Pages

TERAPI ALAMI MUJAROB

TERAPI ALAMI MUJAROB
Bekam, Rukyah

UNTUK MAKLUMAN

Insya'allah, produk yang dijual di kedai kami, semuanya telah dirukyah semoga ditambah keberkatannya.

Wednesday, May 27, 2009

SAKIT JANTUNG

Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Monday, May 25, 2009

TUMBUHAN SEBAGAI PENAWAR

TUMBUHAN SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT.



PENDAHULUAN.

Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan. Terdapat ribuan spesis tumbuhan di negara ini. Tumbuhan yang pelbagai jenis itu bukan saja bermanfaat untuk dimakan atau dijadikan tempat berteduh malah padanya terdapat 1001 rahsia penawar bagi pelbagai jenis penyakit. Ia bukan sahaja dapat dijadikan penawar untuk penyakit berbahaya seperti barah paru-paru dan pankres yang dapat diubati dengan buah aprikot. Malah ia juga dapat menyembuhkan selesema seperti kulit kayu manis, sembuhkan bisul seperti kangkung dan juga baik untuk kesihatan rambut seperti bijan. Khasiat tumbuhan sebagai penawar penyakit ini sebenarnya sudah diketahui berkurun lamanya oleh nenek moyang kita. Mereka menjadikan tumbuhan itu sebagai penawar yang sangat berguna bagi pelbagai jenis penyakit. Kerana itu kita dapat lihat nenek moyang kita masih hidup segar biarpun usia mereka sudah mencecah 100 tahun.



BAWANG PUTIH

Bawang putih dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Allium sativum dan berasal dari keluarga Amaryllidaceae. Ia adalah sumber rempah ratus yang popular sejak zaman berzaman. Khasiatnya mula dikenal pasti lebih 10,000 tahun lalu. Bawang putih berbau tengit kerana ia mengandungi sejenis minyak dikenali sebagai allicin. Ia juga kaya dengan selulos, vitamin A,B dan zat galian seperti zat kalsium, fosforus dan besi.

Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.

Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.



KANGKUNG.

Kangkung dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Ipomea aquatica Forsk dan berasal dari keluarga Convolvulaceae. Ia adalah sejenis tanaman popular di kalangan masyarakat tempatan. Ia lazat dimakan sama ada digoreng sebagai sayur atau dicelur untuk dibuat ulam.

Kangkung kampung tumbuh liar di sawah padi ataupun di mana-mana kawasan lembab yang berair manakala sejenis lagi kangkung di tanam menggunakan benih di kebun-kebun sayur.

Tanaman ini bernilai tinggi dalam rawatan tradisional khususnya untuk meredakan kesakitan serta mengecutkan bisul. Caranya adalah dengan menggunakan segenggam daun kangkung yang segar dan hijau bersama-sama batangnya kemudian tumbuk sehingga lumat. Campur dengan sedikit garam lalu ditempelkan pada bahagian yang bengkak. Biarkan hingga kering dan anda akan dapati bisul itu kecut dan tidak lagi terasa sakit atau berdenyut-denyut. Ulang beberapa kali lagi hingga bisul sembuh sepenuhnya.



BIJAN.

Bijan dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Sesamum indicum dan berasal dari keluarga Pedaliacea. Ia adalah sejenis bahan makanan yang banyak digunakan untuk membuat pelbagai jenis roti dan kuih muih. Pokoknya tumbuh menegak setinggi satu meter dan mengeluarkan bunga kecil yang berbau harum berwarna putih keunguan.

Bijan kaya dengan proten, vitamin A dan E, lemak dan mengandungi 55 peratus minyak yang amat popular dalam masakan Cina. Terdapat dua jenis bijan iaitu putih dan hitam tetapi jenis putih adalah yang paling popular. Bijan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam rawatan tradisional. Kegunaannya yang paling ketara dalam perubatan tradisional ialah ia boleh melebat serta menghitamkan rambut dan mengatasi masaalh rambut kering dan uban.

