalam bidang Terapi Lintah ini pelbagai mehnah ditempuhi.
Halangan utamanya, masih ramai ahli masyarakat yang masih kurang percaya kepada Rawatan Alternatif Terapi Lintah. Mungkin sikap masyarakat kita yang meletakkan hasil perubatan sembuh segera. Menganggap satu keajaiban yang akan berlaku.
Dan ramai yang lebih sanggup sakit dari menjalani rawatan lintah atas alasan geli. Tak dapatlah dibantu dan biarkan sahaja mereka dengan kegeliannya.
Terapi Lintah sama seperti rawatan lain, perlukan kaedah tertentu. Sama seperti rawatan alternatif mahupun alopati.
Walaupun ada kes @ penyakit yang nampak cepat hasilnya, tetapi secara normal untuk dapat hasil terbaik perlukan beberapa kali rawatan (bergantung kepada kroniknya sakit). Dan ada jenis penyakit yang tidak akan pulih, tetapi hanya dapat dikawal.
Salah faham ini terjadi kerana ada pengamal alternatif yang keterlaluan dalam penerangan atau mungkin tiada ilmu, serta menjanjikan kesembuhan. Sedangkan kesembuhan adalah hak mutlak Allah, kita manusia berusaha sekadar yang termampu berdasarkan ilmu yang ada.
Dan mungkin juga sikap 'pong - pong' pesakit yang telah sembuh, terlalu ghairah untuk bercerita.
Di PTAM sendiri ada kes yang berjaya disembuhkan dengan menggunakan lintah dan ada juga yang gagal.
Dan kami di PTAM sendiri kami menggabungkan Terapi Lintah dengan herba - herba lain. Kami melihat penyakit perlu dirawat secara Holistik.
Sebagai contohnya, penyakit Resdung perlu dirawat secara luaran (lintah) dan dalaman serta kawalan pemakanan.
Dan nasihat kepada para pesakit, jangan berputus asa dalam mencari ubat, kita sekadar yang berusaha. Dan yakinlah jika berusaha, berdoa dan tawakkal, kesembuhan akan datang.