Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Friday, December 14, 2012

MAKANAN SEMULAJADI......YANG TERBAIK

Makanan Semula Jadi adalah yang terbaik.....
SIAPA YG PERLUKAN KOLAGEN : 1. Bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan) 2. Ada mempunyai luka sebab kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan) 3. Warga emas yang sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga) 4. Laki dan perempuan yang nak sihat...... 5. Perempuan yang nak nampak muda jelita dan berkulit gebu. 6. Lelaki yang nak nampak macho, sihat dan bertenaga.

KOLAGEN RUMPAI LAUT ASLI

Dapatkan di kedai kami,...... Pure Marine Collagen Khasiat, # Nilai nutrisi kolagen 10X ganda lebih tinggi daripada SIRIP IKAN YU yang bernilai satu mangkuk kecil RM300. # Khasitanya sama dengan SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG yang bernilai RM400.00 hingga ribuan ringgit. # 24% Kolagen nya bersamaan 2 keping SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG Kalsium 37 kali lebih tinggi daripada hati ikan Bail untuk : ========= # Masalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan) # Luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan) # Warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga) Kelebihan =============== -Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon -Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan -Memejalkan payudara, otot dan punggung -Menyihatkan rambut dan kuku -Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid -Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur -Mengurangi selulit -Memberi tenaga -Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang -Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis -Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot -Merawat penyakit gout -Mencegah kanser/tumor -Menurunkan tekanan darah tinggi -Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik -Anti bakteria/kulat -Merawat anemia -Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh -Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh) -Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit -Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut -Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka -Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis) -Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas -Menberikan rasa kekenyangan (diet) -Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir) **Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori - pori kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.

Monday, December 10, 2012

MANUSIA DAN JIN

Zaman dulu - dulu, ramai orang Melayu yang bergantung harap kepada Jin. Samada tujuan hendak kuat, gagah perkasa, kebal, kuasa, penggerun, cantik, menarik, merdu suaranya, dan pelbagai lagi. Memang sikap Jin berbangga andainya dipuja oleh manusia, dan memang sikapnya manusia juga suka memuja. Jika di lihat sejarah agama manusia, dari bertuhankan Esa, boleh bertukar menjadi banyak. Bagi makhluk bernama Jin, ini lah peluang baginya menyesatkan manusia dan manusia tunduk kepadanya. Dan harapan manusia pula, inilah kononnya impian akan tercapai. Perkara seperti ini jelas menunjukkan kesyirikkan kerana menduakan Allah Yang Esa. Tetapi manusia yang tidak meletakkan iman di dalam hati akan terus memuja, samada Jin mahupun sesama manusia sendiri. Ramai dari kita, biarpun beragama Islam tetapi hanya meletakkan amalan Islam hanya pada upacara dan ikutan. Biarpun Islam meletakkan satu dosa yang amat besar iaitu Syirik, namun ramai yang tidak peduli. Nafsu meronta mohon ditunaikan hajatnya dengan apa cara sekalipun. Orang dulu - dulu, masyarakat Melayu ini,ramai yang mengambil Jin sebagai tempat memohon pertolongan. Samada di gelar sahabat, orang tua, pendamping dan apa pun gelarnya, Syirik tetap berlaku. Janji yang dimaterai ini akan terus dipakai Jin selagi hayatnya. Dan Jin mempunyai jangka hayat yang panjang,jauh panjang dari manusia. Umur manusia setakat 70 tahun, tetapi Jin mencecah hampir 1000 tahun dan ada yang lebihnya. Selepas kematian tuan punya badan, Jin tetap akan menuntut janji, anak cucu dan keturunannya terus dicari. Bukan kelebihan yang mahu diberi, tetapi agar manusia terus Syirik kepada Yang Maha Pencipta.... Ini digelar saka, Jin akan mengumpan dengan pelbagai cara, diberinya, kemampuan berlawan adat, sakit berpanjangan dan sembuh tiba - tiba, seperti pakej yang nampaknya menarik. Tapi perlu diingat tujuannya satu, Mensyirikkan manusia. Dan proses ini akan terus berlaku selai ada manusia dan Jin. Selagi manusia tidak mengambil Jalan ditunjukkan Rasul Allah....Dan jangan hairan jika hari ini ramai yang menjadi mangsa kerana kesilapan Tuk Nenek Moyang dahulu. Dan ramai lagi manusia yang terus menerus sanggup menjadi hamba Jin....seperti yang dikehendaki Syaitan. Moga Allah terus memberi rahmat, kekuatan iman agar tidak terjerumus menadi Syirik....Dosa yang tidak terampun.