Bijan juga berkesan dalam menguatkan tubuh badan. Ia baik untuk hati dan limpa serta sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.



POKOK TURI.

Pokok turi dikenali dari segi saintifiknya sebagai sesbania grandiflora pers dan berasal dari keluarga Leguminosae. Ia sejenis sayur kampung yang enak rasanya. Tumbuhan ini juga dikenali sebagai keti di negeri-negeri di bahagian utara seperti di Pulau Pinag, Kedah dan Perlis.

Pokok turi banyak ditemui di kampung-kampung dan tumbuh setinggi lima sehingga 10 meter. Ia mengeluarkan bunga berwarna merah atau putih dan kekacang sepanjang 25-50 sentimeter. Pokok turi bernilai tinggi dari segi perubatan tradisional. Kulit pokoknya ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat penyakit ulser dalam mulut. Kulit pokok turi juga boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati sakit perut dan cirit birit. Ia juga boleh diminum untuk melegakan masalah asid di bahagian perut.



KESUM.

Kesum dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Polygonum minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan masak asam pedas.

Selain digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersi



BELIMBING BULUH .

Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae. Ia sejenis tumbuhan tempaatn yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan sebagainya.Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka

Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan pitam. Ia juga berkeasn untuk melegakan masalah batuk. Caranya adalah dengan merebus buah, daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang. Bunga belimbing juga mujarab untuk merawat sakit gigi.



BROKOLI.

Brokoli dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Brassica oleracea italica dan berasal dari keluarga kobis Brassica. Ia dapat menjauhkan penyakit barah. Ia adalah di antara jenis makanan yang paling kaya dengan bahan-bahan fotokimia berfungsi melundungi tubuh badan daripada penyakit barah, gangguan kardiovaskular, dan masalah kedutan.

Amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat. Brokoli juga mengandungi beta-carotene dan alpha- carotene, sejenis bahan antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang pertumbuhan sel ketumbuhan. Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori menyekat pertumbuhan pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah merah dan hemoglobin.



KULIT KAYU MANIS.

Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.

Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.

Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.



TERUNG BELANDA.

Terung belanda dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Solanum torvum swartz dan berasal dari keluarga Solanaceaea. Ia adalah sejenis tanaman yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia biasanya hidup liar dan banyak ditemui di kampung-kampung, di kawasan terbiar dan di kawasan hutan.

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama terung rajah wang. Disesetengah tempat ia disebut terung manggas atau terung pipit putih. Buah terung belanda dimakan untuk menambah selera makan dan menurunkan tekanan darah tinggi. Dari segi perubatan daunnya dipercayai berkesan untuk mengubati masalah pitam dan sengal-sengal tulang.



TERUNG.

Terung berasal daripada keluarga Solanae. Ia baik untuk menjaga kesihatan jantung. Ia berkemampuan menurunkan paras kolestrol. Ia juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium. Terung dikisar dan diminum untuk melawaskan kencing. Ia juga bertindak sebagai julab kerana kandungan seratnya yang tinggi Kombinasi antara serat dan terpenes, sejenis bahan antipengoksidaan, dalam terung membantu menghindarkan kesan-kesan hormon yang mengakibatkan beberapa jenis penyakit barah serta mengelakkan kerosakkan berpunca daripada pengoksidaan itu.

Terung baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Sayur terung juga digunakan oleh kaum Hindu sebagai ramuan untuk menguatkan tenaga batin. Terung juga sesuai di gunakan untuk memelihara kejernihan kulit muka. Selain itu terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat.



KACANG TANAH.

