Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Saturday, December 1, 2012

JIN SAKA

Malam tadi bertemu dengan seorang bakal doktor, bertanya tentang alam jin dan perubatan moden? Dan dia pun terperanjat apabila diberitahu, latar belakang ku sebenarnya iaitu dari bidang Sains dan profesyen sebagal Ahli Kimia Berdaftar. Sangkaan awalnya, ingat daku berlatangkan bidang agama khusus. Pertama ku terangkan konsep apa yang tidak nampak, bukan semestinya tiada. Hatta dalam Sains juga banyak benda yang kita tak nampak tetapi kita mengakuinya. Molekul tiada siapa pun nampak tetapi diakui ada. Setiap benda mesti ada molekul. Tenaga, kita pun tak pernah nampak....tetapi wujudnya ada. Apatah lagi alam Jin yang memang disebut dalam al Quran, Ar Rahmaan (55 : 15- وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ dan Dia menciptakan jin dari nyala api. Persoalannya, bolehkah jin mengganggu manusia? Dan benar kita ditabirkan Allah, antara manusia dan jin. Tetapi adakalanya tadbir ini dibuka. Seperti yang kita sedia maklum, jin melihat kita tetapi kita tidak melihat mereka. Dan peluang mereka untuk mengganggu kita adalah lebih besar kerana mereka mampu melihat kita. Cuma kadang kala ada manusia yang melihat jin, Bagaimana? Jin yang menyerupai tetapi bukan dalam bentuk asal, ingin dilihat manusia (sikap sombong jin) Kedua, manusia yang dimasuki jin dan dipengaruhi oleh jin sendiri kerana pandangan mereka adalah atas mata jin. Jin juga berperanan untuk menyesatkan manusia sendiri dan mereka berbangga jika ada manusia yang sanggup memohon bantuan dari mereka, Al Jin (72)6 وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. Dan di alam Nusantara ini, penggunaan jin satu masa dahulu untuk kekuatan, kekayaan, keberanian, kependekaran, kecantikkan, pembomohan dan lain lain lagi, bukan satu perkara yang luar biasa. Ramai dari golongan nenek moyang kita ini menggunakannya. Dan atas perjanjian yang dibuat satu masa dahulu, jin berpegang. Jin berusia panjang, manusia berusia lebih pendek. Apabila tuan tersebut meninggal dunia jin nya masih berkeliaran dan terus mencari tuan baru. Kebiasaan, anak cucunya yang sesuai akan dipilih. Kesesuaian ini biasanya mengikuti golongan yang lemah jiwanya, kurang berilmu, kurang beribadah dan beramal. Inilah tumpuan utamanya. Dan apabila mereka didampingi jin, mereka memperolehi kekuatan dan kelebihan menyebabkan mereka sayang dan lebih bersemangat kepada Jin tersebut. Beginilah Jin menyesatkan dan mensyirikkan manusia. Kaedah yang utama dalam merawat gangguan Jin adalah mempertingkatkan ilmu, beribadah, beramal, berzikir supaya timbul keyakinan, "Hanya Allah yang mampu memudaratkan" dan "Tiada Daya Upaya Melainkan hanya dari Allah".......Perawat hanya sekadar membantu memudahkan proses rawatan....

No comments:

Post a Comment