Saturday, December 8, 2012

NOMBOR TAMBAHAN

Untuk Makluman, selain 017-9342576, Boleh juga hubungi...019-9507423

AMALAN YANG SENANG, 100X SEHARI

Amalan ini elok diamalkan, senang dan mudah, Tak lama pun, sekejap aja, Tengok Drama lagi lama...tetapi manfaatnya besar, Insya'Allah..... لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Tiada Tuhan yang lain (yang sebenarnya melainkan Allah yang esa, tiada sekutunya baginya. Bagi kekuasaan dan baginya segala puji yang menghidupkan dan yang mematikan dan dialah (allah ) atas tiap-tiaap sesuatu maha berkuasa... Amalkan 100X sehari...Tunai @ Ansur...mana - mana pun boleh

SAKA @ SIHIR @ SAMPUK

Lumrah apabila merawat orang yang mempunyai masalah gangguan, soalan yang akan ditanya, 'Ini kena sihir ke? Siapa penyihirnya?'. Dan masalah ini mungkin bukan saya seorang sahaja yang mengalaminya. Mungkin kesemua perawat akan menghadapi soalan yang sama, dan soalan yang amat payah nak dijawab. Tak jawab takut penanya kecil hati, nak dijawab takut kita tersilap. Perawat samada menggunakan kaedah Al Quran dan Sunnah atau pun kaedah lain, tetap seorang manusia biasa. tidak lebih pun dari orang yang dirawat. Dan perawat pun tak tahu perkara ghaib pun. Sama macam orang lain, tiada keistimewaan pun. Jika perawat Islam, berpandukan Al Quran dan sunnah, tanda seseorang disihir @ saka @ sampuk, bergantung kepada tanda ayat - ayat yang dibaca. Dan pengakuan jin itu sendiri jika mahu berbicara semasa dirukyah (Tetapi ini pun tidak boleh digunakan seratus peratus, mungkin jin itu menipu atau bercakap benar, hanya Allah yang Maha Mengetahui). Jika perawat yang berlandaskan kepada Jin, sudahpasti apa yang diberitahu oleh Jin itu yang digunapakai. Lagi lah tak boleh diterima dan dipakai. Sumber pun dah tak betul. Dan perbuatan tersebut sendiri boileh membawa kepada kesyirikan. Ada perawat yang mendakwa dirinya kasyaf (boleh melihat perkara ghaib). Ini pun lagi lah banyak pertikaiannya. Kesimpulan yang boleh diambil, perawat tugasnya merawat...pesakit tugasnya menghampirkan diri kepada Allah, mohon disembuhkan gangguan yang ada. Beramal dan beribadah. Itu yang terbaik. Sihir atau tidak bukan perkara penting, Yang penting gangguan perlu disingkirkan.