Kacang tanah berasal dari keluarga kekacang dikenali sebagai Leguminosa. Ia kaya dengan lemak, vitamin A,B, E dan K, lesitin, kolin, asid amino dan kalsium. Ia mempunyai rasa yang manis dan banyak digunakan untuk membuat beraneka jenis kuih-muih. Kacang tanah merupakan sejenis tanaman tropika. Ia tumbuh secara renek dan mengeluarkan daun-daun kecil. Kacangnya pula tumbuh didalam tanah. Selain digunakan sebagai sumber makanan, kacang tanah juga bernilai tinggi dari segi perubatan. Kajian-kajian menunjukkan minyak kacang tanah boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol dalam darah.

Kacang tanah dikatakan berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, nefritis (radang buah pinggang, penyakit keputihan, insomnia).



PENUTUP

Penduduk Malaysia seharusnya berbangga kerana dikurniakan hutan tropika yang mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan terdapat 1001 penawar dan manfaat daripadanya. Hutan tidak perlu ditebang dengan sewenangnya kerana di situ mungkin terdapat tumbuhan renek dan akar kayu yang mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Justeru, setiap daripada kita seharusnya menghargai setiap tumbuhan yang ada di sekeliling kita.

Tuesday, May 19, 2009

CEGAH KANSER (II)

2. Elakkan dari kekurangan berat atau berat yang berlebihan. Hadkan berat ketika dewasa kurang dari 11 paun (5 Kg)

3. Buatlah latihan berjalan kaki sejam atau senaman seumpamanya setiap hari, dabn bersenam sekurang - kurangnya sejam seminggu.

4. Makanlah 5 @ lebih hidangan sehari pelbagai sayuran dan buahan di sepanjang tahun.

5. Makanlah lebih daripada 7 hidangan sehari pelbagai kekacang, tumbuhan berakar dan berumbi. Kurangkan makanan yang diproses. Hadkan pengambilan gula yang diproses.

6. Pengambilan alkohol tidak digalakkan.

7. Hadkan pengambilan daging merah kepada kurang daripada 3 auns sehari. Lebih baik memilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan sebagai ganti.

8. Batasi makanan berlemak terutama dari sumber haiwan. Guna minyak sayuran secara sederhana.

9. Batasi penggunaan garam dan makanan bergaram dalam masakan. Gunakan herba dan rempah sebagai perasa makanan.

10. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat.

11. Gunakan peti sejuk untuk menyimpan makanan yang cepat rosak.

12Jangan makan makanan yang disalai selalu. Makan makanan seperti ini sekali - sekala.

13. Diet suplemen tidak membantu mengurangkan risiko kanser.

14. Jangan merokok atau mengunyah tembakau.

Monday, May 18, 2009

CEGAH KANSER (1)

Diet berasaskan tumbuhan yang kaya dengan pelbagai sayuran dan buahan, kacang dan mengurangkan makanan ruji berkanji yang diproses.

Makan sayuran, buahan, kekacang dan bijirin tulin.
Sayuran dapat melindungi dari kanser. Ia melindungi anda secara langsung. Kurangkan daging merah. Makanan tumbuhan lebih rendah kalorinya dan mengurangi risiko kegemukkan.

BERTERAPI SAMBIL BEREHAT




DI PTAM ANDA BOLEH BERTERAPI SAMBIL BEREHAT. HIDUP DIPENUHI DENGAN PELBAGAI TEKANAN. DENGAN HARGA YANG RENDAH ANDA BOLEH BERTERAPI SAMBIL MENENANGKAN FIKIRAN.

Wednesday, May 13, 2009

CEGAH SAKIT BATU KARANG

Kidney is the organ which is very important in its function as a complete filter in the blood and if the subject will cause many disturbances that can be spread urine. bladder, who prostat ultimately disrupt the work to other organs. In a lot of Islam history told how to keep kidney, ureter and bladder in order to remain healthy. Prophet Muhammad SAW or narrate many shows in the hadith. Prophet Muhammad, we recommend that drinking water because water is very important in the kidney, prayer because prayer exercise can be trained to maximize organ kidney function in filtering the blood, urine with sit with legs bend position was very much good, the first position sit with legs bend cause of bladder pressure obtained from the soft muscle abdominal and stomach muscles and thigh muscles - muscles around the bladder so that when we make the urine that can be issued without having to leave the maximum we issued with a constraint to urinate .
Pressure on the bladder automatically will pull ureter pressure on the ureter so that the maximum can help remove urine. sit with legs bend position can remove kidney stones, prostat healthful , loosing bacteria and also because the pressure factor.

