Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Saturday, December 8, 2012

SAKA @ SIHIR @ SAMPUK

Lumrah apabila merawat orang yang mempunyai masalah gangguan, soalan yang akan ditanya, 'Ini kena sihir ke? Siapa penyihirnya?'. Dan masalah ini mungkin bukan saya seorang sahaja yang mengalaminya. Mungkin kesemua perawat akan menghadapi soalan yang sama, dan soalan yang amat payah nak dijawab. Tak jawab takut penanya kecil hati, nak dijawab takut kita tersilap. Perawat samada menggunakan kaedah Al Quran dan Sunnah atau pun kaedah lain, tetap seorang manusia biasa. tidak lebih pun dari orang yang dirawat. Dan perawat pun tak tahu perkara ghaib pun. Sama macam orang lain, tiada keistimewaan pun. Jika perawat Islam, berpandukan Al Quran dan sunnah, tanda seseorang disihir @ saka @ sampuk, bergantung kepada tanda ayat - ayat yang dibaca. Dan pengakuan jin itu sendiri jika mahu berbicara semasa dirukyah (Tetapi ini pun tidak boleh digunakan seratus peratus, mungkin jin itu menipu atau bercakap benar, hanya Allah yang Maha Mengetahui). Jika perawat yang berlandaskan kepada Jin, sudahpasti apa yang diberitahu oleh Jin itu yang digunapakai. Lagi lah tak boleh diterima dan dipakai. Sumber pun dah tak betul. Dan perbuatan tersebut sendiri boileh membawa kepada kesyirikan. Ada perawat yang mendakwa dirinya kasyaf (boleh melihat perkara ghaib). Ini pun lagi lah banyak pertikaiannya. Kesimpulan yang boleh diambil, perawat tugasnya merawat...pesakit tugasnya menghampirkan diri kepada Allah, mohon disembuhkan gangguan yang ada. Beramal dan beribadah. Itu yang terbaik. Sihir atau tidak bukan perkara penting, Yang penting gangguan perlu disingkirkan.

No comments:

Post a Comment