Saturday, December 1, 2012

JIN SAKA

Malam tadi bertemu dengan seorang bakal doktor, bertanya tentang alam jin dan perubatan moden? Dan dia pun terperanjat apabila diberitahu, latar belakang ku sebenarnya iaitu dari bidang Sains dan profesyen sebagal Ahli Kimia Berdaftar. Sangkaan awalnya, ingat daku berlatangkan bidang agama khusus. Pertama ku terangkan konsep apa yang tidak nampak, bukan semestinya tiada. Hatta dalam Sains juga banyak benda yang kita tak nampak tetapi kita mengakuinya. Molekul tiada siapa pun nampak tetapi diakui ada. Setiap benda mesti ada molekul. Tenaga, kita pun tak pernah nampak....tetapi wujudnya ada. Apatah lagi alam Jin yang memang disebut dalam al Quran, Ar Rahmaan (55 : 15- وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ dan Dia menciptakan jin dari nyala api. Persoalannya, bolehkah jin mengganggu manusia? Dan benar kita ditabirkan Allah, antara manusia dan jin. Tetapi adakalanya tadbir ini dibuka. Seperti yang kita sedia maklum, jin melihat kita tetapi kita tidak melihat mereka. Dan peluang mereka untuk mengganggu kita adalah lebih besar kerana mereka mampu melihat kita. Cuma kadang kala ada manusia yang melihat jin, Bagaimana? Jin yang menyerupai tetapi bukan dalam bentuk asal, ingin dilihat manusia (sikap sombong jin) Kedua, manusia yang dimasuki jin dan dipengaruhi oleh jin sendiri kerana pandangan mereka adalah atas mata jin. Jin juga berperanan untuk menyesatkan manusia sendiri dan mereka berbangga jika ada manusia yang sanggup memohon bantuan dari mereka, Al Jin (72)6 وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. Dan di alam Nusantara ini, penggunaan jin satu masa dahulu untuk kekuatan, kekayaan, keberanian, kependekaran, kecantikkan, pembomohan dan lain lain lagi, bukan satu perkara yang luar biasa. Ramai dari golongan nenek moyang kita ini menggunakannya. Dan atas perjanjian yang dibuat satu masa dahulu, jin berpegang. Jin berusia panjang, manusia berusia lebih pendek. Apabila tuan tersebut meninggal dunia jin nya masih berkeliaran dan terus mencari tuan baru. Kebiasaan, anak cucunya yang sesuai akan dipilih. Kesesuaian ini biasanya mengikuti golongan yang lemah jiwanya, kurang berilmu, kurang beribadah dan beramal. Inilah tumpuan utamanya. Dan apabila mereka didampingi jin, mereka memperolehi kekuatan dan kelebihan menyebabkan mereka sayang dan lebih bersemangat kepada Jin tersebut. Beginilah Jin menyesatkan dan mensyirikkan manusia. Kaedah yang utama dalam merawat gangguan Jin adalah mempertingkatkan ilmu, beribadah, beramal, berzikir supaya timbul keyakinan, "Hanya Allah yang mampu memudaratkan" dan "Tiada Daya Upaya Melainkan hanya dari Allah".......Perawat hanya sekadar membantu memudahkan proses rawatan....

Friday, August 24, 2012

KASTURI....BANYAK RAHSIA DISEBALIKNYA

Kasturi....banyak rahsia yang tak terbuka. Salah satu kaedah pemulihan dan penyembuhan masalah gangguan makhluk halus. Khasiatnya.... http://pusatterapialamimujarob.blogspot.com/b/post-preview?token=EfGuXTkBAAA.GVVPMctiVtK_TkV966Ax6g.BkFxgylctrBlzuUsiassmw&postId=2169332644999435981&type=POST

Wednesday, August 22, 2012

JIN RUMAH

Tinggal dan menumpang di rumah manusia. Tumpang makan dan minum. Pe'el bergantung kepada tuan rumah. Kalau baik tuan rumah baik lah dia, begitulah sebaliknya. Beranak pinak dalam rumah. Boleh mempengaruhi penghuni rumah jika tidak solat, tidak berzikir, suka berbogel dan maksiat dalam rumah. Tandanya, 1. Malas nak keluar rumah. 2. banyak menangis. 3. Takut

JIN KUBUR

Disebabkan oleh gangguan dari jin yang menetap di kawasan kubur... Tandanya, 1. Naik bintik merah seperti bisul 2. Lupa diri waktu malam. 3. Suka kepada perkuburan dan tempat sunyi. 4. Selalu berasa panas. 5. Berasa nak mati je