PENJAGAAN KESIHATAN

Penjagaan kesihatan adalah satu perkara yang wajib ke atas kita. Rasulullah sendiri mengajar kita agar sentiasa menjaga kesihatan. Kesihatana adalah satu nikmat Allah, 'Dari Abdurrahmanbin Abi Laila, dari Abi Dardaa', ia berkata: "Aku berkata: "Ya Rasulullah, Sungguh, aku diberi kesihatanlalu aku bersyukur lebih kusukai daripada aku di bala' lalu aku bersabar." Rasulullah s.a.w menjawab: " Dan Rasulullah (juga) menyukai engkau berada dalam kesihatan".

Kesihatan boleh dijaga melalui,
1. Makanan
2. Minuman
3. Air sejuk
4. Air Manis
5. Susu
6. Pakaian
7. Tempat Tinggal
8. Sukan
9. Tidur dan Bangun
10. Bersetubuh
11. Harum - haruman

Tuesday, May 5, 2009

TERAPI LINTAH UNTUK SIAPA?

Di PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB (PTAM), kami akan memeriksa dahulu samada para pelanggan boleh membuat terapi lintah atau tidak. Tidak semua pelanggan boleh membuat terapi lintah.
Di PTAM, Pesakit akan diperiksa, diambil rekod dan ditanya soalan - soalan yang berkaitan sejarah dan rekod perubatannya terdahulu sebelum terapi boleh dimulakan. Kami akan mencadangkan kaedah terapi yang lain sekiranya terapi lintah tidak sesuai untuk pelanggan.
Allah menjadikan seribu kaedah rawatan untuk penyakit, nescaya ada yang sesuai.
Asas PTAM menyediakan rawatan alternatif kepada masyarakat. Dan menjadi tanggungjawab kami juga memastikan pelanggan mendapat kebaikannya, bukan kemudaratan.
Biarpun terapi lintah baik untuk semua, namun ada sakit yang tidak dapat dirawat dengan lintah dan boleh memudaratkannya.
PTAM dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman lebih 20 tahun di dalam bidang perubatan dan farmasi.
Kepada para pelanggan, datanglah ke PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB, nescaya anda dapat merasakan kehebatan rawatan alternatif seperti TERAPI LINTAH, TERAPI GARAM - AIS, BERSAUNA DAN LAIN - LAIN LAGI.
BERTERAPI SAMBIL BEREHAT.

Saturday, May 2, 2009

TOKSIN DAN PENYAKIT

Orang yang tidak pernah membuang toksin dari tubuhnya sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah bermacam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.

Toksin terdapat di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.

Pembuangan toksin ini seringkali disebut sebagai detoxification atau detox sahaja.

Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit bermula daripada usus, di mana organ tersebut menjadi tempat pengumpulan toksin. Toksin yang tidak dikeluarkan akan menyerap semula ke dalam badan.

Tubuh yang tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir akan menghantar ‘tanda’. Sakit kepala adalah salah satu daripada tanda toksin yang banyak dalam badan. Tanda - tanda lain adalah berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur, banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan bahagian keliling mata gelap (kaedah iridologi).

Bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. Individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh.

Sebenarnya proses pembuangan toksin adalah lebih mudah sekiranya kita mengamalkan pemakanan sihat dengan mengambil makanan berserat tinggi, diet organik semula jadi dan menjalani kehidupan secara natural.

Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, kemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

DI PUSAT TERAPI ALAMI, KAMI MENGAMALKAN KAEDAH - KAEDAH ALAMI IAITU MENGGUNAKAN LINTAH, GARAM - AIS DAN BERSAUNA (Peluh) UNTUK MEMBUANG TOKSIN DARI TUBUH.
CUBALAH SEKALI ANDA AKAN RASA KESELESAAN DAN KESENANGANNYA.

