Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Monday, December 10, 2012

MANUSIA DAN JIN

Zaman dulu - dulu, ramai orang Melayu yang bergantung harap kepada Jin. Samada tujuan hendak kuat, gagah perkasa, kebal, kuasa, penggerun, cantik, menarik, merdu suaranya, dan pelbagai lagi. Memang sikap Jin berbangga andainya dipuja oleh manusia, dan memang sikapnya manusia juga suka memuja. Jika di lihat sejarah agama manusia, dari bertuhankan Esa, boleh bertukar menjadi banyak. Bagi makhluk bernama Jin, ini lah peluang baginya menyesatkan manusia dan manusia tunduk kepadanya. Dan harapan manusia pula, inilah kononnya impian akan tercapai. Perkara seperti ini jelas menunjukkan kesyirikkan kerana menduakan Allah Yang Esa. Tetapi manusia yang tidak meletakkan iman di dalam hati akan terus memuja, samada Jin mahupun sesama manusia sendiri. Ramai dari kita, biarpun beragama Islam tetapi hanya meletakkan amalan Islam hanya pada upacara dan ikutan. Biarpun Islam meletakkan satu dosa yang amat besar iaitu Syirik, namun ramai yang tidak peduli. Nafsu meronta mohon ditunaikan hajatnya dengan apa cara sekalipun. Orang dulu - dulu, masyarakat Melayu ini,ramai yang mengambil Jin sebagai tempat memohon pertolongan. Samada di gelar sahabat, orang tua, pendamping dan apa pun gelarnya, Syirik tetap berlaku. Janji yang dimaterai ini akan terus dipakai Jin selagi hayatnya. Dan Jin mempunyai jangka hayat yang panjang,jauh panjang dari manusia. Umur manusia setakat 70 tahun, tetapi Jin mencecah hampir 1000 tahun dan ada yang lebihnya. Selepas kematian tuan punya badan, Jin tetap akan menuntut janji, anak cucu dan keturunannya terus dicari. Bukan kelebihan yang mahu diberi, tetapi agar manusia terus Syirik kepada Yang Maha Pencipta.... Ini digelar saka, Jin akan mengumpan dengan pelbagai cara, diberinya, kemampuan berlawan adat, sakit berpanjangan dan sembuh tiba - tiba, seperti pakej yang nampaknya menarik. Tapi perlu diingat tujuannya satu, Mensyirikkan manusia. Dan proses ini akan terus berlaku selai ada manusia dan Jin. Selagi manusia tidak mengambil Jalan ditunjukkan Rasul Allah....Dan jangan hairan jika hari ini ramai yang menjadi mangsa kerana kesilapan Tuk Nenek Moyang dahulu. Dan ramai lagi manusia yang terus menerus sanggup menjadi hamba Jin....seperti yang dikehendaki Syaitan. Moga Allah terus memberi rahmat, kekuatan iman agar tidak terjerumus menadi Syirik....Dosa yang tidak terampun.

No comments:

Post a Comment