Tuesday, August 21, 2012

RUQYAH

Ruqyah, Sila Klik sini 1 Al-Fatihah Seluruhnya 2 Al-Baqarah 1-5 3 Al-Baqarah 102 4 Al-Baqarah 163-164 5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 255 6 Al-Baqarah 285-286 7 Ali-Imran 18-19 8 Al-’Araf 54-56 9 Al-’Araf 117-122 10 Yunus 81-82 11 Toha 69 12 Al-Mukminun 115-118 13 As-Soffaat 1-10 14 Al-Ahqaaf 29-32 15 Ar-Rahman 33-36 16 Al-Hasyr 21-24 17 Al-Jin 1-9 18 Al-Ikhlas Seluruhnya 19 Al-Falaq Seluruhnya 20 An-Naas Seluruhnya Dengarlah Ayat - ayat Ruqyah ini sekiranya ada simptom seperti di bawah, hubungi 017-9342576 untuk temujanji. Dilarang mendengar semasa memandu kenderaan. Simptom, pening-pening kepala, mabuk, muntah-muntah, menggeletar, pengsan, seram-sejuk, berdebar-debar

JIN TERBANG.......

Jin Terbang....jin yang mampu terbang, cam Superman kot....kuat bila merasuk dan boleh berpindah tempat. Tandanya, 1. Perut pesakit kembung. 2. Suka berlari - lari. 3. Wajah merah ala kebiruan

LIMAU DAN LADA HITAM

Dalam perubatan kaedah Melayu, Limau dan Lada hitam banyak digunakan dalam rawatan. Mengapa? Kandungan asid yang ada di dalamnya......dari mana Tuk Nenek moyang kita tahu, entah la...Mungkin pengalaman kot...Wallahu'alam.

EIDUL FITRI DAN JIN....

Alhamdulillah,kita baru sahaja menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Kegembiraan dan keseronokannya mungkin masih terasa. Berhari raya bersama ibu bapa, adik beradik dan keluargan tercinta. Moga budaya saling bermaaf - maafan dan hormat menghormati diteruskan. Dan tarbiyyah Ramadhan juga masih dapat diteruskan sebagai jati diri kita, Insya'allah. Cerita hari ini, mungkin sebagai pengajaran..... Baki ke kampung isteri...dan ditakdirkan seorang saudara yang mengadu, mempunyai masalah gangguan yang tidak kelihatan. Ke hospital sudah, tiada tanda penyakit, biarpun analisis darah telah dibuat beberapa kali. Dikhabarkan, isteri beliau telah disihir orang. Wallahu'alam, benar atau tidak? Maka keyakinan mereka bahawa penyakit gangguan ini juga adalah disebabkan oleh sihir orang tersebut. Diringkas ceritera...Sessi pengesanan dilakukan. Memang benar ada gangguan dari makhluk yang tak nampak ini. Tetapi bukannya Jin Sihir tetapi lebih kepada Jin Saka keturunan. Dan seterusnya sessi rukyah......serta seterusnya.....dan hanya ALLAH Maha Penyembuh
, kita hanya mampu berikhtiar dan berdoa...Dan alhamdulillah proses pemulihan sedang bermula...Insya'allah dengan izinnya, akan pulih sekiranya rawatan dan amalan yang diberi dilaksanakan....Dan Tipu Daya Syaitan teramatlah lemah.... Moralnya, Janganlah kita menuding jari kepada orang lain kerana itulah jalan Syaitan, dan banyaklah merenung dan bermuhasabbah diri sendiri serta berusaha menjadi hamba yang bertaqwa....

Friday, August 3, 2012

JIN BILIK AIR

Nama melambangkan tempat tinggalnya. Tandanya, 1. Suka main air 2. Duduk lama dan sendirian dalam bilik air. 3. Suka benda kotor. 4. Suka bilik gelap. 5. Benci suara azan dan bacaan Al Quran. 6. Sendi tulang nyilu.

SURAH AL FALAQ - BERIBU MANFAAT

Surah yang ringkas tetapi kurang diamalkan. Bacalah 100X jika kediaman anda bermasalah, dibukai dengan Al Fatihah........