TERAPI LINTAH HANYA RM30 - 40.00

Semalam, sempat menziarahi seorang teman yang mengalami serangan sakit jantung. Usia baru 36 tahun dan bekas seorang atlet. Terperanjat juga saya mendengarnya, tetapi alhamdulillah sekarang telah keluar dari hospital. Walaubagaimanapun masih tidak berupaya melakukan kerja - kerja berat dan berehat di rumah.
Nampaknya penyakit menyerang tidak mengira usia. Dahulu amat sukar kita mendengar pada peringkat muda diserang penyakit jantung. Mengapa dan Kenapa? Setiap urusan sudah pasti ada huraian dan penjelasan.
Lebih mudah, kita membuat satu perbandingan di antara manusia dan kereta. Kita sanggup menghabiskan beratus - ratus ringgit untuk menjaga kelancaran kereta agar tidak menghadapi masalah semasa perjalanan. Malangnya, kita tidak ingin atau tidak sanggup mengeluarkan belanja untuk kesihatan sendiri. Itulah sikap kebanyakan masyarakat. Sebenarnya tidak perlu berbelanja mahal atau membeli produk berharga ratusan ringgit untuk menjaga kesihatan. Kita lebih suka mengambil sikap biar sahaja atau beserah pada takdir. Ini adalah sikap yang salah dan tidak memahami kaedah Islam yang dfiajar oleh Rasulullah.
Penjagaan kesihatan secara murah, kita boleh berbekam setiap bulan samada menggunakan lintah atau beka darah. Ini yang diajar dan diamalkan oleh Rasulullah. Perbelanjaannya pun tidak mahal. Berbekam mampu mengeluarkan toksid badan dan meningkatkan imun tubuh. Setiap hari kita memakan pelbagai jenis racun, tubuh terpaksa memproses dan menyerapnya. Mungkin ini akan mengganggu sistem tubuh kita sendiri. Apalah salahnya peruntukkan sedikit wang untuk tubuh kita.
Di PUSAT TERAPI ALAMI, KAMI MENYEDIAKAN TERAPI LINTAH DENGAN HARGA MAMPU, SATU SESSI RAWATAN TERAPI LINTAH HANYA RM30 - 40.00
Mungkin bagi perokok lebih mahal lagi berbelanja semata - mata untuk merosakkan kesihatan. Kita makan di kedai, lebih mahal lagi mungkin mencecah ratusan ringgit (jika seisi keluarga). Tidak rugi membelanjakan RM50.00 untuk tubuh badan sendiri agar mudah kita beribadat dan bekerja.
Jangan tunggu telah diserang penyakit, barulah terhegeh - hegeh mencari rawatan. Mungkin waktu tersebut ribuan ringgit diperlukan.

Friday, May 1, 2009

qistina: LAKNAT ALLAH ATAS SEORANG PEMIMPIN UMAT ISLAM

qistina: LAKNAT ALLAH ATAS SEORANG PEMIMPIN UMAT ISLAM

TERAPI LINTAH KAMI


Terapi lintah kami adalah terjamin kebersihan dan higiennya. Lintah terapi kami hanya dari lintah ternakan yang dijamin kualitinya. Lintah terapi adalah lintah yang diternak semenjak lahir dan dijaga kualiti pemakanannya dan higien habitatnya. Lintah terapi juga dipilih dari lintah yang sihat dan bebas dari kekotoran.
Kami TIDAK MENGGUNAKAN lintah yang ditangkap dari paya @ lintah liar sebagai terapi perubatan.
Pengamal Terapi kami adalah berlatarbelakangkan pendidikan sains dan farmasi.
Oleh itu jangan ragu - ragu untuk menjalani rawatan lintah di PUSAT TERAPI ALAMI MUJAROB.